Jom Sarapan Sanggar Pappek & Sambal Tomato

11:31 PG

Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Selamat Hari Bapa buat semua yang bernama 'bapa' . Moga sentiasa sihat dan ceria sepanjang hari. 

Apa agaknya aktiviti pada pagi ini? Seperti biasa memang tak lari kerja rutin terutama mencuci pakaian, mengemas rumah dan masak di dapur. 

Beberapa minggu ini terasalah sunyinya  di rumah tanpa Fairuz. Fairuz bersama abang sepupunya berada di Kota Kinabalu. Mereka tinggal di rumah sewa. Mereka berdua mengambil bekalan ikan dari Kudat. Kudat tidak jauh dari Kota Kinabalu. Perjalanan sehala lebih kurang 178km. 

Sementara bekalan ikan dari Semporna dan Tambisan diuruskan oleh abang sepupunya Amin dan Aman untuk dibawa ke Kota Kinabalu. 

Eh! Lain pula ceritanya.

Kita masuk dapur semula yok! 

Minggu lepas Amie buat sanggar pappek di sini: SANGGAR PAPPEK SAMBAL TOMATO. Sanggar pappek itu untuk minum petang. Habis licin Encik Suami dan Firdaus makan. Sebelah malamnya pula Encik Suami kata: Sedaplah sanggar pappek petang tadi. Boleh goreng lagikah?

Aduhai! Waktu itu hampir pukul 10 malam. Amie kata esoklah saja. 

Rupanya keesokan paginya Encik Suami cabut gigi. Jadi tak bolehlah nak makan sanggar pappek. Kelmarin Encik Suami bawa pulang pisang berangan, pisang kepuk dan pisang raja. Pisang berangan sudah masak ranum. Pisang kepuk pun sudah masak juga. Pisang raja saja yang belum masak. Jadi pagi ini Amie gunakan pisang raja untuk dijadikan sanggar pappek. Biasanya orang gunakan pisang kepuk @ nipah untuk sanggar pappek. Amie ikut gaya pembantu rumah kami yang gunakan pisang raja! Tapi pisang raja agak 'keras' sedikit hasilnya berbanding pisang nipah. 

Pisang kepuk pula atas permintaan Firdaus, Amie buat Pisang Goreng Train to Hatyai. Resipinya d sini: PISANG GORENG TRAIN TO HATYAI.

Sanggar Pappek & Sambal Tomato

Sanggar Pappek Pisang Raja

Sanggar Pappek Pisang Raja, Pisang Goreng Train to Hatyai, Sambal Tomato & Teh Ceylon 888

Teh Ceylon 888 aroma pandan.


Seperti biasa sambil goreng pisang sambil merenih serbuk teh. Tambahkan sedikit gula batu dan masukkan sehelai daun pandan! Nampak berasap-asap lagi sewaktu tuang ke dalam cawan.

Pisang raja.

Pisang kepuk @ nipah @ saba.


Jom kita buat Sambal Tomato. Banyak kali juga Amie kongsikan resipinya. Ada macam-macam versi. Sambal tomato dengan belacan, sambal tomato dengan udang kering & sambal tomato dengan ikan bilis.

Kali ini Amie gunakan tomato kampung seperti di bawah ini.

Tomato kampung.

Cili merah dan cili padi.

Belacan


Belacan yang Amie gunakan jenis belacan tipis dan ringan. Amie gunakan 2 keping. Kalau tak mahu gunakan belacan pun boleh. Nak gantikan dengan udang kering atau ikan bilis pun ok saja. Tak mahu bubuh benda yang 3 itu pun tak jadi masalah.

Bahan-bahan untuk Sambal Tomato:
  • 1/2 cawan minyak
  • 1/2 cawan gula melaka parut
  • 1 sudu kecil pati asam jawa
  • garam / perasa pilihan secukupnya

Bahan kisar (tidak terlalu halus):
  • 2 biji cili merah
  • 30 biji cili padi
  • 30 biji tomato kampung - belah 2
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 bungkus belacan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
  2. Masukkan gula melaka dan asam jawa.
  3. Gunakan api perlahan dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Taburkan garam / perasa pilihan. Kacau rata dan padamkan api dapur.

Sambal Tomato

Sambal Tomato ini bukan sahaja untuk dijadikan pencecah sanggar pappek, tetapi boleh dimakan bersama ulam-ulaman, ikan atau ayam bakar dan sebagainya.

Sanggar Pappek


Sekian.
Cerita dari dapur bersama Sanggar Pappek & Sambal Tomato, Pisang Goreng Train to Hatyai dan Teh Ceylon 888 aroma pandan.
Selamat meneruskan aktiviti bersama keluarga di hari minggu.


20 comments

  1. Sarapan nampak muai. Memang betul-betul mempelbagaikan kegunaan pisang.

    BalasPadam
  2. Wah,pisang raja pun boleh yer...pernah juga buat,kami panggil pisang penyet.Lepas ni boleh try dengan pisang raja pula Tapi ralat dh seminggu cari pisang untuk goreng tak dapat.Teringin bila tengok pisang Train To Busan tu...ops Train to Hadyai...hihihi

    BalasPadam
  3. Kalau kita buat Sanggar Pappek tu ada tak yang nak temankan makan yek

    BalasPadam
  4. pisang ni kena penyek2 dl ke kak?
    sanggar papek tu pisang goreng penyek ke mksdnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun nak tanya, sanggar pappek tu pisang goreng yang dilenyek dulu ke sebelum digoreng? Apa beza dengan pisang goreng biasa? Hehehe

      Padam
  5. Saya tengah membayangkan sanggar pappek panas-panas dimakan dengan sambal tomato tu... aduhai sedapnya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. aduh farrah!
      bikin air liur meleleh :) ha ha ha ha...

      Padam
  6. Nampak begitu menyelerakan sambal tu Amie..kalau la dapat dicicah dgn ulam2an fuhhh..

    BalasPadam
  7. nampak sedap.....xpernah lg tgk sambal tomato.....biasa dengan pisang goreng smbal kicap je....

    BalasPadam
  8. minum petang kalau sediakan sanggar pappek ngan sambal tomato ni gerenti licin pinggan

    BalasPadam
  9. Biasa makan pisang goreng je.. Ni macam² menu pisang ada..

    BalasPadam
  10. suka shida mkn pisg grg ade bijan tu..

    BalasPadam
  11. Geram tengok tomato kampung merah-merah tu

    BalasPadam
  12. Pisang Saba di Sabah...ehehe,
    1st time nampak tomato kampung..

    BalasPadam
  13. Confused pulak tengok pisang raja dengan pisang nipah ni. Sanggar Pappek dan pisanag goreng, dua dua pun sodap.

    BalasPadam
  14. kak, sambal tomato tu boleh tahan lama x kalau simpan?

    BalasPadam
  15. What is an outstanding post! “I’ll be back” (to read more of your content). Thanks for the nudge!
    토토사이트
    I can’t imagine focusing long enough to research; much less write this kind of article. You’ve outdone yourself with this material. This is great content.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe