Nasi Linopot : Masakan Tradisional Masyarakat Kadazan - Dusun Sabah
10:08 PTGJumpa lagi dan semoga rakan pengunjung ke dapur maya ini sihat-sihat semuanya. Kali ini Amie kongsikan masakan tradisional masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah iaitu nasi linopot. Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan nasi linopot ini kepada Amie ialah Puan Wanihim pada tahun 1996, lebih kurang 25 tahun yang lalu. Kami selalu menghadiri kursus bersama ke Miri, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu dan tidur sebilik. Kalau penerbangan Amie dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu agak lewat, ke rumahnyalah (di Kota Kinabalu) Amie dibawa berehat.
Pernah sekali Puan Wanihim bawa Amie ke tamu (pasar) di Ranau, tempat kelahirannya. Di situlah Amie mengenali pelbagai hasil dari kampung seperti beras huma, tuhau, tembaruak, ikan masin dan sebagainya. Puan Wanihim pernah jamu Amie makan nasi linopot, warnanya ungu dan nasinya lembik sedikit dibungkus dengan daun seperti daun keladi!
Cerita tentang Puan Wanihim, sekarang dia sudah jadi orang besar dan berpangkat. Selalu Amie ikuti perkembangannya di FB tetapi Amie segan hendak menegurnya. Amie doakan Puan Wanihim sentiasa sihat dan terus bersemangat menabur sumbangan dalam bidang pendidikan di negeri kelahirannya ini.
Nasi linopot dan lauk-pauknya. |
Nasi Linopot |
Nasi linopot & the gang. |
Sayur losun, tuhau, bunga kantan dan cili putih dari Kundasang. |
- Nasi linopot
- Sayur losun dengan bunga kantan tumis dengan cili putih
- Sayur paku tumis dengan ikan bilis
- Tuhau tumis dengan ikan bilis dan cili putih
- Ikan masin goreng cili bawang
- Hinava udang dengan peria
- Sayur lemak batang keladi
- Ayam masak sup
- Ikan basung masak ampap
- Sambal belacan
Sayur losun tumis dengan bunga kantan tumis dengan cili putih. |
Sayur paku tumis dengan ikan bilis. |
Tuhau tumis dengan ikan bilis dan cili putih. |
Ikan masin goreng bawang cili. |
Hinava udang dengan peria. |
Sayur batang keladi masak lemak. |
Ayam masak sup. |
Ikan basung masak ampap. |
22 comments
Banyaknya lauk.. Puas makan macam ni.
BalasPadamBanyak jenis tapi kuantitinya sedikit.
PadamNew knowledge! Thank you kak amie.
BalasPadamBanyak jugak ye lauk pauk yang boleh dimakan dalam set hidang linopot. Ingatkan dia ada spesifik menu macam tu hehehe.
Ada juga yang spesifik sebagai identitinya seperti hinava ikan atau udang, ikan basung masak ampap, tuhau, bambangan dll.
PadamMeriah lauk tapi bagus guna pelbagai jenis sayur.
BalasPadamTerima kasih kerana terangkan terperinci nasi linopot.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamBetul tu, banyak sayuran. Kalau kawan Kadazan-Dusun jamu saya makan nasi, sekurang-kurangnya ada dua jenis sayur dalam satu hidangan.
Padammakanan tradisi dusun simple saja tapi sedap sgt nkn dgn nasi linopot
BalasPadamHidangan sihat dan berkhasiat, ringkas dan mudah cara penyediaannya.
PadamNampak sedap nasi color purple tuu 😁
BalasPadamItulah beras huma / padi bukit jenis pandan hitam yang wangi.
PadamComplete dah menu nasi linopot. Semua nutrisi ada dalam satu menu. Tak perlu pening dah nak pikir nak masak lauk apa hehehe
BalasPadamBahan masakan pun yang didapati di sekeliling tempat tinggal, tidak perlu bahan yang sukar diperolehi.
PadamLauk pauk dia menarik sungguh kak.. Terima kasih berkongsi cerita..
BalasPadamSama-sama Sha. Cerita hidangan tempatan yang patut diketengahkan.
PadamSemua lauk rare tu cikgu.Nampak menyelerakan pada tekak saya.Cikgu,adakah pokok tuhau tu adalah pokok tepus yang terdapat di hutan semenanjung?
BalasPadam(pokok hutan macam pokok lengkuas & umbutnya selalu di rebus sebagai ulam)
Ya, tuhau itu kalau di Malaya dipanggil umbut tepus atau kesing (sejenisbau serangga). Kalau di Malaya dibuat ulam dan direbus, di Sabah biasanya dibuat jeruk dan masak goreng / tumis dengan ikan masin / ikan bilis serta cili putih.
PadamOkey... ini uncle baru tau...
BalasPadamAduh, kalau masuk periksa ni, terbabas jugak Kita nak menjawab soalan pasal lauk-pauk nasi linopot ni, Amie
BalasPadamMeriah betul lauk pauknya tu Kak Amie...teruja SA tengok
BalasPadamPertama kali dengar Nasi Linopot a.k.a nasi bungkus. Banyak jenis daun yang boleh digunakan untuk membungkus. rencah pun ada pelbagai ye. Buah bambangan dan tuhau tu saya pernah tengok stacy share dalam youtube dia.
BalasPadamBanyaknya lauk. Nasi tu lebih kurang mcm nasi kerabu di semenanjung
BalasPadam