Hamper Untuk Raya
5:34 PTGTengahari tadi Encik Suami ajak membeli barang keperluan dapur. Amie sebenarnya malas nak keluar. Sudah terbayang kesesakan jalan raya dan orang ramai beratur panjang di luar pasaraya. Lagi pun kami sudah putuskan tidak akan buat rumah terbuka raya memandangkan SOP yang sangat ketat dan asyik berubah dari semasa ke semasa.
Kata Encik Suami, takkan sebab tak buat rumah terbuka tak boleh keluar berbelanja. Okeylah. Ikut sajalah. Konon tak mahu berbelanja tapi keluar dari pasaraya, penuh bonet kereta!
Apabila menghampiri selekoh masuk ke taman perumahan kami, Encik Suami kata eloklah terus ke Sri Perdana. Ada hamper yang hendak diambil, katanya.
Oh! Patutlah dua tiga hari lepas ada Encik Suami kata, raya kali ini nak bahagi-bahagi hamper saja untuk adik-beradiknya. Tak mahal. Murah saja, katanya lagi.
14 comments
Wah,idea yang bagus tu.Pasti seronok ipar duai & biras cikgu sbb tahun ni dapat lain dr tahun2 lepas.Semoga diberkati..
BalasPadamTerbaik ni Amie!
BalasPadamTentu seronok mereka terima hamper.
Terbaik!!
BalasPadamBetul tu Kak Amie...bukan nilai sesuatu barang tu jadi ukuran..silaturrahim tu yang perlu di jaga...
BalasPadamTerbaikk lah suami kak amie bagi hamper ke adik beradik. Idea yang menarik.
BalasPadamBetul tu kak amie, tak kisahlah hamper itu murah ke mahal ke janji ikhlas dibagi dan hubungan silaturahim antara keluarga tu tak dapat di beli di mana mana.
nesti seronok org yang akan dapat hamper tu.. tanda ingatan tulus ikhlas
BalasPadamBanyaknya hamper raya sampai penuh kereta
BalasPadamAlhamdulillah.. Rezeki untuk dibahagikan².. 🤲🏼
BalasPadamAlhamdulillah.. bukan nilai jadi ukuran.. tapi ingatan..
BalasPadamAlhamdulillah. ada cara lain untuk kita raikan bersama mereka dan sebagai tanda ingatan.
BalasPadambetul kan, harga dan nilai tak penting, yg penting ingatan :)
BalasPadamBetul hubungan ukhwah itu penting dr segalanya
BalasPadamWahhh. Memang terbaik laaa siap bagi hamper tuu 😁
BalasPadamWah.. Insha Allah kalau bagi orang makan lagi murah rezeki
BalasPadam