Coto Ayam Makassar

6:02 PTG

Bertemu lagi dalam entri Coto Ayam Makassar.
Dalam entri yang lepas, ada yang bertanya bolehkah organ dalaman dalam Coto Makassar digantikan dengan bahan lain. Sebenarnya banyak kali juga Amie terangkan dalam entri-entri sebelumnya, ada pilihan lain selain perut / limpa / paru boleh gunakan daging atau ayam. Ikut sukalah mana yang nak dipilih. 

Dalam entri Amie yang lalu, selalu juga Amie terangkan perbezaan di antara coto dengan soto. Dalam kamus Wikipedia, selain soto atau coto, ia juga dikenali dengan nama stroto! Dalam Kamus Dewan kita pula kata, soto ialah sejenis makanan seperti sup yang dicampur dengan daging ayam bersama nasi himpit (mi, taugeh dan lain-lain). Apa pun sebenarnya soto ni memang pelbagai! Soto dikaitkan dengan kuahnya yang kelihatan lebih jernih, manakala coto pula kuahnya lebih gelap - pekat sedikit sebab ada campuran kacang tanah.

Kali ini tajuk entri ialah Coto Ayam Makassar, dan bukannya Coto Makassar seperti kebiasaannya. Oleh kerana ada yang bertanya, bolehkah gantikan daging lembu (dan bahan dalaman lembu) dengan ayam, jadi Amie paparkan Coto Ayam Makassar. Sebenarnya Amie pernah kongsikan paparan Coto Ayam Makassar tetapi Amie tidak sertakan resepinya. Jadi, perlu faham ada beza di antara soto dengan coto. Apabila disebut coto ayam, bemaksud kuahnya tidak sama dengan soto ayam yang biasa kita makan. Eloklah disambung terus rangkaikata Coto Ayam Makassar supaya tidak keliru.

Coto Ayam Makassar dengan Buras


Coto Ayam Makassar dengan Buras


Bahan-bahan isi dan kuah:

  • 1/2 ekor ayam (anggaran 800 gram) - potong 2 
  • 2 batang serai - diketuk
  • 3 cm halia - diketuk
  • sedikit garam /perasa pilihan
  • 2 liter air basuhan beras yang ketiga

Cara:

  1. Masukkan ayam  ke dalam periuk dan tambahkan air basuhan beras, serai, halia dan garam / perasa pilihan.
  2. Rebus dengan menggunakan api perlahan sehingga ayam empuk.
  3. Apabila ayam rebusan sudah empuk, keluarkan dari periuk. 
  4. Biarkan air rebusan terus mendidih dengan api perlahan.
  5. Sementara itu boleh panaskan minyak dan goreng ayam yang direbus tadi hingga kekuningan. Kemudian carik-carik isi ayam goreng tadi.
Sementara itu kita sediakan bahan tumisan seperti di bawah ini.

Bahan kisar:

  • 7 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 sudu besar ketumbar biji
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 4 batang serai - ambil isinya yang putih - hiris -hiris
  • 2 cm lengkuas
  • 2 cm halia
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 3 sudu besar minyak
Bahan tambahan :
1 cawan kacang tanah goreng - kisar halus (jika sukakan kuah lebih pekat, boleh tambahkan kacang tanah) Amie gunakan kacang tanah tak berkulit. Kalau inginkan kuah warna gelap, boleh gunakan kacang tanah berkulit.
garam / perasa pilihan

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan kisar kecuali kacang tanah kisar dan garam hingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan bahan tumis ke dalam air rebusan yang sedang mendidih.
  3. Seterusnya masukkan bahan pemekat dan penyedap serta pelengkap untuk kuah iaitu kacang tanah kisar.
  4. Kacau rata dan biarkan mendidih seketika sehingga sebati dah kuah agak pekat. Pekat sedikit saja ya, bukannya pekat macam kuah kacang nak makan dengan sate tu.... ahaks! Pandai-pandailah mengagak macamana untuk selera sendiri. Macam kuah laksa juga. Ada yang suka cair, tak kurang juga yang suka pekat. 
  5. Ketika ini kalau kuah tak cukup rasa, bolehlah tambah garam / perasa pilihan.
  6. Padamkan api dapur.
Coto Ayam Makassar ini  enak dinikmati bersama buras, taburan bawang goreng, daun sup, daun bawang, limau kasturi dan sambal / kicap lada. Kalau tidak ada buras, boleh gantikan dengan nasi himpit atau ketupat nasi. Kalau tidak ada kedua-duanya, bolehlah dimakan bersama mee hoon atau suhun yang sudah dicelur terlebih dahulu.Ikut selera masing-masinglah nak makan dengan apa.

Coto Ayam Makassar dengan Mee Hoon


Ada kuah coto lebihan masakan kelmarin. Encik Suami simpan dalam peti sejuk. Hari ini Amie panaskan semula. Oleh kerana tidak ada buras, Amie gantikan dengan mee hoon. Jadilah juga Coto Ayam Makassar.

Wokey!
Tak boleh lama-lama membebel di sini. 
Amie nak sambung baca travelog.
Sekarang sudah hampir 3/4 baca travelog Krabi - Pergi Naik Bas, Balik Naik Tren.
Jumpa lagi. 
Harap esok dapat baca buku lain pula.

Travelog Krabi - Pergi Naik Bas, Balik Naik Tren.

20 comments

  1. Setiap kali baca pasal coto makassar masakan cikgu ni setiap kali tu semangat nak mencuba masak..Tengok buras tu pun rasa nak cuba buat juga..Tapi belum kesampaian lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya masih tak mahir buat buras walaupun dah ikut tutorial. Tangan masih keras lagi hihihiiiii.

      Padam
  2. Saya baru tahu beza soto dan coto.

    BalasPadam
  3. 1st time dgr coto, sedapnyaa, boleh cuba ni..

    BalasPadam
  4. Saya pun baru tahu beza coto dan soto. Lajunya Amie membaca. :)

    BalasPadam
  5. Ada yang suka masukkan kacang tanah goreng ketika makan soto tapi rupanya ada makanan yg masukkan kacang tanah kisar iaitu coto. Mgkin boleh dicuba satu hari nanti cuma ada tekak yang cerewet la plak kat sini, hihi

    BalasPadam
  6. Ok first time tau jenis makanan coto ni...
    Tengok kuah nya, ok baru nampak beza ngan soto...

    :)

    BalasPadam
  7. Coto dan soto, lebih kurang je bunyinya tapi lain rupanya hehehe

    BalasPadam
  8. Puan memang hari-hari memasak ke? Macam-macam makanan dimasak. Terbaiklah. Hebat!

    BalasPadam
  9. sedapnya kak Amie..berselera shida tgk menu kak AMie :)

    BalasPadam
  10. Akak dok ulang sebut-soto,coto,soto,coto..

    BalasPadam
  11. Ingatkan typo td rupanya namanya mmg coto.. guna air basuhan beras ye kak? br tau ni

    BalasPadam
  12. Ok, baru tau kewujudan coto. Ingatkan typo tadi. Huhu. Guna air beras untuk memasak tu serius saya tak pernah cuba. Menarik ni.

    BalasPadam
  13. Coto ke namanya ingatkan soto tp lebih kurang isinya. Menu menarik kak amie

    BalasPadam
  14. SA baru ni adala cuba nak masak Coto Makassar ni...last2 jadi mee sup...hahahaha....

    BalasPadam
  15. Baik baik faham dah soto, coto, coto ayam makassar, coto makassar. Terima kasih untuk penerangan tu, barulah tahu soto ni pelbagai rupanya.

    BalasPadam
  16. Saya ingatkan ejaan je lain.. rupanya masakannya pun berbeza.. menarik untuk dicuba..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe