Terung Masak Taucu

12:02 PTG

Jumlah positif Covid-19 di negeri Sabah semakin menurun. Kelmarin hanya 3 kes sahaja di LD. Alhamdulillah. Moga penurunan ini akan berterusan di seluruh negara dan juga dunia. 

Sehari dua ini, hati bagai direnyuk-renyuk. Rasa sakit dan pedih membayangkan  Abang Farid dan Fuad yang sudah tentunya sudah bersedia untuk terbang ke Malaya dalam masa terdekat. Abang Farid ke UTP di Seri Iskandar, Perak dan Fuad ke UTHM, Johor. Pengajian yang tertangguh sejak tahun lepas perlu diteruskan. Dua-duanya berada di LD sejak 13 September 2020. 

Entahlah! Hati seorang ibu sangat mudah tersentuh apabila dikaitkan dengan anak-anak. Tapi rasa itu disimpan jauh di lubuk hati yang paling dalam. Air mata pula hanya mampu ditahan agar tidak  tumpah walaupun sebenarnya sering kali merembes di tubir mata.

Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan anak-anak kami dan anak-anak yang lain dalam usaha untuk menuntut ilmu.

Kita cerita tentang menu hidangan tengahari pula. Entri ini merupakan entri tertangguh, masakan beberapa hari yang lepas. Fuad minta Terung Masak Taucu dan seperti biasa, ada ayam goreng untuk Abang Farid. Amie masakkan sup ikan kambing untuk Encik Suami. Tak tahu kenapa namanya ikan kambing. Mungkin sebab sisiknya hitam seperti kulit kambing hitam. Pelengkap rasa, Amie buat sambal mangga.

Terung Masak Taucu

Ayam Goreng salut Tepung.

Ikan Kambing Masak Sup.

Sambal Mangga.

Hirisan Nanas.


Amie goreng dua biji terung taiwan saiz besar untuk masakan taucu ini. Taucunya pula Amie gunakan taucu manis. Walaupun manis, tetap juga rasa masin. dah namanya taucu, memang begitulah rasanya. Amie tambahkan kicap lemak manis dalam masakan. Seperti biasa Amie tambahkan air sebab anak-anak suka cari kuah ketika makan dengan nasi.Tidak ada penambahan garam atau bahan perasa lain dalam masakan ini.


Bahan-bahan:
  • 2 biji terung Taiwan saiz besar - belah 2 dan potong 4 setiap sebelah
  • 4 sudu besar taucu manis
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 1 cawan air
  • minyak
Bahan hiris:
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji cili merah
  • 2 cm halia
Cara memasak:
  1. Goreng terung taiwan hingga masak. angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan 3 sudu besar minyak bekas gorengan terung di dalam kuali.
  3. Tumis bahan hiris hingga layu.
  4. Kemudian masukkan taucu manis, diikuti dengan air. Biarkan sehingga mendidih.
  5. Seterusnya masukkan terung goreng dan tuangkan kicap lemak manis.
  6. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.

13 comments

  1. Terung taiwan, pertama kali dengar. Tak pernah makan terung masak taucu. Mungkin saya kurang gemar taucu. Saya suka terung bakar, rasa asli terung :).

    Sambal tu wajib ada. Tak pedas tak sodap makan :) Kecur pulak tengok buah nanas. Lama tak beli nanas.

    BalasPadam

  2. Cikgu.. Ikan kambing tu sama dengan ika jebong ke(search kat google) Kalau yer,yang tu kami panggil ikan ayam-ayam. Tapi logik juga dipanggil ikan kambing sebab "senyuman" ikan tu memang macam kambing🤣🤣🤣
    Kalau la betul ikan tu.. Hihihi

    BalasPadam
  3. Iman lepas ni akan masuk Sem 4 dan surat telah dikeluarkan bahawa kelas cuma secara online sahaja, pun risau bila2 masa akan dipanggil, hati ibu ni memang kena kering, kan.. utk lepaskan anak2 belajar.. macam tulah dulu hati mak kita agaknya.

    Apapun, hidangan masakan Amie tidak pernah mengecewakan

    BalasPadam
  4. sedap nampak menu menu semua.. lapar pulak ni hehe :)

    BalasPadam
  5. sedapnya terung tu, my favorite tapi takleh makan huhuhuhu gatal :(

    BalasPadam
  6. suami balik kang nak kirim beli taucu lah...lama tak makan taucu...

    BalasPadam
  7. Semoga Allah sentiasa melindungi setiap langkah anak-anak Kak Amie dalam menuntut ilmu.
    Terliur saya tengok lauk terung tu, kak. Boleh cuba buat ni.

    BalasPadam
  8. Saya tak pernah masak terung taucu. Semoga anak-anak Amie selamat dan semua lah, baik-baik belaka. Jauhnya, belajar, faham, hati seorang ibu.

    BalasPadam
  9. sy tingin nk msk apa2 yg ada taucu tp ntah knpae rs mcm x confident je��

    BalasPadam
  10. Mesti anak-anak kak Amie akan merindui masakan ibu dia juga. Doakan mereka selamat dalam menuntut ilmu walau jauh dari mata.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe