Sotong Kering Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas

1:34 PTG

Jom makan nasi lauk Sotong Kering Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas. Bubuh kuah banyak-banyak atas nasi sampai banjir... ahaks! Sediakan segelas air suam-suam panas. Kalau rasa pedas sangat, minum seteguk dua dan teruskan suap nasi. Peluh pun akan merecik di dahi. Dan jaga-jaga juga kalau tanpa disedari keluar air dari hidung. Ambil tisu atau tuala kecil, terus lap! Sambung makan lagi.

Amie rendam sotong kering semalaman dengan air abu. Kemudian cuci bersih dan rebus sehingga empuk. Tapis dan bilas sekali lagi sebelum dipotong-potong dan diolah ikut resipi masakan yang digemari. Oleh kerana hampir setiap hari ada bekalan nanas masak, dan ada yang rajin kupas jadi Amie ambil kesempatan ambil sedikit untuk ditambah dalam masakan lemak cili padi sotong kering. Amie suka gunakan nanas masak dalam masakan. Walaupun rasa manis tetapi tetap juga ada rasa masamnya walaupun sedikit. Jika inginkan lebih rasa masam, bolehlah tambahkan asam gelugor.

Sotong Kering Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas.


Encik Suami bawa pulang cili padi. Katanya, bukan cili padi beli tapi ada pekerja pembersihan bagi. Suka sangatlah kita sebab cili padi yang baru dipetik ini nampak segar belaka. Apalagi! Sotong kering yang direndam sudah mengembang, jadi dengan kedatangan cili padi yang cantik-cantik ini kita carikan temannya iaitu kunyit hidup dan serai!
Kali ini memang Amie nak masak lemak kuah pedas menyengat! Ditambah nanas masak.... perggghhhh!


Bahan-bahan:
  • 3 ekor sotong kering saiz sederhana - rendam dengan air abu semalaman - cuci bersih - rebus hingga lembut - toskan - bilas - hiris ikut saiz yang disukai
  • 500 gram kepingan isi nanas masak
  • 2 keping asam gelugor -optional (kalau nanas cukup keluarkan rasa masam, tak perlu masukkan asam gelugor)
  • 2 batang serai - diketuk
  • 250 ml pati santan
  • 500 ml air
  • garam  / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 35 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 4 cm kunyit hidup
Cara memasak:
  1. Masukkan air di dalam periuk dan jerang di atas api dapur.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar, nanas, sotong dan serai. 
  3. Setelah mendidih, masukkan asam gelugor. Biarkan masakan sehingga nanas layu.
  4. Seterusnya tuangkan santan pekat, diikuti dengan garam / gula / perasa pilihan.
  5. Kacau selalu sehingga kuah mendidih.
  6. Keluarkan asam gelugor, dan padamkan api dapur.

29 comments

  1. Oh,belum pernah cuba nanas dimasak dengam sotong.Nampak sedap.Cili padi tu geramnya ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Musim PKP ni memang masak saja apa yang boleh dimasak. Asalkan boleh dimakan, kira menjadilah masakan tu hihihiiii.

      Padam
  2. oh masak style rebus ya...tak yah tumis...sedapnya ada nenas\

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tumis dulu pun boleh. Lagilah wangi bahan perencahnya.

      Padam
  3. Nampak macam besar sotong kering tu Amie, tebal plak dagingnya. Teringat dalam peti sejuk kita memang banyak sotong kering, selalu lepas rendam air abu, kita tos terus masak, patutlah sotong kita liat liut, hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu pun saya masak tak payah rebus dulu. Hasilnya memang liat liut macam getah hahahahaa. Lepas tu cuba rebus hingga empuk, barulah diolah ikut resepi kegemaran. Masalahnya bila dah lembut, macam tak cukup pulak meratahnya hihihiiii.

      Padam
  4. baru tahu kena rendam dengan air abu yea..

    BalasPadam
  5. Baru first time tgok ni Kak Amie...biasa SA masak sotong kering untuk sambal nasi lemak..nampak sedap la...boleh cuba nanti ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, biasanya begitulah. Memang sedap sambal sotong kering, lagilah kalau sotong lembut, rasa nak ratah saja.

      Padam
  6. Merecik air peluh makan.
    Jarang sotong kering buat masak lemak selalu buat sambal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Resipi musim PKP ni. Memang selalu buat sambal saja.

      Padam
  7. peminat sotong mesti suka ni
    mcm en suami sy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu. Yang penting masakan sedap mesti suka punya.

      Padam
  8. CCL selalu masak sotong kering buat sambal je . Tak pernah lgi cuba menu ni . Next time boleh laa cuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesekali tukar cara masakan memang ada kelainan. Pada kami memang sedaplah masakan lemak cili padi begini.

      Padam
  9. Ni sekali makan, memang menambah! Dari jauhh dah nampakkk sedappp!

    BalasPadam
  10. Sedap ni kak, dana suka kalau msk lemak cili api boh nenas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masak lemak cili padi memang buka selera!

      Padam
  11. uihh ni cili kampung kan kak Amie..pedas kak..shida cnfrm x tahan kalau guna cili ni ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cili padi kampung apabila bertemu dengan santan segar, kurang rasa pedasnya.

      Padam
  12. Suka sotong kering masak sambal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, masing-masing ada citarasa sendiri sebab selera tak sama.

      Padam
  13. Ini first time saya tengok sotong kering diolah buat masak lemak cili padi. Digabung dengan nanas pula tu... memang menyelerakan!

    BalasPadam
  14. wowww sedapnyaaa. adakah sy kene beli sotong kering nii. hikhik

    BalasPadam
  15. sedapnya nmpk msk lemak cili padi ni..

    BalasPadam
  16. Tak pernah masak atau mkn sotong masak lemak hehehe kalau ayam tu pernah la

    BalasPadam
  17. Tak pernah makan sotong kering masak lemak campur nanas. Sedap masakan bila guna cili api fresh baru dipetik.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe