Jumpa lagi di hari Jumaat, penghulu segala hari. Berehat seketika dari BDR. Moga dipermudahkan segala urusan sepanjang hari yang mulia dan penuh keberkatan ini.
Kawan-kawan masak apa untuk hidangan keluarga tengahari ini? Pagi tadi Amie turun ke dapur, tetapi sebelah tengahari masuk dapur maya sahaja. Oleh kerana pukul 2 petang nanti perlu selesaikan urusan dan tugas hakiki, tak selesalah dalam keadaan penat dan berpeluh-peluh dari dapur.
Untuk paparan kali ini Amie kongsikan menu Itik Masak Lemak Cili Padi dengan Betik. Tak sangka pula masakan begini sangat sedap! Rasa manis-manis manja buah betik mengkal, ditambah dengan asam gelugur dalam masakan, menimbulkan rasa yang sungguh lazat!
Amie gunakan itik segar, bukan itik salai. Mana nak dapat itik salai di LD, kecuali kalau rajin buat sendiri. Encik Suami bantu belah seekor itik dijadikan 2 bahagian. Oleh kerana kami hanya bertiga, tidaklah banyak mana yang hendak diolah. Bahagian peha dan dada itik (hirisan tanpa tulang) Amie masak lain. Bahagian bawah dada yang bertulang dan kepak itik Amie jadikan Itik Masak Lemak Cili Padi dengan Betik.
Itik Masak Lemak Cili Padi dengan Betik |
Itik Masak Lemak Cili Padi denganBetik |
- bahagian dada itik yang bertulang & kepak - potong ikut saiz yang disukai
- 1/2 biji betik mengkal saiz kecil - hiris / potong ikut suka
- 3 batang kacang panjang - hiris serong
- 1 cawan santan pekat
- 1.5 liter air
- 2 batang serai - dititik
- 2 keping asam gelugur
- garam / gula / perasa pilihan secukupnya
- 30 biji cili padi
- 2 cm kunyit hidup
- Masukkan air ke dalam periuk bersama itik dan bahan kisar serta serai.
- Masak dengan api perlahan sehingga itik hampir empuk
- Kemudian masukkan betik dan asam gelugur
- Biarkan masak sehingga betik lembut.
- Seterusnya masukkan santan pekat diikuti dengan kacang panjang.
- Sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak.
- Taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
Itik Masak Lemak Cili Padi dengan Betik |
Aameen Ya Rabbil alameen terima kasih atas doa. Sangat menyelerakan, nasib saya baru makan itik percik, kurang kecur hehe. isi kenyal sedap. Masak lemak berbetik nanpak enak,manis, pedas masam gelugur..
BalasPadamAmmi tak makan itik.. Ganti dgn ayam kampung pun best agaknya ye kak
BalasPadammasak lemak cili padi mix dgn itik mmg complete!
BalasPadamwindbreaker
punching bag
waterproof jacket
kreativiti kak Amie selalu mengagumkan saya. huhu. sedap ni gabungan pedas, manis dan masam
BalasPadamWak suka daging itik
BalasPadamlebih sedap daripada daging ayam
Dah keluar hidangan rare kak Amie. Nampak sedap tu campur dengan betik. Mungkin saya boleh cuba makan dengan ayam sebab tak makan itik. Hihi...
BalasPadamSemalam keluar, maka beli je sebab dah lambat balik tak sempat masak sebelum sembahyang jumaat. Beli soto :)
Puan Amie rajin buat kombinasi masakan yang jarang orang buat sekarang. Betik muda dan itik.
BalasPadamnak cari itik salai la besok pagi, tak boleh tahan tengok resepi akak ni
BalasPadamSy belum berani nak masak itik, belum berani ke tak pandai ek. Yang pastinya tak ada kawan nak makan itik bersama. Teringat donald duck katanya 😜
BalasPadamSedapnyaaaa......boleh cuba ni kak Amie....SA baru je makan rendang itik salai...nanti bleh masak macam ni jugak...kalau salai mesti sedap kan kak?
BalasPadamBerapa lama masak itik tu sampai empuk ya kak? Dana pernah makan yang di masak gulai tapi tak pernah masak sendiri
BalasPadamyang saya masak ni itik ternak, dagingnya tidaklah keras dan liat macam itik biasa. Jadi, tidaklah memakan masa yang lama untuk merebusnya sehingga empuk.
Padamohhhh kiranya macam ayam juga lah ye kak, jenis ayam kampung ternak dengan kampung yg bebas kat kampung tu kan lain kene masak lama...
PadamMenarik sungguh hidangan Kak Amie yang ini. Kalau ada pintu Doraemon, saya dah ke LD bawa mangkuk buat muka tak malu 😂
BalasPadamsaya kalau teringin nak merasa itik masak lemak cili api.. terpaksa lah ke Kajang...
BalasPadam