Pudin Cocos
9:45 PTGAda sejenis kuih manisan tradisional Cocos yang hanya muncul sekali dalam setahun terutamanya pada hari raya. Manisan ini dinamakan pudin. Bukannya puding! Tahun berganti tahun, pudin semakin jarang kelihatan di antara kuih-muih yang dihidangkan di hari raya.
Amie sempat melihat arwah MIL menyiapkan tempahan pudin untuk orang kampung. Adunan pudin ini dituangkan ke dalam plastik tahan panas. Seterusnya dimasukkan ke dalam tin-tin MILO yang kemudiannya ditutup rapat. Arwah MIL mengambil masa selama 12 jam untuk mengukusnya! 12 jam tau! Arwah MIL kukus d dalam kawah dengan menggunakan kayu api. Kalau mula mengukus pukul 7 pagi, bermakna pukul 7 malam barulah tin-tin MILO berisi pudin tadi diangkat.
Gambar di bawah ini ialah rupa pudin yang sudah dipotong atau dihiris. Rasanya manis. Kalau disimpan dengan elok di dalam peti sejuk, pudin boleh bertahan sehingga setahun.
Pudin Cocos. |
Pudin Cocos |
Entah berapa tahun lamanya Amie simpan resipi Pudin Cocos tapi tak pernah cuba buat sendiri. Sekarang, kalau hendak makan Pudin Cocos hanya perlu tempah sahaja. Rasanya pun sudah agak berbeza dengan Pudin Cocos yang pernah dihasilkan secara tradisional. Boleh kukus di atas dapur gas. Adunannya pun boleh diuli gunakan mixer, dan bukannya gunakan tangan seperti dahulu.
Pudin Cocos |
24 comments
Lama tuuu kukus, 12 jam! Yang hitam hitam tu apa kak amie? Macam kismis pulakk hehehe
BalasPadamYa kismis. Ada juga prune.
PadamSangat cantik kejadiannya
BalasPadamTerima kasih Wak. Menuntut tahap kesabaran yang tinggi untuk menghasilkannya.
PadamNampak sedap :)
BalasPadamYa, ikut citarasa.
PadamBaca caranya macam ala-ala kuih bakul yang terkenal ketika perayaan CNY.Tengok rupanya pula macam kek buah kukus.Rasanya mesti sedap ni.Orang dulu-dulu kreatif & kebanyakan mempunyai resipi keluarga sendiri kan.Sayangnya banyak yang sudah hilang tanpa disedari.
BalasPadamBetul, macam kek buah kukus.
PadamMemang banyak makanan tradisi kaum-kaum tertentu mula pupus. Itu sebabnya saya suka dokumentasikan dalam blog jika ada maklumat mengenai apa-apa makanan tradisi.
nmpk menarik pudin cocos ni. mcm kena cuba nnti
BalasPadamKena cari musim raya. Itu pun hanya dalam komuniti Melayu Cocos saja.
Padamapa resepinya kak? nk tau pulak apa rasanya... kalau kt sini kek hati parek yg kena kukus 8 jam.. pudin lg lamalah 12 jam.. hehehe.. tp mmg tahan dan sedap.. sbb guna kismis yg ditumbuk
BalasPadamPudin Cocos ni pada Kak Amie lebih pada berbanding kek hati parek. Nanti kalau rajijn, Kak Amie nak buat juga. Boleh jadikan entri. Takut terus pupus, generasi baru tak kenal lagi.
PadamMemang kene kukus dengan api kayu ye kak kalau dengan dapur gas atau letrik mau melambong bil dan cepat habis gas heheheh... tp tahan tu kalau sampai setahun
BalasPadamKakak dulu nampak arwah MIL kukus banyak tin dalam kawah. Memang berbaloilah guna kayu api.
PadamLama betulmegukus pudin tu rajin sungguh milamie
BalasPadamMemang begitulah tradisinya Kak PI.
PadamNampak elok je rupa bentuk puding ni.. Seperti kek kukus pun ada.
BalasPadamItulah, macam rupa kek kukus. Selalu juga tanya kenapa dinamakan pudin, dan nampaknya masih belum ada jawapannya.
Padamselalu dengar pasal pudin cocos, sedap nya nampak rupa dia
BalasPadamManis rasanya. Makan sikit jew heheheee.
PadamNampak macam sejenis puding yang padat dan lembap macam kek. Rare cara pembuatannya masuk dalam tin, kukus 12 jam. Lama betul. Boleh simpan sampai setahun tu. Tak dinafikan, dari segi rasa memang ada perbezaan. Tak leh lawan rasa sedap cara tradisional dan air tangan orang dulu dulu.
BalasPadamMak oiii...12 jam kukus tu..mencabar kesabaran ye nak buat pudin cocos ni...
BalasPadamKuih tradisional memang renyah nak buat tapi tahan lama dan sedap. 12 jam kukus perghhh
BalasPadamBekas kuih tu pun macam bekas kuih legend je.
BalasPadam