Ubi Kayu Rebus Cecah Kelapa Parut

6:22 PTG

Hari ini sekejap hujan sekejap mendung. Gelap saja suasana di luar rumah. Apabila Amie lihat suhu menunjukkan angka 28'C. Suhu tertinggi pada hari ini ialah pada tahap 33'C dan suhu terendah ialah 23'C. Masuk dapur nak sediakan minuman petang pun kena buka lampu sebab gelap. 

Wokey!

Siaplah ubi kayu rebus dengan kelapa parut dan satu kole kopi hitam Cap Kuda Terbang dari Padang. 

Kelapa parut kali ini sangat istimewa kerana hampir 3 hari minta Encik Suami belikan, tapi tak juga sampai ke dapur. Sejak Taman Seri Perdana menjalani PKPD, tertutuplah juga pasar tempat kami selalu membeli barang basah. Coldstorage di taman perumahan kami pula sudah lebih 2 minggu ditutup. Khabarnya ada kes Covid-19 di situ. Encik Suami kata, susah sedikit untuk ke bandar LD untuk tembus ke pasar sebab ada SJR dan berlaku kesesakan trafik di sana sini.

Tengahari tadi, Encik Suami jinjing satu bekas berisi kelapa parut. Rupanya Encik Suami singgah ke kampung dan minta anak buah kutip kelapa di kebun. Encik Suami parut sekali di kampung gunakan mesin kelapa.

"Ini 4 biji kelapa," beritahu Encik Suami.

Ubi Kayu Rebus & Kelapa Parut

Dalam suasana suram dan sejuk-sejuk manja, kami bertiga bersama Firdaus minum petang di dapur. Selain kelapa parut, Amie hidangkan ubi kayu rebus dengan sambal tomato. Amie sangka Firdaus tidak berminat untuk jamah ubi kayu rebus sebab sudah makan roti dan burger. Rupanya Firdaus ikut makan ubi rebus dan nampak suka sangat makan dengan kelapa parut! Ubi kayu rebus belum habis, Firdaus habiskan dahulu kelapa parut!

Amie gunakan 2 cawan kelapa parut. Tambahkan 1 sudu besar gula pasir dan secubit garam. Agaknya sedap betul makan ubi kayu rebus yang masih panas cecah kelapa parut lemak-lemak manis masin-masin manja gitu.

Minum Petang : Ubi Kayu Rebus, Kelapa Parut, Sambal Tomato & Kopi Cap Kuda Terbang

Sudah terminum kopi hitam di petang hari, harap malam ini dapat berjaga hingga lewat malam sedikit. Travelog Backpack INDIA Punjab ke Kashmir belum khatam lagi. Sehari dua ini asyik sibuk menyiapkan tugasan dan laporan secara online. Entahlah. Namanya cuti, tapi dari semasa ke semasa kerja tetap diberi tidak kira siang atau tengah malam, bahkan sebelum subuh, termasuk hari Sabtu atau Ahad juga. Esok pula, pukul 9 pagi ada arahan untuk bergoogle meet. Sabar saja laaaa.......... ahaks!


Ada 76 / 216 halaman lagi belum dibaca.


10 comments

  1. Syoknya layan ubi kayu rebus vs kopi O.Kelapa segar pulak tu..Esok macam nak sahaja turun ke bumi mencari bekalan ubi & pisang..Kalau dapat daun pisang ke sekali best juga...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah! Seronoknya sesekali jejak kaki ke bumi di musim PKP ini. Mudah-mudahan bertambah sihat orang duduk kayangan ye.

      Padam
  2. Dengan cuaca yg sebegitu, memang layyan makan ubi kayu rebus ni.

    BalasPadam
  3. Sedap ubi rebus. Tak pernah lagi cuba makan dengan kelapa parut. Biasa makan dengan sambal je. Istimewa tu selepas 3 hari tak dapat. Akhirnya dapat 4 biji terus. Rezeki sekali dapat banyak. Bagus Daus suka makan jugak makanan tradisional. Kopi wajib ada :)

    BalasPadam
  4. Kebetulan...Saya pun baru mencabut ubi kayu di belakang rumah..

    BalasPadam
  5. suka ubi kayu ngan kelapa parut..slalu ltk extra gula hehe

    BalasPadam
  6. Walau bagaimana masak ubi rebus saya tetap suka layan dengan sambal tumis dan ikan kering. Kopi cap terbang tu best ke. Lepas minum rasa nak terbang ke. hehehe

    BalasPadam
  7. Sedappnya makan time cuaca sejukkk! Kadang saya buat sira hehehe, memang sedappp!

    BalasPadam
  8. SA x boleh makan ubi dan apa je bergelar ubi...sebab ada mild asthma..angin tu laju je naik sampai x leh bernafas..apapun terbaik menu ni...kadang cuba2 jugak makan...tapi mengidap la lepas tu

    BalasPadam
  9. Memang biasa makan ubi rebus dengan kelapa parut.
    Wah sibuk betul Puan Amie bekerja dari rumah.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe