Puasa 28 Ramadan 1442H
9:26 PTGSudah 28 hari kita lalui bulan mulia yang hampir ke penghujungnya. Mudah-mudahan Ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua. Kita lalui pelbagai ujian dan dugaan, kita harungi hari-hari yang berlalu sambil melawan Covid-19 yang entah bila akan berakhir. Kita hanya mampu patuhi SOP, dan berdoa akan ada pengakhiran yang baik.
Tiba-tiba diumumkan lagi tempoh PKP di seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun 2021. Segala yang berlaku di luar kawalan, dan ada kalanya secara tiba-tiba perubahan akan diumumkan. Syukurlah Fuad sudah selamat sampai ke Seri Iskandar. Nampaknya tahun ini mereka beraya berdua di Perak pula. Tahun lepas Fuad di Johor, Abang Farid di Perak. Hasrat untuk beraya di rumah Nenda di Selangor terpaksa ditangguh dahulu. Nampaknya di Selangor semakin mencanak naik kes positif.
Cerita tentang puasa hari ke 28, petang tadi Amie goreng mee hoon saja. Encik Suami pula jalan-jalan sekejap melihat gerai-gerai yang baru dibuka semula selepas PKPD. Dijinjingnya pulang beberapa jenis makanan yang dibeli.
Mee hoon goreng. |
Mereka berbuka nasi ayam Hainan.
17 comments
Itulah kak amie kan..dapat SA rasa perasaan Kak Amie tu dan ntah macam mana la nanti SA lalui dah la anak sorang...
BalasPadamSelamat berbuka puasa
BalasPadamNampan enak2 juadah berbukanya
Macam² makanan ada..😋😋😋
BalasPadamPening dengan segala SOP yang ada. Kejap itu kejap ini. Takpelah, syawal tetap kita raikan. Syukurlah juga Fuad boleh beraya dengan Abang Fuad tak keseorangan di Johor. Sedapnya meehoon goreng. Lama mommy tak masak meehoon Firdaus mintak tambah tu. Ye lah kak amie, semakin anak membesar semakin sunyi rumah. Masing masing dah berdikari duduk jauh.
BalasPadamMasa memula nampak pic tongkeng ayam,saya terfikir mesti cikgu ingat Fuad.Saya pun sekarang kalau nampak tongkeng ayam,eh,boleh pulak teringat anak bujang cikgu suka tongkeng ayam,cuma tak ingat anak yang mana.hihihihi
BalasPadamMihun goreng akk buat tu nampak sedapnyaaaaa
BalasPadamsedih n rindu anak2 di kejauhan xdptberaya bersama kan amie
BalasPadammenarik menu k amie
BalasPadamdah pun nk berakhir ramadhan kali ni rasa tak puas lg nk berpuasa teraweh
Nak dikenang makin sedih nanti, bersabarlah dengan dugaan yg menimpa semua insan hari ini.
BalasPadamApapun, juadah di sini tak pernah menghampakan
sejak bazar ramadhan ditutup di selangor ni, mmg susah nak cari juadah berbuka puasa. so far mmg beli fast food je lah. itu jer yg bukak. nak masak sendiri amat lah malas.. hahaa
BalasPadamUNTUNGLA dpt mkn piza hari2., ;p
BalasPadamSedapnya tengok meehoon goreng Amie. Feveret saya sejak kecil, meehoon goreng tu.
BalasPadamAlamak, sedihnya, anak-anak duduk jauh, tak dapat beraya sekali, PKP. Ujian betul ye. Dah 2 tahun la kita masak sendiri, makan sendiri, kunjung mengunjung tak boleh. Huhu..
Sedap pulak tengok mihun tu di gandingkan dengan kepak dan buntut ayam.
BalasPadamRindu jugak adik beradik lain dan anak-anak saudara. Raya takde kanak-kanak kurang meriahnya. Alhamdulillah Fuad dan Farid dapat raya sekali. Geng kelahi tu biasala adik beradik
BalasPadamBetul tu kak amie, tiba tiba je umukan pkp satu negara. Apa boleh buat kannn.
BalasPadamBuka puasa makan mee goreng punnn sedap kak amie kan, makan nasi hari hari pun boleh jemu >.<
Saya tergoda tengok hidangan bihun goreng Kak Amie.
BalasPadamMoga kita semua baik-baik sahaja dalam fasa PKP ni.
wahhh untung laa dpt kwn keje domino's boleh mkn pizza hari2 hehehe
BalasPadam