Sokko' Lissu

1:04 PTG

Malam tadi tidur lewat, terlajak sehingga ke subuh gajah. Keluar  dari bilik sudah terbau aroma masakan dari dapur. Rupanya Encik Suami sudah siap goreng bihun. Sesekali menjamah hidangan dari bukan air tangan sendiri memanglah terasa sangat sedap.

Tidak lama kemudian ada seseorang menelefon Encik Suami. Encik Suami pula nampak tergesa-gesa menukar pakaian dan memakai songkok. Katanya ada majlis yang perlu dihadiri.

Kita pula sedang terfikir-fikir nak masak apa untuk hidangan tengahari. Tidak lama kemudian Encik Suami pulang. Tangannya menjinjing bungkusan berisi bunga telur dan makanan tradisi orang Bugis termasuk sokko' lissu dan lauk-pauk.

Suka sangatlah Amie melihat sokko' lissu yang kemas dan cantik. Amie pernah kongsikan entri tentang Sokko' Lissu DI SINI.

Sokko' Lissu


Info yang Amie perolehi daripada rakan-rakan Bugis tentang Sokko' Lissu ialah:

1. Sokko' ini akan dibahagi-bahagikan kepada para tetamu sewaktu berpindah ke rumah baru.
2. Sokko' ini juga dibahagi-bahagikan di masjid ketika diadakan majlis Maulidur Rasul.
3. Selain itu, sokko' yang dibungkus begini juga dibahagi-bahagikan kepada tetamu yang menghadiri majlis aqiqah atau cerak.

Menurut Encik Suami, majlis yang dihadiri ialah majlis aqiqah.



Selain sokko' lissu, ada sebiji ketupat dan dua batang sawa' @ sawak @ leppek @ kampalo iaitu pulut bungkus daun kelapa. Ada ayam masak merah dan ayam masak lengkuas.

Jom lihat gambar lama Sokko' Lissu yang kemas dan rapi lipatannya ini.

Sokko' Lissu dari arah sisi.


Sokko' Lissu bahagan bawah.
Sokko' Lissu dari entri lama.


Hari ini Sokko' Lisu agak berbeza berbanding paparan yang lama. Kalau dahulu pulut tanpa warna dengan sebiji telur rebus terletak di tengah-tengah.  Kali ini Ada tiga warna pulut iaitu warna asli, warna kuning dan pulut hitam.


Sekian cerita tentang Sokko' Lissu.
Selamat menyambut Maulidur Rasul.


16 comments

  1. Salam Maulidur Rasul buat Amie & famili..

    cantik & kemas lipatannya..berseni..pertama kali tgk sokko lissu..

    BalasPadam
  2. Rajinnya En Majid ke dapur ye...Uniknya sokko'lissu..Mula baca ingatkan ayam lengkuas tu..macam nak sama bunyi (ye ke..🤭)

    Ya Allah,sedapnya pulut hitam tu...susah nak dapat pulut hitam lembut macam tu kat sini.Pulut bubur tu tak sesuai nak kukus.Aduh,mana nak cari pulut hitam lembut tu kat sini...tekak dah ngut2...

    Ya Allah

    BalasPadam
  3. Cantik persembahan makanan dan cara pembungkusan.

    BalasPadam
  4. salam maulidur rasul. Kat tempat saya pun ada budaya buat pulut kuning masa maulidurrasul

    BalasPadam
  5. Cantik, kemas, teliti balutannya.
    Makan dgn telur dan ayam tu la ye sokko lissu ni?

    BalasPadam
  6. Kagumnya tengok kekemasan dan cantik pula gaya balutannya.
    Makanan yg istimewa, sesuai utk hari istimewa :)

    BalasPadam
  7. Cantiknyaaaa dibungkus sedemikian rupa.
    Yang dipanggil sawa' @ sawak @ leppek @ kampalo tu, kalau di Johor ni, ada jugak, dipanggil lepat, hidangan hari raya. Seronok ya tengok budaya masyarakat disana yg penuh kepelbagaian dan berseni 😍

    BalasPadam
  8. Kalau akak mau sepokok pokok pisang pun tak jadi lg nk bungkusnya..kemas..cantik..

    BalasPadam
  9. UNIKNYA SOKKO SEDAP TU ALHAMDULILLAH

    BalasPadam
  10. Wahhhh cantiknya kak, pertama kali dana dengar dan tahu pasal makanan ini. Cantik dan kemas betul di bungkus gitu dalamnya pun best nengok pulut 3 jeniz tu

    BalasPadam
  11. Wah...menariknyaaa......first time SA tengok Sokko Lissu ni...unik...

    BalasPadam
  12. Pertama kali dengar sokko' lissu ni. Cantiknya bungkusan sokko' lissu. Rasa sayang pulak nak bukak bungkusan tu. Menarik ada 3 jenis pulut dalamnya. Kreatif sangat :)

    BalasPadam
  13. Salam ziarah..ini lah hasil air tangan orang Melayu..subahanallah sangat indah dilihat

    BalasPadam
  14. menariknya sokko' lissu ni. cantik bungkusan dia..

    BalasPadam
  15. unik sokko lissu ni. balutan pon kemas dan cantik. guna daun apa tu? mmg macam tu ke cara bungkus sokko lissu tu???

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe