Nasi Goreng Ikan Masin Campur Lobak Manis Batang

9:36 PG

Awal pagi tadi Encik Suami hantar Fairuz ke sekolah. Katanya ada kelas tambahan. Mudah-mudahan dipermudahkanlah urusan anak kami ini ketika menduduki peperiksaan STPM nanti.

Jom masuk dapur. Kita sediakan sarapan untuk orang yang ada dalam rumah. Kita buat nasi goreng. Zaman kami kanak-kanak dulu, arwah Ayahanda kita tak benarkan kami masak atau makan nasi goreng! Pantang betul Arwah Ayahanda dengan makanan yang dimasak semula, terutama nasi sejuk. Bonda selalu curi-curi masak nasi goreng. Bukankah nasi goreng sedap? Kenapa arwah Ayahanda anti betul dengan nasi goreng? Katanya kalau makan nasi goreng nanti sakit perut!

Al Fatihah buat arwah Ayahanda yang telah meninggalkan kami pada 26 Februari 2001 yang lalu. Hampir 20 tahun arwah meninggalkan kami.

Cerita tentang arwah Ayahanda, perkara yang tak dapat dilupakan ialah bahan makanan di dapur yang arwah Ayahanda pastikan sentiasa ada:

  • Ikan bilis teri
  • Ikan masin masam
  • Lobak masin
  • Kacang tanah
Ketiga-tiga senarai makanan di atas memang selalu menjadi hidangan kegemaran arwah Ayahanda sehingga ke akhir hayatnya!

Selain Nasi Goreng Ikan Masin Campur Lobak Manis Batang, Amie tambahkan telur goreng mata satu, baby carrot celur, hirisan timun dan salad. Ada menu tambahan iaitu kuih dangai @ rangin dan ketayap. kuih-kuih ini biras yang bagi. Terima kasih biras Amie yang murah hati. Moga rezeki sentiasa bertambah.

Walaupun namanya Nasi Goreng Ikan Masin Campur Lobak Manis Batang, tetapi rasanya ketika dimakan tidaklah semanis yang disangkakan. Ini kerana Amie rendam terlebih dahulu ikan masin dan lobak manis. Bayangkan hasil masakan kombinasi kedua-dua bahan masin dan manis, ditambah dengan rasa pedas cili padi! Woowwwooowww!!!! Meraung jew tidak!

Nasi Goreng Ikan Masin Campur Lobak Manis

Baby carrot, salad, timun dan telur goreng mata satu.

Di bawah sekali : Kuih dangai @ rangin & ketayap.

Amie gunakan isi ikan masin, tetapi tak tahu apa nama ikan masin itu. Isinya cantik dan putih. Setelah Amie rendam, Amie potong kecil-kecil dan goreng besama lobak manis batang hingga kuning keemasan. Separuh bahan gorengan tadi Amie gaul bersama nasi goreng dan separuh lagi Amie taburkan di atasnya semasa menghidang. Jom kita lihat resipinya di bawah ini.
# Lobak Manis Batang - nama di luar bungkusan lobak.

Bahan-bahan:
  • 4 cawan nasi putih
  • 1/2 cawan hirisan isi ikan masin
  • 1/2 cawan hirisan lobak manis batang
  • 1/2 cawan hirisan lobak merah
  • 5 batang kacang panjang - hiris kecil
  • minyak
  • garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
  • 3 biji cili merah - buang biji
  • 7 biji cili padi - boleh tambah atau kurangkan
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1/2 sudu kecil belacan
Cara memasak:
  1. Goreng ikan masin dan lobak  manis batang sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan minyak bekas gorengan tadi sebanyak 3 sudu besar di dalam kuali.
  3. Tumis bahan tumbuk hingga terbit aroma.
  4. Masukkan lobak merah. Gaul rata. Biarkan masak seketika sehingga lobak merah layu.
  5. Kemudian masukkan nasi putih diikuti dengan kacang panjang. Kacau beberapa kali sehingga kacang panjang berubah warna.
  6. Taburkan separuh daripada gorengan ikan masin dan lobak manis batang tadi.
  7. Seterusnya taburkan garam  dan perasa pilihan secukupnya.
  8. Gaul sebati.
  9. Padamkan api dapur.
  10. Ketika menghidang, taburkan lebihan gorengan ikan masin dan lobak manis batang di atas nasi goreng.

13 comments

  1. Selera arwah berbeza dan prinsipnya berbeza. Kena ikutlah ketua keluarga punya selera.
    Alfatihah buat arwah ayah akak.

    Saya tak pernah lagi nasi goreng ikan masin campur lobak masin. Tapi lobak masin sedap juga rangup rangup dia tu walaupun dah dijeruk.

    BalasPadam
  2. lobak putih jeruk yg selalu letak dlm bihun sup tu kan ?

    BalasPadam
  3. Jeruk lobak putih tu yg macam korea tu ka yg mcm kita makan dalam bihun sup tu kak amie? Mcm sedap ja

    BalasPadam
  4. Saya pun nak tanya jeruk lobak putih dengan lobak masin tu sama ke lain-lain.. Nanti cikgu share pic nak tengok jeruk lobak putih

    BalasPadam
  5. @Azhafizah MN Mungkin pada pandangannya, makanan yang dimasak semula itu sudah masuk angin kot. Itu yang buat sakit perut.

    BalasPadam
  6. @Alia Farhan Yang dalam bihun sup kot, sebab rasanya manis.

    BalasPadam
  7. @namakucella Silap saya Mama Cella. Di luar paket tu di tulis lobak manis batang, rasa manis bukannya masin.

    BalasPadam
  8. Pergh!! Mengancam gila nasi goreng Amie..

    BalasPadam
  9. Sedapnya nasi goreng ikan masin tuh...biasa kalau SA buat guna ikan masin tenggiri jeruk..nanti nak cuba la..geram tgok baby carrot tu..

    BalasPadam
  10. Waktu sahur pagi tadi pun, saya makan nasi goreng juga. Sedapnya nasi goreng ikan masin dan lobak manis. Memang selera makan, tak cukup sepinggan ni.

    BalasPadam
  11. baru semalam dinner nasi goreng bapa mertua masak.. sesekali memang sedap makan nasi goreng. dr biarkan nasi terbuang begitu saja

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe