Sanggar Pappek Sambal Tomato

7:04 PTG

Cuaca di Lahad Datu mendung sepanjang hari. Bacaan suhu sekarang ialah 29'Celsius.  Kalau ikutkan hati rasa nak tidur saja sepanjang hari sebab rasa sangat nyaman. Jom kita ke dapur cari kudap-kudapan untuk minum petang.

Amie ada sanggar pappek, cecah dengan sambal tomato. Kemudian kita basahkan tekak dengan secawan teh tarik halia pula.

Sanggar Pappek Sambal Tomato & Teh Tarik Halia


Tengahari tadi Encik Suami bawa pulang ubi kayu, dua sikat pisang nipah saiz kecil dan juga beberapa biji kelapa muda. Kalau Mama Cella nampak ubi kayu dengan pisang ini, tentu ibu yang sangat rajin masak itu banyak idea nak mengolahnya. Kan Mama Cella? 

Sebenarnya Amie minta Encik Suami belikan dua biji ubi kayu saja tapi dibawanya pulang banyak biji.... ahaks! Rupanya semua yang Encik Suami bawa pulang itu pemberian kawannya! Alhamdulillah. Rezeki Allah. Terima kasih banyak kepada yang murah hati memberi. Mudah-mudahan rezekinya bertambah lagi.


Saiz pisang nipah @ kepuk @ saba ini agak kecil dan belum masak. Amie terfikir untuk  sediakan sanggar pappek sebagai minuman petang. Amie goreng 10 biji sahaja. Itu pun macam dah cukup banyak. Takut tak habis makan berdua dengan Encik Suami. Rupanya Firdaus pun tumpang sekaki. Tak cukup pula dia makan. Esok Mommy buat lagi ya sayang! Mommy sangka Daus tak pandai makan Sanggar Pappek!

Sanggar Pappek

Inilah hasil Sanggar Pappek @ Peppe' @ Tumbuk @ Ketuk. (dalam bahasa kita), yang diketuk atau ditumbuk. Amie pun tak pasti mana satu ejaan yang betul, sama ada pappek, peppe', tumbuk atau ketuk! Sanggar Pappek ini kudapan tardisional masyarakat Bugis. 

Sambal Tomato

Sanggar Pappek biasanya dinikmati bersama sambal tomato.
Di bawah ini Amie paparkan gambar dari entri lama bagaimana cara untuk membuat Sanggar Pappek. Gambar-gambar ini Amie ambil sewaktu kami beramai-ramai belajar membuat buras. Mama Cella teringin nak buat buras. Bolehlah Mama Cella tutorial di bawah ini:

Oleh kerana takut terkena getah pisang, balutlah tangan dengan plastik sebelum mengupas pisang. Selain pisang nipah, pisang raja pun sesuai dijadikan Sanggar Pappek. Sewaktu Amie mempunyai pembantu rumah (orang Bugis dari Sulawesi), biasanya dia gunakan pisang raja.


Pisang yang sudah dikupas, kemudian direndam dalam air supaya tidak lebam atau hitam.


Kemudian goreng pisang yang sudah dikupas tadi. Amie lihat pembantu rumah Amie dulu, sebelum goreng dia akan lumur sedikit garam pada pisang. Goreng jangan sampai garing. Agak-agak lembut untuk diketuk, bolehlah angkat.


Kemudian pisang yang digoreng tadi hendaklah diketuk atau dipappek (bahasa Bugis). Boleh ketuk gunakan anak lesung. Pembantu rumah Amie dulu masukkan pisang ke dalam plastik atau di sini disebut kompek. Plastik itu menjadi alas ketika menumbuk. Jadi hasilnya elok tidak melekat di papan atau pada anak lesung.


Beginilah rupa pisang yang sudah diketuk. Pengetuk pisang ini anak Bugis asli dari Tawau ye. Jadi, memang tidak boleh dipertikaikan Sanggar Pappek itu. Terima kasih banyak dik Ramlee Mapalabong sebab tinggalkan kenangan manis di Lahad datu.


Pisang yang sudah diketuk ini sedia untuk digoreng. Panaskan semula kuali berisi minyak bekas gorengan pisang yang pertama tadi. Gorenglah hingga kuning keemasan.


Sambil membungkus buras kami makan Sanggar Pappek cecah sambal tomato!


Ya Allah!
Rindunya saat-saat begini.
Rasa nak nangis pula ketika siapkan entri ini.
Seakan terpandang-pandang dan terdengar-dengar gelak tawa kawan-kawan di dapur dan di halaman rumah kami.

20 comments

  1. Okey..ni memang first time SA tau...namakmsedap tu..garing ye kak selepas digoreng semula...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, garing. Kalau tak mahu garing boleh angkat sebelum garing.

      Padam
  2. Macam pisang goreng ke kak amie? Atau bukan ya? Cicah dengan sos tomato, mesti rasa masam masam sikit kannn. First time dengar sanggar pappek ni cicah pulak dengan sos tomato :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya tak sama dengan pisang goreng. Bukan sos tomato dik. Salah baca tu. Sebenarnya sambal tomato.

      Padam
  3. Serius, namanya begitu ya. Sebab dulu2, mak kita selalu buat pisang macam ni, tapi kami makan dengan sambal belacan 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ada juga yang makan dengan sambal belacan. Begitulah namanya, ikut bahasa asalnya.

      Padam
  4. Rasa macam saya tulis komen panjang lebar dah tadi pasal buras..Eh,bila tengok balik dag takdah..tak tau la saya dah terkomen kat mana...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa... Mama Cella pi masuk entri buras. Terkomen di sana. Nanti jangan lupa try buat buras ye.

      Padam
    2. Hahaha..ya..ya..dh klick link buras tu....laaaaa,komen salah tempat..Dah macam whatsApp salah group la...hihihi

      Padam
  5. PIsang nipah tua yang masih hijau macam tu kalau direbus pun sedap.
    Makan dengan kelapa parut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti saya nak buat Wak. Terima kasih cadangannya.

      Padam
  6. Wah.. satu lagi makanan unik..
    Menarik cara penyediaannya..

    BalasPadam
  7. Nampak sedap.. macam pisang goreng, tapi diketuk dahulu.

    BalasPadam
  8. Oh kena ketuk jadi rupa begitu. Macam pisang goreng diketuk.
    Banyak pengetahuan baru pasal masakan di blog Puan Amie.

    BalasPadam
  9. selalu pisang nipah di goreng atau buat kerepek....ni muda2 di goreng dan di penyek..emmm tak pernah dengar dan rasa...menarik

    BalasPadam
  10. Seronoknya masak-masak macam tu ramai-ramai...saya suka bab rewang masak masak ni....seronok smbil tangan bergerakl sambil mulut berkicau. lepas tu kalau ada cerita lucu gelak ramai-ramai...seronok sangat

    BalasPadam
  11. Seronoknya masak ramai-ramai macam tu. Benda susah pun jadi senang

    BalasPadam
  12. Sedap sanggar pappek ni. Pernah cuba buat tapi lenyekkan dulu baru campur dalam tepung dan goreng. Kena ada tools dia baru mudah nak penyekkan. Kalau guna pisang terlebih masak lagilah renyah nak membuatnya. Pisang nipah memang sedap buat goreng atau pappek ni. Rezeki dapat pemberian orang. Boleh diolah macam macam :)

    BalasPadam
  13. Sedap pisang ni..belajar makan dengan kawan kawan bugis di Sabah..rindunya dgn Sabah

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe