Ayam Singgang Budu

3:59 PTG

Mata! Kenapalah engkau suka mengantuk! Selepas solat dan makan tengahari, badan rasa melekit pula. Kita pun segarkan diri dengan mandi. Cuaca pula tidak menentu. Dari pagi cerah membawa ke panas, tetapi sekarang mendung pula. Capai buku Dunia di Sebalik Tembok dan sambung baca tapi mata seakan tertutup pula! Apa tidaknya. Lepas mandi terus baring dalam bilik tidur, pasang pendingin hawa, kepala letak atas bantal! Memanglah gaya orang mengantuk disorongkan bantal! Ikutkan hati memang akan tertidurlah sampai ke petang melewati waktu Asar. Baiklah bangun, turun ke bawah dan tulis entri dalam blog. Pukul 3.31 petang nanti masuk waktu Asar. Ada beberapa minit lagi untuk solat Asar.

Rancangannya selepas solat Asar nanti akan keluar sekejap, berkunjung ke ATM. 

Cerita main masak-masak hari ini, Amie penuhi selera setiap orang. Encik Suami ingin makan ikan tuna goreng, Amie gorengkan. Firdaus ingin makan telur dadar dari kelmarin. Hari ini Amie tunaikan. Amie ingin makan Ayam Singgang Budu, Amie masak untuk diri sendiri tapi Encik Suami yang lebih-lebih hirup kuah singgang....ahaks! 

Amie masak tidak banyak tetapi pelbagai. Apabila siap ada macam-macam pulak dalam talam:

  • Nasi putih
  • Singgang Ayam Budu
  • Ikan Tuna Goreng
  • Telur Dadar
  • Peria Tumis Udang Kering
  • Ulam-ulaman daun salad, tomato ceri & timun
  • Sambal Kicap
  • Honeydew


Ayam Singgang Budu

Nasi putih & lauk-pauk.


Ikan Tuna Goreng.

Peria Tumis Udang Kering.

Telur Dadar.

Ulam-ulaman daun salad, tomato ceri & timun.

Sambal Kicap.

Honeydew


Amie tak pernah kongsikan Ayam Singgang Budu sebelum ini. Kali ini Amie paparkan resipinya kerana Encik Suami kata sedap....hiks! Katanya petang tadi dia makan lagi. Ayam tu rasa macam biasalah, tapi kuah tu yang sedap, katanya lagi. Kalau tambah lobak merah dengan kobis bunga jadi tom yam ni, tak habis-habis Encik Suami beri komen. Kata nak makan ikan tuna goreng, tapi hirup kuah Ayam Singgang Budu kita sampai berpeluh-peluh!

Bahan-bahan untuk resipi Ayam Singgang Budu:
  • 500 gram ayam - potong ikut saiz yang disukai
  • 3 sudu besar budu
  • garam / gula / perasa pilihan
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 sudu kecil ketumbar biji - tumbuk kasar
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 cm halia - hiris halus
  • 2 cm lengkuas - hiris halus
  • 3 ulas bawang putih - hiris
  • 5 biji bawang merah hiris 
  • 3 tangkai cili kering - potong 2
  • 10 tangkai cili padi
  • air secukupnya 
Cara memasak:
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan gaul sebati.
  2. Tuangkan air sehingga ayam tenggelam.
  3. Nyalakan api dapur.
  4. Masak sehingga ayam empuk.
  5. Sekiranya kurang perasa, sila tambah lagi mana yang kurang.

15 comments

  1. Hehe bagus penuhi permintaan suami, anak dan diri sendiri.

    BalasPadam
  2. Belum pernah buat lagi singgang ayam ni..Singgaj daging & tulang pernah buat macam ni..Idea yang bagus ni...hihihi

    BalasPadam
  3. meriah menu makan kak amie setiap hari...

    BalasPadam
  4. Nampak sedap..rasa nak cuba la nanti..tunggu budu sampai order kat Shopee

    BalasPadam
  5. Dulu masa awal-awal covid-19 ada seorang profesor viral di media sosial menyatakan kandungan ramuan dalam lauk singgang boleh merawat covid-19..

    BalasPadam
  6. Faham sangat bila mengantok disorongkan bantal tu. on air cond pulak tu, memang hanyut dibuai mimpi. Alhamdulillah hidangan memenuhi selera masing masing. Unik hidangan singgang dan budu. Lain dari yang lain.

    BalasPadam
  7. aida pernah buat ayam singgang budu ni.
    last year PKP rasanya. masa tu seingat aida trending kejap lauk ni :)
    lebih kurang resepi nya. google resepi je.
    sedap. nanti nak repeat la. aida suka budu.

    BalasPadam
  8. Meriahhhh betul makanan dalam talam kak amie! :)

    BalasPadam
  9. honeydew is my top favorite food !

    BalasPadam
  10. Ulam-ulaman salad tu menarik sungguh warnanya.. Satu lagi honeydew tu.. Lamanya tak makan.. Nak kena pergi cari juga..

    BalasPadam
  11. sedapnya nmpk ayam singgang budu ni. first time dengar.

    BalasPadam
  12. First time dengar nama lauk singang budu nii. Tapi nadya xmakan budu😅 mesti sedap kan? 🥰

    BalasPadam
  13. Lauk2 kak amie tak pernah yg tak meriah hehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe