Pages

Isnin, 10 Mei 2021

Puasa 28 Ramadan 1442H

Sudah 28 hari kita lalui bulan mulia yang hampir ke penghujungnya. Mudah-mudahan Ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua. Kita lalui pelbagai ujian dan dugaan, kita harungi hari-hari yang berlalu sambil melawan Covid-19 yang entah bila akan berakhir. Kita hanya mampu patuhi SOP, dan berdoa akan ada pengakhiran yang baik.

Tiba-tiba diumumkan lagi tempoh PKP di seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun 2021. Segala yang berlaku di luar kawalan, dan ada kalanya secara tiba-tiba perubahan akan diumumkan. Syukurlah Fuad sudah selamat sampai ke Seri Iskandar. Nampaknya tahun ini mereka beraya berdua di Perak pula. Tahun lepas Fuad di Johor, Abang Farid di Perak. Hasrat untuk beraya di rumah Nenda di Selangor terpaksa ditangguh dahulu. Nampaknya di Selangor semakin mencanak naik  kes positif.

Cerita tentang puasa hari ke 28, petang tadi Amie goreng mee hoon saja. Encik Suami pula jalan-jalan sekejap melihat gerai-gerai yang baru dibuka semula selepas PKPD. Dijinjingnya pulang beberapa jenis makanan yang dibeli.

Mee hoon goreng.

Lama tak makan mee hoon goreng. Macam sedap pula buka puasa dengan mee hoon goreng. Firdaus pun minta tambah beberapa kali. Tapi, begitulah cara anak-anak makan. Dikuisnya segala sayur bubuh tepi piring.

Encik Suami beli kuih kocong inti kacang, pulut serunding kelapa, murtabak ayam, sayap ayam panggang dan tongkeng ayam. 


Mungkin mulai esok sudah tak sempat nak masuk dapur maya, nak cerita tentang juadah berbuka puasa. Maklum sahajalah hari raya bakal menjelang tiba. Sudah tentu sibuk dengan pelbagai persiapan. Biarpun suasana PKP, suasana hari raya sedikit sebanyak tetap dapat dirasakan.

Kena terima sahajalah beraya dalam keadaan kesepian, dan seadanya tanpa anak-anak di sisi, tanpa keluarga dan sanak saudara serta jiran tetangga.

Namun begitu, jangan lupa untuk sentiasa bersyukur. Di sebalik kesedihan, dan kesusahan sebenarnya banyak hikmah tersembunyi yang mungkin sekarang belum mampu dirungkai sepenuhnya. Banyak nikmat hidup lain yang Allah berikan buat kita semua.

Apa khabarnya anak-anak bujang kami hari ini? Abang Farid sudah ada kawan berkelahi, Fuad. Cuma akhir-akhir ini Abang Farid agak sibuk dengan pembentangan tugasannya. Jadi, mungkin tak sempat masak. Abang Farid beli saja dari luar.


Walau apa juadah berbuka puasa, jus buah memang tak pernah tinggal!


Ada sekali, kawannya datang tolong masak di rumah sewanya.
Mereka berbuka nasi ayam Hainan.


Kalau Abang Farid kongsi gambar burger memang sibuklah dia tak sempat masak.
Seperti biasa, mesti ada jus oren.


Ada dua hari berturut-turut Abang Farid buka puasa dengan nasi lemak McD.


Suka rupanya Abang Farid dengan nasi lemak McD.


Fuad kata, untung sungguh housemate dia bekerja sambilan  di Dominos.
Hari-hari bawa balik pizza.


Sekarang, Abang Farid kena sediakan makanan untuk dua orang.
Duduklah kamu berdua baik-baik Abang Farid & Fuad. 


Apa khabar Fairuz?
Puaslah sepanjang bulan puasa ini menjamu selera di hotel dan restoran.
Perut pun makin boroi dan mukanya pun semakin gelap gelita!


Mudah-mudahan anak-anak bujang semuanya sihat sejahtera walau di mana saja berada.
Sentiasalah patuhi SOP sepanjang masa.
Abang Farid dan Fuad duduk sajalah di Seri Iskandar sehingga tamat PKP nanti.


Teringat Fuad yang suka makan tongkeng ayam dan Fairuz yang suka sayap madu. Apa boleh buat. Kena terima hakikat anak-anak sudah meningkat dewasa, dan perlu belajar hidup berdikari. Sebagai ibu, sudah tentu sentiasa menganggap mereka masih seperti anak kecil, padahal anak-anak sudah tumbuh sayap dan ingin bebas terbang meneroka dunia luar.

17 ulasan:

  1. Itulah kak amie kan..dapat SA rasa perasaan Kak Amie tu dan ntah macam mana la nanti SA lalui dah la anak sorang...

    BalasPadam
  2. Selamat berbuka puasa
    Nampan enak2 juadah berbukanya

    BalasPadam
  3. Macam² makanan ada..😋😋😋

    BalasPadam
  4. Pening dengan segala SOP yang ada. Kejap itu kejap ini. Takpelah, syawal tetap kita raikan. Syukurlah juga Fuad boleh beraya dengan Abang Fuad tak keseorangan di Johor. Sedapnya meehoon goreng. Lama mommy tak masak meehoon Firdaus mintak tambah tu. Ye lah kak amie, semakin anak membesar semakin sunyi rumah. Masing masing dah berdikari duduk jauh.

    BalasPadam
  5. Masa memula nampak pic tongkeng ayam,saya terfikir mesti cikgu ingat Fuad.Saya pun sekarang kalau nampak tongkeng ayam,eh,boleh pulak teringat anak bujang cikgu suka tongkeng ayam,cuma tak ingat anak yang mana.hihihihi

    BalasPadam
  6. Mihun goreng akk buat tu nampak sedapnyaaaaa

    BalasPadam
  7. sedih n rindu anak2 di kejauhan xdptberaya bersama kan amie

    BalasPadam
  8. menarik menu k amie
    dah pun nk berakhir ramadhan kali ni rasa tak puas lg nk berpuasa teraweh

    BalasPadam
  9. Nak dikenang makin sedih nanti, bersabarlah dengan dugaan yg menimpa semua insan hari ini.

    Apapun, juadah di sini tak pernah menghampakan

    BalasPadam
  10. sejak bazar ramadhan ditutup di selangor ni, mmg susah nak cari juadah berbuka puasa. so far mmg beli fast food je lah. itu jer yg bukak. nak masak sendiri amat lah malas.. hahaa

    BalasPadam
  11. UNTUNGLA dpt mkn piza hari2., ;p

    BalasPadam
  12. Sedapnya tengok meehoon goreng Amie. Feveret saya sejak kecil, meehoon goreng tu.
    Alamak, sedihnya, anak-anak duduk jauh, tak dapat beraya sekali, PKP. Ujian betul ye. Dah 2 tahun la kita masak sendiri, makan sendiri, kunjung mengunjung tak boleh. Huhu..

    BalasPadam
  13. Sedap pulak tengok mihun tu di gandingkan dengan kepak dan buntut ayam.

    BalasPadam
  14. Rindu jugak adik beradik lain dan anak-anak saudara. Raya takde kanak-kanak kurang meriahnya. Alhamdulillah Fuad dan Farid dapat raya sekali. Geng kelahi tu biasala adik beradik

    BalasPadam
  15. Betul tu kak amie, tiba tiba je umukan pkp satu negara. Apa boleh buat kannn.
    Buka puasa makan mee goreng punnn sedap kak amie kan, makan nasi hari hari pun boleh jemu >.<

    BalasPadam
  16. Saya tergoda tengok hidangan bihun goreng Kak Amie.
    Moga kita semua baik-baik sahaja dalam fasa PKP ni.

    BalasPadam
  17. wahhh untung laa dpt kwn keje domino's boleh mkn pizza hari2 hehehe

    BalasPadam