­

Lawatan ke Masjid Koutoubia dan Meneruskan Perjalanan ke Rabat

3:19 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selesai makan tengah hari di Marjana Restaurant, dan setelah menyelesaikan hajat di kamar kecil maka kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Masjid Koutoubia dengan berjalan kaki. Menjeling jam di tangan, nampaknya pada hari ini sudah 4.7KM langkah.

Bergambar di hadapan menara Masjid Koutoubia.


Sempat rakam gambar pokok-pokok limau  di tepi jalan.


Walaupun banyak buah limau tetapi elok tergantung di atas pokok. Katanya pokok limau ini dijadikan hiasan jalan. Orang tak petik buahnya sebab rasanya sangat masam.



Nampak seperti panas tapi rasa sejuk!
Rasa macam sejuk tapi nampak panas!


Suhu di sini memang sejuk waktu pagi antara 7'-9'C tapi menjelang tengah hari boleh mencecah sehingga 23'C.


Eh, di Marrakech pun ada tebu!
Tak nampak pula penjual air tebu di sini.
Mari kita terus melangkah ke pintu gerbang masuk ke Masjid Koutoubia.




Menara Masjid Koutoubia setinggi 77 meter.

Masjid Kutubiyya atau Masjid Koutoubia  ialah masjid terbesar di Marrakesh, Maghribi. Ia terletak di suku medina barat daya Marrakesh, berhampiran pasar Jemaa el-Fnaa, dan diapit oleh taman-taman besar.

Masjid ini diasaskan pada tahun 1147 oleh Khalifah Almohad Abd al-Mu'min sejurus selepas baginda menakluki Marrakesh dari Almoravids. Versi kedua masjid itu telah dibina semula sepenuhnya oleh Abd al-Mu'min sekitar 1158, dengan Ya'qub al-Mansur mungkin memuktamadkan pembinaan menara sekitar 1195. Masjid kedua ini adalah binaan yang berdiri sekarang. Ia merupakan contoh penting seni bina Almohad dan seni bina masjid Maghribi. Menara minaret setinggi 77 meter dihiasi dengan motif gerbang geometri yang berbeza-beza.

Selain mempamerkan seni bina tradisional Almohad Majid Koutoubia mendapat nama sempena nama penjual buku yang pernah mengelilinginya. Khabarnya lebih 100 penjual buku pernah berada di sini pada satu-satu masa. 

Masjid ini turut menampilkan menara yang menarik dihiasi dengan empat bola tembaga.

Rakaman video di hadapan Masjid Koutoubia.


Menurut sebuah lagenda tempatan, menara Masjid Koutoubia yang dihiasi dengan menara bola tembaga ini pernah dibuat daripada emas. Kononnya bola itu diberikan kepada masjid oleh isteri Almohad Sultan Yacoub Al Mansour, yang dikatakan telah mencairkan perhiasannya sebagai hukuman selepas dilihat makan pada waktu puasa Ramadan.

Pada hari ini, bebola tersebut dipenuhi dengan garam mineral khas dari Pergunungan Atlas Tinggi, termasuk nitrat dan magnesium yang menghalang spire daripada teroksida. Garam ditukar setahun sekali, pada bulan Ramadan, untuk mengekalkan kilauan emas. Di hadapan menaranya pula, terdapat tongkat kayu menghala ke arah Mekah dan juga digunakan untuk membawa bendera pada hari perayaan keagamaan.




Pada hari Jumaat 9 September 2023, Masjid Koutoubia yang dibina pada abad ke-12 ini turut menerima kesan gempa bumi pada 6.9 Skala Magnitude. Bagaimanapun hanya di sudut bahagian atas sahaja yang mengalami keretakan. Mangsa gempa bumi yang meninggal dunia lebih 2,000 jiwa.


Selepas melawat Masjid Koutoubia, kami meneruskan perjalanan menuju ke Rabat. Perjalanan dari Marrakech ke Rabat mengambil masa empat hingga lima jam. Di pertengahan jalan kami singgah di RNR untuk solat jamak.





Majorel Voyage meluncur laju membawa kami ke Rabat. Encik Rachid beritahu kami tanah merah di kiri kanan jalan merupakan tanah yang subur untuk tanaman ladang. Antara tanaman yang diusahakan oleh peladang di sini termasuklah tanaman bawang, anggur, delima dan argan.

Jadi, dapatlah kami melihat tanah separa gurun yang sesuai untuk tanaman pokok argan.


Pokok Argan





Ladang Gandum


Mungkin letih berjalan kaki berkilo meter jauhnya meronda sekitar Jemaa el Fnaa, jadi mata pun hendak terlelap sahaja. Ditambah pula dengan perjalanan yang memakan masa yang lama, jadi kita pun terlena!

13 comments

  1. Ooooo... baru tahu kesan garam tu pada tembaga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita Uncle... saya pun baru tahu juga.

      Padam
  2. Alhamdulillah
    Dapat merasai keindahan negara orang

    BalasPadam
  3. Cantik senibina masjid. View ladang argan dan gandum tu pun cantiknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayangnya tak dapat masuk ladang untuk ambil gambar yang lebih jelas. Tak apalah kan... asalkan ada rakam kenangan sikit.

      Padam
  4. Unik senibina masjid, lebih unik ada bebola bergaram.

    BalasPadam
  5. Macam2 cerita ya berkenaan masjid tu.. siap ada lagenda tersendiri

    BalasPadam
  6. Oh masam ya buah limau di pokok tepi jalan tu.
    Masjid Koutoubia unik senibina, banyak kisah sejarahnya seperti peranan garam utk bebola emas.

    Cantiknya view sepanjang jalan dgn ladang argan dan gandum.

    BalasPadam
  7. Oh masam sangat buahnya ya kak? Tak bisa dibuat jus juga nampaknya, macam di sini jeruk nipis bisa dibuat jus 🤣.

    23 dercel macam di Lembang sejuknya 😄. Masih kuat tanpa hrs pakai jaket.

    Oh berat juga hukuman Krn ketahuan makan di saat puasa. Tp baguuus lah . Berarti bagi mereka perhiasan dunia tak sebanding dengan ibadahnya kepada Allah

    BalasPadam
  8. kutub (khanah) = koutoubia... ada bunyi sikit2 tu kak utk dikaitkan dgn buku...

    suka tgk pam.station simple mcm tu

    BalasPadam
  9. Best tu jalan-jalan pada cuaca yang sejuk.
    Kalau 23 deg tu macam kat Cameron Highland waktu siang.. masing nyaman lagi.

    BalasPadam
  10. Pengalaman bermakna buat Kak Amie kan...menarik bergambar di bangunan- bangunan tu..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

1.
2.
Rawiwa 25 comments
3.
4.
Suria Amanda 21 comments
5.
Mulan 19 comments
6.
anamizu 18 comments
7.
dear anies 17 comments
8.
Puan Hazel 16 comments
9.
Ammi 15 comments
10.
namakucella 11 comments

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe