Shepherds Pie Kegemaran Anak-Anak
10:20 PGDulu Amie selalu tonton rancangan masakan barat di televisyen. Pelbagai cara dan olahan yang dipaparkan. Setiap chef sudah pastiya mempunyai cara yang sedikit berbeza dalam penyampaian masakan mereka walaupun hasil resipi yang dikongsikan sama sahaja. Kadang-kadang geli hati melihat cara mereka masak, main campak-campak dan kemudian puji keenakan masakan yang dihasilkan. Sedap atau sebaliknya memang subjektif sifatnya. Yang penting kita belajar dan berkreativiti, sebab memasak itu ada seninya yang tersendiri.
Amie suka melihat gaya Jamie Oliver menghasilkan shepherds pie di dapurnya, tetapi apabila masuk ke dapur Alton Brown di Food Network memang rasa akan pecah perut menahan tawa! Apa tidaknya, melihat gaya Alton Brown campakkan saja kentang lenyek atas bekas berisi inti dan kemudian terus masukkan dalam oven, nampak sangat betapa 'jujur' cara Alton Brown masak di dapur!
Oleh kerana Abang Farid beberapa kali tanya: Bila Mommy nak buat shepherds pie, jadi Amie pun buatkan jugalah. Sebenarnya shepherds pie ini dibuat pada hujung tahun lepas. Disebabkan jatuh sakit ketika itu, banyaklah deretan hasil masakan yang masih tersimpan dalam folder dan belum dijadikan entri.
Amie pesan pada anak-anak: Kalau suka satu-satu makanan tu, eloklah belajar masak. Sambil belajar sambil kenali bahan yang digunakan. Cerita tentang bahan masakan, ada jew kisah yang mencuit hati:
- Suruh Abang Farid ambil daun pandan di belakang rumah, diambilkannya daun pisang!
- Suruh Fairuz ambilkan serai di kebun Bonda untuk buat rendang sewaktu di kampung (Malaya), diambilkannya daun pucuk ubi!
Shepherds Pie |
Inti shepherds pie dalam bekas kecil. |
Inti shepherds pie dalam bekas besar. |
Bahan-bahan inti pie:
600 gram daging kisar
3 ulas bawang putig cincang
1 labu bawang besar cincang
1 cawan cendawan shiitake segar- hiris nipis
1 tin jagung
1 cawan lobak merah cincang
1 cawan puree tomato
50 gram keju parmesan
150 gram cream cheese
1 sudu makan serbuk oregano
1 sudu makan lada hitam - tumbuk
1/2 cawan minyak zaiton
2 ketul stok / kiub daging
P/S : Boleh tambah kacang peas jika suka. Anak-anak suka jagung, jadi Amie lebihkan sukatan jagung.
Cara:
1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga layu.
2. Masukkan daging kisar dan masak sehingga daging berubah warna.
3. Tambahkan lobak merah, jagung dan cendawan shiitake. Gaul sebati.
4. Seterusnya masukkan puree tomato, cream cheese dan keju parmesan.
5. Untuk melengkap rasa masukkan serbuk oregano, lada hitam serta kiub daging.
1 kg kentang Holland - buang kulit dan potong - potong
2 batang leek - hiris nipis
80 gram mentega
200 ml susu segar - dipanaskan seketika
satu sudu teh lada hitam tumbuk
1 kiub daging
Cara:
1. Rebus kentang hingga hampir empuk. Masukkan hirisan leek dan masak lagi hingga kentang empuk. Toskan airnya.
2. Tambahkan mentega dan susu segar, kiub daging & lada hitam ke dalam kentang.
3. Lenyek kentang hingga hingga hancur.
8 comments
aduhhh bila tengok ni terus teringin nak buat lah kak... last buat masa bulan puasa tahun lepas... cumanya kene buat sikit, Edy dengan Aiyan bukan layan sangat... kalau pasta laku lah juga hehehe
BalasPadamSuka pai. Nanti boleh belajar buat.
BalasPadamHehe.. kelakor baca salah amik daun pisang. Cantik kejadian shepherd's pie Amie dan anak-anak buat ni. Yummy!
BalasPadamsedap untuk seisi keluarga tp kalau tak ada yg menolong letih juga nk membuat pie ni.
BalasPadamUish.. Datang sini semua makanan sedap-sedap. Kadang jumpa makanan yang belum pernah dengar nama. Seronok dapat ilmu baru. Sheperds pei pastilah sedapnyaaaa. Kalau daging kambing lagi harum berlemak ni.
BalasPadamSuka Sherperd Pai..tapi nak buat dia tu macam susah kan...kena focus bbetul2 resepi ni Kak Amie
BalasPadami love this kak amie !!
BalasPadamBagus belajar masakan yang kita suka. Hihi..eloklah suruh anak anak ke anak buah ambilkan. Kalau tak, sampai bila bila tak tahu apa benda bahan dan rencah masakan. Tak pernah lagi rasanya makan Shepherds Pie. Menarik untuk dicuba. Mungkin boleh cuba resepi kak amie nanti. Tq share kak amie :)
BalasPadam