Upah Cabut Gigi

11:24 PG

Kelmarin Encik Suami hantar Firdaus ke klinik untuk cabut gigi. Temujanji pukul 11:30 tapi hampir pukul 1:40 petang tak pulang-pulang. Amie pun naik risau. Sebenarnya sebelum pukul 12:00 tengahari Encik Suami hantar gambar Firdaus selepas cabut gigi. Telefon Encik Suami berkali-kali tak diangkat. Mesej tak dibalas. Apa sudah jadi?

Rupanya Encik Suami pun ambil kesempatan buat rawatan gigi. Katanya, cabut gigi, buat scaling dan polishing sekali. Ooooo... patutlah memakan masa untuk sampai ke rumah. Kita dah rasa cemas semacam! Ingatkan ada apa-apa ke yang berlaku.


Firdaus di klinik selepas cabut gigi.

Seperti biasa, adalah tu tingkah Firdaus kalau nak pergi cabut gigi. Awal-awal lagi dia pesan minta Abang Farid belikan KFC, dan disenaraikan pula segala keinginannya untuk dimakan:
  • ayam goreng
  • kentang goreng
  • burger
  • nugget
  • mozzarella cheese bites
Senarai panjangnya itu seolah-olah bukan balik dari cabut gigi!



Pagi ini Encik Suami terlebih dahulu 'sediakan' sarapan pagi. Ada nasi kuning, mee goreng dengan ayam goreng, roti jala, popia, sosej, pulut panggang dan kuih kocong. Banyaknya! Tapi bagus jugalah sudah ada banyak makanan, boleh sambung makan sampai tengahari. Bolehlah masak lewat hari ini. Amie ambil peluang untuk sambung baca buku travelog.

Malam tadi selesai baca travelog Krabi - Pergi Naik Bas, Balik Naik Tren. Sekejap lagi nak baca buku seterusnya. Amie nak baca Backpack India - Punjab ke Kashmir.

Backpack INDIA - Punjab ke Kashmir

31 comments

  1. Mak ni macam tu la kan..risau macam-macam.Kadang benda tak patut risau pun longgok juga atas batu jemala.Hihihi..
    Sedapnya nasi kuning...Kuih kocongnya pula macamana tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus jugalah ada rasa risau, jadi lebih berhati-hati.
      Kuih kocong tu sejenis ketupat Cina, inti kacang tanah. Eh... orang Cina pun ada ketupat erk.

      Padam
  2. heheh selera org lepas cabut gg, amboi kemain nak makan mcm2 ye hehe...
    gg br cabut, bole ke nk kunyah tu...:p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Order KFC sebelah petang, lepas 4 jam cabut gigi. Lahap jew dia makan hahaaa.

      Padam
  3. Kalau SA pun pasti gelabah bila org call banyak kali tak angkat kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Call tak angkat, mesej tak jawab, maunya tak risau.

      Padam
  4. Amboiii dia punya upah, siap ada senarai lagi tu. Faham sangat perasaan risau tu kak Amie. Kalau lebih dari jangkaan masa selalu betul fikir bukan bukan. Lagi lagi bila tak dapat contact.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal. Lepas cabut gigi dekat 2 jam tak sampai rumah padahal klinik tak sampai 1 km dari rumah.

      Padam
    2. Alang alang dah keluar sekali tu..hihi

      Padam
  5. Gigi susu ke gigi kekal yg dicabut tu

    BalasPadam
  6. Seriau bila sebut cabut gigi. 🤣

    BalasPadam
  7. Semangat macam ini pergi cabut gigi dapat upah macam-macam.
    Seronok suami sudah sediakan sarapan awal-awal. Boleh baca buku tanpa gangguan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak-budak kan, macam-macamlah tingkahnya. Itu pun menangis juga depan doktor gigi.

      Padam
  8. CCL paling takut nak cabut gigi dan seumur hidup memang tak pernah cabut gigi di klinik

    BalasPadam
  9. Comelnya Firdaus, minta upah bagai bila dah cabut gigi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang bagusnya, janji nak bagi upah elok jew dia pergi klinik.

      Padam
  10. Alo ciannya dia, kena cabut gigi ye..
    Waah... lajunya Amie membaca. Macam tren ETS la. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa... minat punya pasal memang laju jew Nur.

      Padam
  11. Siap disenaraikan lagi ya makanan yang firdaus nak makan hahahaha. Comel!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam-macam gaya budak kecik kan Atiqah.

      Padam
  12. Balasan
    1. Hahahaaa... comel sangatlah tu menangis depan doktor gigi hihihiii.

      Padam
  13. Kalau Sha jadi kak Amie pun risau ya amat.. 😂😂

    BalasPadam
  14. Untung cabut gigi, dapat makan sedap.. hihi

    BalasPadam
  15. senarai mcm2 tu..tp lps cabut gigi tu bole ke mkn mcm2 tu hehe

    BalasPadam
  16. Terer Firdaus, kalau saya lepas cabut gigi tak mampu nk makan ayam KFC. Nak bubur je

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Makkah & Madinah ~Melaka ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Sabah ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puasa Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe