Atasi Stres!
6:36 PTGHari-hari masak di dapur pun boleh menyebabkan stres! Sesekali kena tinggalkan dapur, atau lupakan dapur buat seketika. Apa itu stres?
Stres adalah:
- reaksi tubuh badan terhadap sesuatu permintaan
- ketegangan fisiologi dan psikologi melampau
- persediaan untuk menentang atau melarikan diri (fight or flight syndrom)
- permulaan bagi sejumlah bilangan penyakit
Stres bukanlah:
- tidak selalunya buruk, kerana ia kadangkala membantu seseorang untuk mencapai sasaran yang dikehendaki
- keresahan
- ketakuran
- punca langsung bagi sesuatu penyakit, meskipun ia sering menyumbang ke arah pengembangan penyakit tersebut
Atasi Stres! - Dr. Julian Melgosa |
Hans Selye, seorang doktor terkemuka lebih 50 tahun dahulu pernah mencadangkan stres sebagai faktor yang paling kerap mendatangkan penyakit. Kini, teori beliau telah dikaji dan disahkan benar.
Para pemimpin berkedudukan tinggi, eksekutif syarikat, para pendidik, golongan profesional, seiausaha, buruh kasar, suri rumah, remaja dan kanak-kanak , bahkan haiwan turut mengalami kesan stres.
Secara teknikal, definisi stres tidak ditakrif berdasarkan punca, tetapi menurut respons (atau reaksi) kita terhadapnya.
Kejahilan dalam soal menangani stres dengan betul akan tertonjol dalam empat aspek kehidupan iaitu fizikal, mental, sosial dan rohani. Stres meruntun kepada perasaan khuatir, resah dan penyakit fizikal tertentu. Limpahan stres juga boleh menjejaskan aspek kehidupan lain, menyebabkan penyakit mental, gangguan sosial dan gangguan keluarga serta kehilangan dimensi rohani yang penting untuk mengekalkan daya hidup serta mengatasi cabaran kehidupan.
Antara isi menarik berkaitan kesihatan mental yang boleh Amie kongsikan melalui buku Atasi Stress ini ialah, orang yang sihat secara mental merasai:
- bahagia bersama diri sendiri
- bahagia bersama orang lain
- tahu bagaimana menghadapi masalah kehidupan seharian
Bahagia bersama diri sendiri:
- memiliki konsep diri yang sihat
- berpuas hati dengan masa lampau
- memandang masa depan dengan keyakinan
- menunjukkan keinginan yang konsisten untuk memperbaiki diri
- menghormati diri (harga diri)
- memahami batasan dan kemampuan diri
- mampu menghargai orang lain dan berkongsi apa yang ada
- mendirikan hubungan persahabatan yang kekal
- merasakan diri mereka diterima kumpulan sendiri
- merasakan tanggungjawab jelas terhadap orang lain
Tahu bagaimana menghadapi masalah kehidupan seharian:
- menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin berlaku
- tenang menghadapi masalah
- terbuka kepada idea dan pengalaman baru
- realistik dalam penetapan sasaran
- menyiapkan tugas dan memperolehi kepuasan daripada tugasa tersebut
Hakikatnya, kita kini hidup di atas dunia yang sedang digoncang krisis terbesar dalam sejarah. Oleh itu, kita bukan sahaja perlu belajar cara mengawal stres, malah cara menghapus puncanya!
Kita mungkin tidak dapat mengelak stres, namun kita tentu boleh mempelajari cara menguruskan stres, justeru mengelak keresahan dan kemurungan.
Buku Atasi Stres oleh Dr. Julian Melgosa ini diterbitkan buat pertama kali pada April 2012 dan Amie beli pada 19 Disember 2012 di pameran program kesihatan di Hospital Lahad Datu. Buku ini menawarkan penyelesaian terbaik bagi salah satu masalah terbesar iaitu stres dalam kehidupan moden hari ini.
Jom minum teh bunga ros. Khasiat yang diperoleh kalau selalu meminumnya termasuklah:
- memberi ketenangan emosi - mengawal hypertension
- membantu proses penghadaman
- meredakan kebimbangan dan kemurungan - anti deprassion
- memberi tenaga
- awet muda
- dan banyak lagi
5 comments
Knp di setiap gambar ada cheese tart gebu kak??? bikin stress lah... hahaha
BalasPadam@Kakmim Hahahaa... sama-sama kita stres!
BalasPadamthank you sharingggggggg ! now musim smua stress sbb takleh nak jenjalan :)
BalasPadamskrg memang semua org stress tp kalau tak pandao handle boleh jd parah
BalasPadamSekarang buat di dapur je boleh bikin stress fikir nak masak apa. macam macam stress timbul sekarang ni. Memang kena bertenang dan mencari kebahagian untuk atasi stress. TQ share kak amie :)
BalasPadam