Serunding Kerang Versi Bersantan PKP 2.0
10:55 PGSedapnya Serunding Kerang PKP 2.0 Serunding Kerang PKP 2.0 laku keras. Encik Suami pun sudah dua kali beli buras nak makan dengan serunding kerang untuk sarapan pagi Abang Farid, Fuad dan Firdaus. Balik rumah nampak daun pisang pembalut buras, dan tinggal bekas serunding kerang sahaja.
Oleh kerana serunding kerang mendapat sambutan hangat di dapur, jadi Amie cuba oleh lagi dengan untuk menghasilkan Serunding Kerang Versi Bersantan PKP 2.0 pula. Memang bergandalah sedapnya sebab ditambah santan! Lemak-lemak basah dan cukup rasa segala perencah!
Serunding Kerang Versi Bersantan PKP 2.0. |
Nasi Kuning & The Gang. |
Orang Sabah tak pernah jemu makan nasi kuning. Sama seperti orang Malaya dengan nasi lemaknya. |
1 biji kelapa parut
500 gram isi kerang segar
1 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil pati asam jawa
2 sudu besar parutan gula Melaka
3 helai daun limau purut
garam / perasa pilihan secukupnya
4 sudu besar minyak
Bahan tumbuk / kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
5 tangkai cili kering
1 sudu besar ketumbar biji
1/2 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
3 hiris halia
3 hiris kunyit hidup
2 hiris lengkuas
1 batang serai - hiris halus
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan sekali serbuk rempah kari dan serai.
- Setelah terbit aroma, masuk kerang dan gaul rata.
- Kemudian masukkan gula, garam / perasa pilihan, asam jawa dan diikuti kelapa parut.
- Gaul rata.
- Masukkan pati santan dan daun limau purut.
- Masak di atas api perlahan sambil selalu dikacau supaya tidak hangus atau berkerak.
- Jika suka serunding basah, tak perlu masak lama di atas dapur. Jika suka serunding kering, sangailah sehingga garing.
6 comments
sedapnyaaa... tiba tiba rasa lapar
BalasPadamSedapnya amie.. pos sikit ke shah alam
BalasPadamtak pernah lagi rasa
BalasPadamThanks share resepi kak. Tak pernah buat sendiri serunding. Selalu beli je. Tu pun ayam dan daging je
BalasPadamWah sedapnya..... Serondeng kelapa pun dah sedap. Ada kerang lagi la sedap.tambah santan bertambahlah sedap. Kalau dapat makan ya ampun.. Sedap
BalasPadamUishhh ada serunding, ada ayam goreng, tambah pulak letak atas daun pisang. Berselera makan macam ni kak amie :)
BalasPadam