Sedapnya Shepherd's Pie!
6:15 PTG
Entah berapa lama Amie berangan-angan untuk buat Shepherd's Pie. Selalu terbayang di ruangan mata betapa enaknya menikmati Shepherd's Pie yang hangat-hangat panas bersama keluarga....memotong kentang lembut yang berwarna kuning keemasan dan terus menyelak inti pie yang sungguh lazat! Adeeehhhhh....
Akhirnya, malam tadi tertunailah hasrat hati walaupun makan malam kami agak terlewat kerana menunggu Amie menyiapkan Shepherd's Pie idaman hati. Seronoknya bila melihat Fuad & Fairuz makan sambail memuji kelazatannya, sambil bising mulut Fuad meminta lain kali Mummy kena buat lagi.... nanti jamuan akhir tahun di kelas saya, Mummy buatkan begini... bla bla blaaa....
Shepherd's Pie pernah diiktiraf sebagai salah satu daripada 25 jenis makanan terbaik dunia pada tahun 2010. Ia merupakan makanan klasik British yang lazat dan mengenyangkan, dan bahan asasnya terdiri daripada dua bahan utama iaitu daging biri-biri cincang dan juga kentang lenyek. Shepherd's Pie sangat terkenal di Eropah walaupun banyak jenis pie lain termasuk pie manis. Pie ini diberi nama Sepherd's Pie (gembala) disebabkan penggunaan daging biri-biri di dalamnya. Namun, ia juga dikenali sebagai 'cottage pie' ( pai kotej). Hidangan ini terkenal sekitar abad ke-18 dalam kalangan pengembala kambing biri-biri. Daging biri-biri cincang akan ditambah dengan lobak merah, seleri, tomato, kekacang dan pelbagai sayuran serta bahan lain termasuk lada hitam, susu segar dan dimasak untuk dijadikan lapisan bawah sebelum ditutup dengan kentang lenyek.
Setelah resepi ini tersebar luas, pelbagai ragam dan gaya masakan mula timbul. Daging biri-biri digantikan dengan daging lembu, daging ayam turki dan sebagainya. Ada juga yang tidak menggunakan kentang lenyek sebaliknya menggunakan kulit pai atau puff pastry sebagai penutupnya.
Setelah beberapa kali bersoal jawab dengan Encik Google, akhirnya Amie putuskan untuk buat juga Shepherd's Pie ini. Memang terdapat pelbagai bahan yang digunakan untuk intinya, tapi Amie gunakan bahan yang anak-anak suka makan. Cuma satu saja.... yang sedihnya.... bila Amie nak gunakan tomato, rupanya habis buruk semua tomato dalam peti sejuk!!!! Jadi, Shepherd's Pie Amie nampak pucat saja.... tak merah bertomato. Apa pun, Amie gunakan alternatif lain untuk mengatasinya dan ternyata inti pie ini tetap sedap! Iyolaaaa.... dah google sana sini, macam-macam resepinya, akhirnya kita sendiri boleh pilih mana yang kita suka nak buat kaaannn! Kejap-kejap rasa nak buat gaya Jamie Oliver, kejap-kejap terpikat pulak dengan cara Alton Brown di Food Network... ha yang ini kalau tengok aksi Alton Brown buat Shepherd's Pie memang kelakar habis!
Jom ikuti tutorial resepi Shepherd's Pie yang mudah tapi sedap di bawah ini:
1. Mula-mula tumis bawang besar dan bawang putih cincang dengan menggunakan minyak zaitun. Amie gunakan 1 labu bawang besar Holland, dan 3 ulas bawang putih. Tumis sampai layu dan hampir kekuningan. Wangi baunya tu...
2. Kemudian masukkan daging cincang. Daging cincang ye... tapi daging potong kecik-kecik pun boleh, daging kisar pun boleh. Sebenarnya Amie nak gunakan daging kisar, tapi sepetang mencari ke pelusuk pasaraya bersama Encik Suami, satu bungkus pun tak jumpa. Dah tu pulak, daging ayam kisar pun tak ada. Niat di hati nak gunakan daging biri-biri, pun tak ada juga! Jadi, balik rumah gunakan sajalah daging lembu muda seperti di atas tu... lebih kurang 800 gram.
3. Bila daging dah berubah warna, masukkan lobak merah. Nak potong dadu boleh, nak cincang pun boleh. Wokkeeeyyyy... gaul.
4. Alton Brown masukkan jagung dan segala kacang, warna warni pula... sebab anak-anak sukakan jagung, Amie pun masukkan jagung jugak. Sayangnya kita tak ada stock daging macam yang orang putih selalu buat tu. Jadi tambah air sajalah. Masak hingga daging lembut. Tu laaa... kalau pakai daging kisar atau yang cincang punya kan ke cepat masak! Ni kena tunggulah sampai 1 jam atau lebih sampai daging benar-benar empuk. Masukkan 1 kiub daging ye.... Kalau nak sedap dan ikut selera, tambahlah apa-apa yang disukai, cendawan ke, kacang panggang ke....
5. Jamie Oliver pakai daun rosemary segar... kita ada rosemary kering aje. Ada juga yang gunakan serbuk oregano... Amie pun suka oregano, dan anak-anak pun dah biasa dengan aromanya. Apalagi.... masukkan sajalah herba Italy ini ke dalam masakan daging tadi.
6. Jangan lupa tambahkan lada hitam .... kalau serbuk lada hitam rasanya tak berapa ummpphhhh... jadi kenalah tumbuk lada biji ye. Bubuh sikit je.... 1 sudu teh.
7. Kalau suka tambahkan serbuk keju parmesan dan ketulan cream cheese. Waduh! Enak banget ini! Ini yang bikin masakan ini tambah pucat tanpa tomato! Pucat tapi sedap kok!
Sekarang kita sediakan mashed potato pulak. Orang kata kentang orang putih lebih sesuai, tapi tak ada pulak stok kentang kulit merah dan kulit putih kuning tu. Memanglah... asal resepinya dari negara mereka, tentulah bahan-bahan pun dari sana. Gunakan kentang kita pun okey juga. Amie tambahkan hirisan leek dalam rebusan kentang. Kita kupas kentang dan rebus hingga hampir empuk, kemudian masukkan hirisan leek bersama kentang rebus tadi. Amie gunakan 2 batang leek, dan daunnya yang hijau Amie tak ambil... ambil batangnya yang putih je. Oh yaaaa.... jangan lupa panaskan oven anda sebab tak lama lagi kita nak bakar kentang lenyek!
Sediakan juga susu segar dalam 1 cawan dan juga mentega. Kalau tak ada mentega yang keping-keping tu, gunalah mentega yang dalam tin.
Bila kentang dah empuk, tapis airnya dan carilah alat untuk melenyek kentang rebus tadi. Masukkan mentega dengan susu segar tadi tu ye... dan jangan lupa tambahkan lada hitam tumbuk sikit.
Kentang lenyek dan siap. Jom kita teruskan kerja berikutnya. Ambillah bekas yang tahan panas untuk kita bakar benda ni dalam oven.
Masukkan inti pie yang sudah lama menunggu dalam kuali tu....
Lepas tu ambil kentang lenyek dan tutuplah ikut kreativiti masing-masing. Alton Brown campakkan saja... Amie cakar-cakar sikit dengan garpu. Dah... terus masuk oven... Amie gunakan suhu 250'C dan bakar selama 35 minit... nak tunggu lagi warna keemasan keluar, maca tak sabar dah nak makan.... balik-balik anak-anak datang ke dapur tanya dah siap ke belum... dah masak ke belum!
Tu diaaa.... Shepherd's Pie sudah keluar oven.
Make-upkan dia sikit untuk ambil gambar ha haaa...
Shepherd's Pie yang kecik-kecil pun ada... comelkan!
Kesian anak-anakku... macam orang tak pernah makan Shepherd's Pie... memang baru pertama kali makan hasil air tangan Mummynya pun.
Tak sabar mengorek pie... tak kisahlah... yang penting dah tangkap gambar!
Makanlah puas-puas ya anak-anak.
Jom!
Sekian... cerita tentang Shepherd's Pie berakhir di sini.
9 comments
Assalam..salam ziarah..
BalasPadamsedapnyer kakkk...
time sakit lepas cabut gigi ni laa terasa nak makan macam2..huhu
Sedapnya amie, nampak basah2 inti dia, rasanya guna dgg segar lagi sedapkan amie dr dgg kisar
BalasPadamkita pun dah lama berangan buat ni, tp tak cukup kemudi...sbb tu tak sampai ketepian..hehh...
BalasPadamAssalamualaikum Amie. Saya selalu makan tapi tak pernah buat. Nampak sedap la Amie!
BalasPadamNanti boleh cuba..
Terliur tgk ,lps ni nk terus kedapur capai ape yg ade ,nk buatpie ni.👍
BalasPadamSedap sgt... dah buat tue ari cuma farah tak.letak.jagung sbb tak suka.. jd ganti cendawan dgn tambah sikit pes tomato puree.. terima kasih yer sis atas perkongsian resepi
BalasPadamTq for sharing, Nak cuba lah, hrp menjadi.
BalasPadamAsslm Amie...kalobakar guna bekas yang kecik2 macam dlm gambar tu berapa lama
BalasPadamBgmn cara nk bg pie ni tahan lama
BalasPadam