Syukur Dengan Rezeki Allah

12:33 PTG

 Encik Suami pulang ke rumah dengan membawa:

  • bunga betik (kembang kates)
  • pucuk betik (pucuk kates)
  • pucuk bayam Brazil
  • kelapa mawar
Syukur Alhamdulillah. Rezeki Allah untuk kami hari ini. 

Pucuk dan bunga betik (kates).

Pucuk betik (dalam bahasa Cocos betik disebut kates) dan bunga betik ini nanti Amie akan olah jadi masakan lodeh Cocos.
Encik Suami suka sangat makan nasi lauk Bunga & Pucuk Masak Lodeh Cocos. Sebelum kahwin Amie tak tahu bunga betik boleh dijadikan sayur. Terima kasih arwah MIL dan jiran-jiran di kampung Encik Suami yang rajin kongsi resipi dan masakan ini.

Bayam Brazil

Pucuk bayam Brazil ini Amie akan simpan, dan esok boleh goreng dengan mee hoon.


Kelmarin Amie tanya Encik Suami, tidak adakah lagi kelapa muda? Sedapnya minum air kelapa muda. Kalau masak singgang ikan air tawar dengan air kelapa muda tentu sedap sangat!
Rezeki Allah!
Hari ini selain pucuk dan bunga betik serta pucuk bayam Brazil, Encik Suami bawa pulang 13 biji kelapa mawar. Manisnya air kelapa mawar! Terlupa sebentar keenakan rasa kelapa pandan....ahaks!

Teringat Bonda pernah menegur kakak kerana suka mengadu kepada Bonda apabila suaminya bawa pulang sesuatu yang tidak disukainya. Antaranya burung wak-wak dan ikan sungai. Kakak akan hantar makanan yang tidak disukai ke rumah Bonda, siap dengan kata-kata: Saya tak suka makanan begini. Saya tak makan makanan begitu. Walaupun kakak tidak suka, tapi Bonda nasihatkan begini:
  • suka makan atau tidak, itulah rezeki Allah yang dibawa suami pulang ke rumah
  • suka atau tidak makanan itu, jaga mulut jangan sampai suami terasa hati, nanti kalau suami tidak bawa apa-apa lagi, pandai pula mulut bising
  • sepatutnya masak sahaja makanan itu , kalau tak mahu makan, hidangkan sahaja untuk suami
  • kadang-kadang kita tidak sukakan satu-satu makanan itu pada hari ini, tetapi tidak mustahil suatu masa nanti kita akan berubah selera pula sehingga menyukai makanan tersebut


وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216).

15 comments

  1. Pucuk betik yang saya tahu ada orang buat ulam. Pernah cuba rasa, pahit ya amat! Bunga betik tak tahu pulak boleh dimasak juga. Serbaguna juga ye sepokok betik macam pokok pisang. Sedapnya dapat minum air kelapa. Rezeki selepasa teringin. Sedap bayam brazil campur dalam meehun. Suka kerangupan bayam brazil. Ye, pernah dengar juga pesanan macam ni. Semoga kita sentiasa jadi manusia yang sentiasa bersyukur.

    BalasPadam
  2. sedapnya minum air kelapa muda!!!
    bayam brazil mmg adik ada tanam kat rumah ni...

    BalasPadam
  3. Saya baru tahu yang bunga betik boleh dimakan.
    Betul, syukur la suami bawa balik apa-apa pun.
    Bestnya, minum air kelapa. :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah untuk semua rezeki yang Allah berikann.
    Tapi sedappnya minum air kelapa sejukkk sejukkkk.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah rezeki tu kak AMie :)
    shida suka bayam brazil..air kelapa..

    BalasPadam
  6. Sukaaaa..bunga betik & pucuk betik..pahit2 pembuka selera

    BalasPadam
  7. bunga betik tu buat kerabu sedapnya kan kak, meratah pun takpe

    BalasPadam
  8. SA x suka sebab pahi..tapi mak SA SUKA

    BalasPadam
  9. Bayam Brazil antara sayur yang senang tumbuh. Dulu saya ada tanam, membesar dengan baik dan merebak-rebak. Siap beri pada kawan-kawan yang nak anak pokok untuk ditanam. Tapi kini saya dah tak tanam lagi.

    BalasPadam
  10. Sedap nya mnum air kelapa waktu2 panas kan kak

    BalasPadam
  11. Jarang guna putik atau bunga betik.
    Haah diam kalau tidak suka.

    BalasPadam
  12. wah banyaknya bunga betik. Ya betul tu semua rezeki yang Allah beri. Kalau tak suka diam jangan di hina rezeki yang Allah beri. Syukur Allah beri rezeki.

    BalasPadam
  13. kalau saya dapat tak tahu lah nak buat apa bahan2 tuh..

    BalasPadam
  14. bym brazil aida da takde da.
    nak kena replant la. rindu nak makan.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe