Itik Masak Lemak Cili Padi dengan Betik

12:23 PTG

Jumpa lagi di hari Jumaat, penghulu segala hari. Berehat seketika dari BDR. Moga dipermudahkan segala urusan sepanjang hari yang mulia dan penuh keberkatan ini.

Kawan-kawan masak apa untuk hidangan keluarga tengahari ini? Pagi tadi Amie turun ke dapur, tetapi sebelah tengahari masuk dapur maya sahaja. Oleh kerana pukul 2 petang nanti perlu selesaikan urusan  dan tugas hakiki, tak selesalah dalam keadaan penat dan berpeluh-peluh dari dapur.

Untuk paparan kali ini Amie kongsikan menu Itik Masak Lemak Cili Padi dengan Betik. Tak sangka pula masakan begini sangat sedap! Rasa manis-manis manja buah betik mengkal, ditambah dengan asam gelugur dalam masakan, menimbulkan rasa yang sungguh lazat!

Amie gunakan itik segar, bukan itik salai. Mana nak dapat itik salai di LD, kecuali kalau rajin buat sendiri.  Encik Suami bantu belah seekor itik dijadikan 2 bahagian. Oleh kerana kami hanya bertiga, tidaklah banyak mana yang hendak diolah. Bahagian peha dan dada itik (hirisan tanpa tulang) Amie masak lain. Bahagian bawah dada yang bertulang dan kepak itik Amie jadikan Itik Masak Lemak Cili Padi dengan Betik.


Itik Masak Lemak Cili Padi dengan Betik

Itik Masak Lemak Cili Padi denganBetik

Bahan-bahan:
  • bahagian dada itik yang bertulang & kepak - potong ikut saiz yang disukai
  • 1/2 biji betik mengkal saiz kecil - hiris / potong ikut suka
  • 3 batang kacang panjang - hiris serong
  • 1 cawan santan pekat
  • 1.5 liter air
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 keping asam gelugur
  • garam / gula / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar / tumbuk:
  • 30 biji cili padi
  • 2 cm kunyit hidup
Cara memasak:
  1. Masukkan air ke dalam periuk bersama itik dan bahan kisar serta serai.
  2. Masak dengan api perlahan sehingga itik hampir  empuk
  3. Kemudian masukkan betik dan asam gelugur
  4. Biarkan masak sehingga betik lembut.
  5. Seterusnya masukkan santan pekat diikuti dengan kacang panjang.
  6. Sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak.
  7. Taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
Itik Masak Lemak Cili Padi dengan Betik

Seperti biasa, masakan lemak cili padi tak perlu bubuh bawang putih dan bawang merah. Ikut saja gaya masakan Suria Amanda. Sedap! Sangat sedap!

15 comments

  1. Aameen Ya Rabbil alameen terima kasih atas doa. Sangat menyelerakan, nasib saya baru makan itik percik, kurang kecur hehe. isi kenyal sedap. Masak lemak berbetik nanpak enak,manis, pedas masam gelugur..

    BalasPadam
  2. Ammi tak makan itik.. Ganti dgn ayam kampung pun best agaknya ye kak

    BalasPadam
  3. kreativiti kak Amie selalu mengagumkan saya. huhu. sedap ni gabungan pedas, manis dan masam

    BalasPadam
  4. Wak suka daging itik
    lebih sedap daripada daging ayam

    BalasPadam
  5. Dah keluar hidangan rare kak Amie. Nampak sedap tu campur dengan betik. Mungkin saya boleh cuba makan dengan ayam sebab tak makan itik. Hihi...

    Semalam keluar, maka beli je sebab dah lambat balik tak sempat masak sebelum sembahyang jumaat. Beli soto :)

    BalasPadam
  6. Puan Amie rajin buat kombinasi masakan yang jarang orang buat sekarang. Betik muda dan itik.

    BalasPadam
  7. nak cari itik salai la besok pagi, tak boleh tahan tengok resepi akak ni

    BalasPadam
  8. Sy belum berani nak masak itik, belum berani ke tak pandai ek. Yang pastinya tak ada kawan nak makan itik bersama. Teringat donald duck katanya 😜

    BalasPadam
  9. Sedapnyaaaa......boleh cuba ni kak Amie....SA baru je makan rendang itik salai...nanti bleh masak macam ni jugak...kalau salai mesti sedap kan kak?

    BalasPadam
  10. Berapa lama masak itik tu sampai empuk ya kak? Dana pernah makan yang di masak gulai tapi tak pernah masak sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang saya masak ni itik ternak, dagingnya tidaklah keras dan liat macam itik biasa. Jadi, tidaklah memakan masa yang lama untuk merebusnya sehingga empuk.

      Padam
    2. ohhhh kiranya macam ayam juga lah ye kak, jenis ayam kampung ternak dengan kampung yg bebas kat kampung tu kan lain kene masak lama...

      Padam
  11. Menarik sungguh hidangan Kak Amie yang ini. Kalau ada pintu Doraemon, saya dah ke LD bawa mangkuk buat muka tak malu 😂

    BalasPadam
  12. saya kalau teringin nak merasa itik masak lemak cili api.. terpaksa lah ke Kajang...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe