Singgang Tumis Kerang
5:01 PTGHari ini masak Singgang Tumis Kerang. Zaman duduk dengan keluarga di Malaya, Bonda suka masak singgang atau rebus kerang dengan serai dan daun kunyit. Sedap ratah isi kerang cecah sos cili. Di LD, sebenanya tidak ada kerang seperti di Jeram, Kuala Selangor. Kalau nak kerang yang sama seperti di sana, kenalah ke pasar ikan di Tawau. Kerang yang biasa kami makan di Malaya sudah tentulah jenis kerang ternak yang kecil besarnya sekata. Kalau cari kerang di pantai Jeram (zaman remaja dulu), memang akan jumpa kerang yang lebih kurang saja saiznya. Di LD, kerang bukanlah makanan laut yang popular seperti siput kahanga. Kalau ada kerang dijual di pasar pun, jumlahnya sedikit. Kerang yang dijual itu juga sudah tua dan liat isinya. Kulitnya yang tebal dan berat itulah yang menyebabka timbangan naik! Bila direbus, kopek isi dapatlah segenggam!
Kerang yang kami jumpa di pasar ikan LD ini pun dalam selonggok banyak saiznya! Ada XL, L dan S. Ada juga kepah laut tercampur di situ. Ada pun rupa paras dan bentuk kerang yang kami beli ini tidak sama denga kerang biasa di tempat kita.
Masakan Singgang Tumis Kerang ini kami temankan bersama latok dan ikan terbang panggang. Lauk-pauk turut dilengkapi dengan sambal pencecah dan juga mangga muda. Raja ayam tak mahu makan ikan terbang panggang, jadi Amie sediakan telur dadar gulung.
Singgang Tumis Kerang. |
Ikan terbang @ ikan torani panggang. |
Latok @ rumpai laut @ anggur laut. |
Sambal pencecah latok @ ikan terbang panggang. |
Hirisan mangga muda. |
Telur dadar gulung. |
1 kg kerang - bersihkan
2 batang serai - diketuk
3 helai daun limau purut - buang urat
1 keping asam gelugor
10 biji cili padi
3 ulas bawang putih - hiris
1 labu bawang besar - hiris
3 sudu besar minyak
4 cawan air
garam / perasa pilihan secukupnya
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar, lrngkuas, halia serta serai sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan cili padi dan tambahkan air.
3. Biarkan air mendidih barulah masukkan asam gelugor dan kerang.
4. Setelah kerang masak (terbuka kulit kerang dan nampak isinya), masukkan daun limau purut, garam / perasa pilihan. Biarkan seketika.
5. Padamkan api dapur.
17 comments
telur dadar gulung tu sangat membuka selera
BalasPadamSedapnya! Tengok hidangan-hidangan ni rasa macam nak cari pintu ajaib Doraemon, bawa mangkuk dan muka tak malu pergi rumah akak :D
BalasPadamsedapnya..kerang cicah sambal...raja ayam..hehe..
BalasPadamOh, agak mudah juga nak masak singgang tumis kerang ni. Sama macam kat rumah saya ni pun, kalau letak bawang dan cili dalam telur dadar, ada anak tak nak makan.
BalasPadamKat KL ni kerang harga Fir'aun. Hihihi
BalasPadamHanya mampu mengenang harga 20 tahun dulu rm1.50 sekilo sebagai kenangan.. Hihihi
Ye la Kak Amie...lain plak jenis kerang kat sana ye..tapi SA pernah makan kerang jenis mcm tu kat KK...sedap..manis..maybe sebab ia kerang liar...
BalasPadamTak pernah cuba lagi kerang singgang tumis kerang.Boleh cuba resepi kak amie ni pelbagai resepi yang biasa. tq kak amie.
BalasPadamokay gak tu jual kerang campur campur saiz. dapat yang fresh tak rugi membeli. Bagusnya Fuad kopekkan kerang untuk mommy :)
@AzianKhalil Tak jemu makan telur dadar hihihii.
BalasPadam@Farrah MF Mari datang dapur kakak, Farrah.
BalasPadam@nohas Teringat zaman dulu, meratah isi kerang sambil kopek kerang.
BalasPadam@Nur Mak saya biasa rebus-jew kerang, tapi kalau nak wangi tumis biasanya mak tumis dulu perencahnya.
BalasPadam@namakucella Mak saya pun kata sekarang harga kerang cekik leher!
BalasPadam@Suria Amanda Betul tu, baru perasan rasanya lebih manis.
BalasPadam@Azhafizah MN Masakan zaman dulu2 ni Fiza. Teringat kat emak, masak ikut gaya emak.
BalasPadamprnah try latok, tapi tak kena dgn tekak
BalasPadammenarik hidangan di LD.. kerang di sini besar2 tp itulah kalau makan di kedai tak best. ada yg kurang masak. kena rebus sendiri baru sedap
BalasPadam@AmieAlhamdulillah mewarisi bakat memasak emak kak amie :)
BalasPadam