Sarapan di Pagi Jumaat : Nasi Goreng Isi Ikan Tongkol

12:01 PTG

Jumpa lagi di pagi Jumaat yang penuh keberkatan. Berehat seketika dari berBDR. Buka tudung saji. Apa sarapan untuk alas perut pagi ini?


Nasi Goreng Isi Ikan Tongkol


Bangun pagi ini rasa sangat segar. Maklumlah kelmarin, dari pagi sampai petang bergelut dengan pelbagai tugas. Apabila tidur awal, dan cukup rehat memang dapat kembalikan semula tenaga yang sudah tidak muda lagi ini. Amie sangka Amie orang paling awal bangun. Rupanya, Encik Suami sudah terlebih dahulu 'berketuk-ketuk' di luar rumah. Katanya hendak pasang pintu bilik anak-anak. Pintu yang lama perlu diganti sebab sudah ada bahagian yang rosak.
Entah bila Encik Suami beli pintu! 
Allah! Teruk betul sang bini. Asyik duduk dalam rumah, sampai tak tahu apa benda yang ada di luar rumah!
Kita berdiri di balik pintu sambil keluarkan kepala memandang Encik Suami buat kerja.
Sarapan apa pagi ini? Tanya Encik Suami.
Kalau tak buat sarapan, kejap lagi nak pergi beli. Encik Suami jawab pertanyaannya sendiri.
Mmmm... ada  lebih nasi semalam. Bolehlah goreng kejap lagi. Kita sahut.
Encik Suami berhenti mengetuk, dan mengambil satu bungkusan lalu dihulurkan kepada Amie yang masih tercegat di pintu.
Ada orang bagi kuini, kata Encik Suami.
Wah! Pagi-pagi sudah datang rezeki yang semerbak harum.
Siapa bagi?
Ada kawan hantar tadi.
Kita pun sambut bungkusan berisi kuini.
Alhamdulillah. Rezeki di pagi Jumaat datang ke rumah. Moga tambah rezeki buat yang memberi. Ada 7 biji kuini yang sudah masak harum!

Buah kuini.


Sarapan pagi : Kacang Kuda Tumis & Nasi Goreng Isi Ikan Tongkol

Kacang Kuda Tumis

Semalam sebelum tidur sempat rendam kacang kuda. Pagi ini sudah kembang. Amie rebus hingga empuk. Kemudian Amie tumis bubuh hirisan bawang merah, cili kering, daun kari dan biji sawi. Kali ini tak bubuh rempah kari.


Ikan Bilis Sgar Goreng Tepung

Ikan Bilis Segar Goreng Tepung ini lebihan makan semalam. Amie panaskan lagi dengan menggunakan air fryer selama 5 minit. Bolehlah makan dengan nasi goreng.


Hirisan Buah Kuini


Ada lebihan isi ikan tongkol masak singgang lauk semalam. Amie tumbuk hancur dan goreng dengan nasi sejuk.Nampak Mama Cella goreng nasi dengan isi ikan tongkol, macam sedap sangat. Mama Cella gunakan nasi beras basmathi. Cantik kejadiannya. Nasi goreng kelihatan berderai. 

Amie kongsikan resipi Nasi Goreng Isi Ikan Tongkol di bawah ini. Amie tambahkan sedikit budu sebagai penambah rasa.

Bahan-bahan:

  • 3 cawan nasi putih
  • 1 cawan isi ikan tongkol yang sudah ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih + 3 biji bawang merah tumbuk
  • 1 biji cili merah hiris
  • 1 sudu besar budu
  • 1 pokok sayur sawi - potong
  • 3 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
Cara:
  1. Gaul nasi putih bersama isi ikan tongkol.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah serta hirisan cili merah.
  3. Kemudian masukkan sawi. Gaul beberapa kali.
  4. Masukkan nasi, tuangkan budu, taburkan garam / perasa pilihan secukupnya.
  5. Gaul rata dan kemudian padamkan api dapur.


Terima kasih Firdaus. Budak kecil ini selalu letakkan segelas air suam di atas meja sewaktu Amie buat kerja. Pagi ini, dia nampak lebihan air lemon di atas meja dapur. Dia tambah dengan air panas dan letak atas meja kerja Amie. Terima kasih sayang Mommy!

19 comments

  1. Wahhhh...sukanya saya nasi goreng isi ikan tongkol.Saya suka sangat ikan tongkol sebab isi pejal.Alhamdulillah rezeki buah kuini.Kalau berjiran nak juga sebiji..hihihi.
    Rajin betul En Majid bertukang.Buat stor la bagai..Daus pun bila abang-abang takdak jafi "anak tunggal" la yer ..hihihi

    BalasPadam
  2. Amie, kita suka sangat33 kalau nasi goreng guna isi ikan, x pernah jemu kalau dpt,
    Buah kuini suka betul dgn bau dia tu, xdpt mkn pun x apa asalkan dpt bau dia

    BalasPadam
  3. Kreatif Puan Amie gunakan lebihan ikan tongkol buat nasi gotreng.
    Teringin hendak buat kacang kuda tumis. Nanti hendak buat. Insya Allah.
    Rajin Firdaus pertolongan kecil amat dihargai.

    BalasPadam
  4. Rezeki datang bergolek..sedap sgt kuini tu..

    BalasPadam
  5. Sweetnya Firdaus..

    Tentu sedap nasi goreng isi ikan tu, saya pernah buat juga guna ikan sardin.

    BalasPadam
  6. Masuk blog Kak Amie mesti automatik rasa lapar. Nasi goreng tu sedapnya!! tengok pun dah sedap.. makan tak cukup sepinggan ni..

    BalasPadam
  7. Tak pernah goreng nasi, letak budu. Lawan ikan tongkol, memang sesuai.
    Pandai Firdaus, buat air untuk mommy. :)

    BalasPadam
  8. Sedapnya nasi goreng isi ikan tongkol..lama x buat..eh nak buat la nanti...sedap tu...pandai Firdaus layan mummy eh...

    BalasPadam
  9. Tahu tahu ada aktiviti tukar pintu ye. Semoga dipermudahkan urusan tukar pintu anak anak. Rezeki dapat buah kuinin lagi.

    Tak pernah lagi makan nasi goreng ikan tongkol. Tengok kak amie masak pasti sedap ni.

    BalasPadam
  10. Tak pernah tak sedappp kalauu nasi goreng dengan ikan tongkol! Wahhh, bagusnyaaa firdaus sediakan air untuk mommy dia :)

    BalasPadam
  11. Sedapnya nasi goreng kak Amie.

    BalasPadam
  12. kacang kuda tumis tu mcm sedap...

    jangan kak amie salah rumah plak nnt sebab dah tukar pintu.. heheh

    BalasPadam
  13. Nasi goreng isi ikan memang sedap! Tengok ikan goreng tepung tu tiba-tiba teringat sanggar pappek Kak Amie :)

    BalasPadam
  14. Pandai ek budak comel itu ambil hati mummy. Nak buat menantu, kecik lagi la pulak, ahaks!

    BalasPadam
  15. Sha pun suka guna isi ikan untuk buat nasi goreng.. lebih terasa.. hehehe..
    Alhamdulillah.. pagi-pagi dah dapat kuinin..

    BalasPadam
  16. menariknya kacang kuda tumis tu. ikan goreng tepung pon nmpk sedap

    BalasPadam
  17. Sedap kacanh kuda tu. Lama xmkn memang menyejukkan bdn. Buah kuini sedap dimakan mcm tu sebab wangi

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe