Pokok Bunga Ati-Ati Berbunga

11:10 PG

Selamat datang Jun!

Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan. Bulan berganti tahun, namun Covid-19 masih juga bertandang setiap detik di atas muka bumi. Usaha untuk menghantarnya kembali ke kampung lamannya melalui fasa demi fasa PKP diharap membuahkan hasil. 

Begitu juga dengan pokok bunga ati-ati. Kepelbagaiannya dan keunikannya tidak dapat dinafikan lagi. Ia mampu menjadi terapi mata. Namun apabila tiba masanya ati-ati kehilangan seri, janganlah dibiarkan layu di hujung laman. 

Apabila pokok bunga ati-ati mula mengeluarkan bunga, itulah isyarat yang menunjukkan jangka hayat keindahan dan kecantikannya mulai pudar. Ketika inilah usaha memangkas dahan yang berbunga perlu dilakukan untuk memberi laluan pertumbuhan daun yang baru.

Untuk hasil yang lebih baik, eloklah dilakukan penanaman semula menggunakan keratan batang.


Amie pun tak perasan bila masanya Encik Suami menanam semula pokok bunga ati-ati.
Patutlah sebelum ini nampak beberapa kali Encik Suami meletakkan pasu-pasu bunga di tempat yang lebih teduh. Maklumlah, ati-ati tidak sanggup berada di bawah pancaran matahari terik.


Tadi, sempat meninjau-ninjau tanaman ati-ati di luar rumah. 


Ini salah sebuah pasu ati-ati yang Encik Suami letakkan di Taman Firdaus.


Gambar atas dan gambar di bawah Amie jumpa di HP. Oleh kerana Amie akan padam gambar dalam galeri, jadi Amie simpan sahajalah di sini. Gambar pokok bunga ati-ati ini bercampur-campur. Ada dari rumah sendiri, ada gambar yang Amie ambil di sekolah. Ada juga yang Amie ambil sewaktu ikut Encik Suami meronda-ronda kawasan sekolah di bawah seliaannya.




















Pokok bunga ati-ati memang kelihatan anggun dan cantik dengan kepelbagaian warnanya. Halaman dan tepian rumah akan nampak berseri dengan kehadiran deretan pasu-pasu dengan rimbunan pokok ati-ati. Namun, tidak sepanjang musim ia kelihatan indah dan rimbun. Jadi, kenalah fahami tabiat pokok ati-ati supaya dapat menikmati keindahannya sepanjang masa.


16 comments

  1. eh byk jenis eh rupanya bunga ati ati ni....
    selama ni hanya tau satu je rupa nya...

    BalasPadam
  2. Cantik bila tengok ada macam-macam warna gini.
    Lagi-lagi yang merah kuning tu, menawan.

    BalasPadam
  3. Banyaknya tanam pokok ati-ati...Pokok bunga nostalgia zaman kanak-kanak ni.Zaman tu setiap rumah akan tanam pokok bunga ati-ati & bertukar2 benih ati-ati dengan jiran tetangga.Ada sejenia bayam merah tu pun saya selalu keliru sebab daunnya macam ati-ati..hihihi

    BalasPadam
  4. Pokok bunga ati- ati ni berbunga rupanya ye kak...cantik betul..nak sangat ada pokok bunga kat laman rumah tapi Pak zain cakap tanam sayur lagi banyak faedah...hurm...

    BalasPadam
  5. Dulu masa kecil, bila demam, emak akan mandikan saya dengan air yang dicampur dengan daun pokok ati-ati. Nostalgia sungguh mengenangkan kisah lama.

    BalasPadam
  6. Ohh macam tu ke Kak Amie cara penjagaan dia. Kalau dah berbunga kena potong ye. Meriah rimbun daun pokok bunga ati ati ni. Meriah laman ada beraneka jenis corak dan warna pokok bunga ati ati.

    BalasPadam
  7. Banyakk warna rupanya bunga ati ati ini, ingatkan satu jenis warna aje hehehe.
    Kalau banyak warna ditanam, memang cantikklah persekitarannya.

    BalasPadam
  8. Jiran satu lorong dengan kita, banyak betul pokok ati2 ni, merimbun macam-macam jenis depan rumah, geram tengok

    BalasPadam
  9. Banyak jenis dan warna. Rajinnya tanam segala. Untung ada suami semua tengok.
    Oklah ini aktiviti ketika terkurung penuh.

    BalasPadam
  10. cantik² kaler bunga ati² akak.. sihat pulak tu

    BalasPadam
  11. Berbunga hati tengok bunga ati-ati. Tapi sakit hati tengok kampung halaman asal penyakit Covid dah mula hidup macam biasa. Sedangkan banyak lagi negara sedang bergelut termasuk Malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah kan sal akak pun sakit hati dan geram tenguk mereka bersenang lenang tapi kita masih bertungkus lumus nak mematikan kuman virus covid 19. Ko nyah dari muka bumi ini. Aamiin

      Padam
  12. saya ada seorang sahabat cikgu di Segamat. Depan rumahnya penuh pokok Ati-Ati pelbagai jenis hidup subur di halaman. Suka tenguk bila dah banyak-banyak dan pelbagai jenis

    BalasPadam
  13. Cantik2 bunga nya kak. Teringin nak tanam pokok bunga ni.hehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe