Makan Besar Tengahari
4:05 PTGHari ini tak mahu berlama-lama di dapur. Nak rehatkan diri sambil menonton drama Korea saja. Orang lain cuti Tahun Baru Cina, kita pun nak cuti juga dari masuk dapur. Tengahari tadi minta tolong Abang Farid order pizza & KFC. 15 minit kemudian abang angkat Foodpanda Abang Farid sampai depan rumah hantar KFC, dan 15 minit berikutnya abang angkatnya yang kedua datang hantar pizza pula.
Amie tambahkan:
- kentang goreng
- salad
- baby carrot
- buah epal
Pizza, regular & stuffed crust..... huurrmmm budak-budak suka yang hujungnya gemuk dipenuhi cheese!
- Island Supreme
- Veggie Lover
- Beef Pepperoni
- Cream of Mushroom Soup (FOC)
Yang di tengah hujung tu baru bangun tidur terus masuk dapur!
Sebiji pizza dipotong 6. Oleh kerana ada 3 biji, jadi Amie susun 3 jenis dalam satu pinggan. Taklah panjang tangan nak capai jauh-jauh waktu makan.
Berlaku salah faham sewaktu Abang Farid tolong order KFC. Amie minta Abang Farid order 2 kotak 3-pc Golden Butter Cereal. Jadi, nanti ada 6 ketul ayam goreng. Rupanya Abang Farid salah dengar. Yang sampai ialah Golden Butter Cereal Box Meal, yang mengandungi seketul ayam goreng, Zinger Classic, Crispier Fries & Whipped Potato dan air minuman!
Inilah ayam dua ketul yang sangat kita suka sangat tu! Tapi bila sudah ada banyak pilihan makanan, tidaklah teringin sangat nak makan, cuma ambil sedikit saja. Lagipun isi Zinger Classic sama juga, ayam goreng. Nak rasa butter cereal, makan saja dengan serdak dalam dua bekas kecil itu.
Kentang goreng dari dapur. Tuangkan Jalapeno Cheese Sauce saja di atasnya.
Pizza yang tak habis dimakan, boleh panaskan semula. Rasanya petang nanti pun macam malas nak turun ke dapur. Malas nak masak ler tu!
Gembira sangatkan orang yang suka makan lobak merah tu bila ada baby carrot dalam hidangan. Siapa peminat lobak merah d rumah ini kalau bukan Fuad!
Fairuz nampak lapar betul. Maklumlah baru balik dari menghadiri kelas tambahan!
Sekian.
Gong Xi Faa Chai.
10 comments
Wah.. Ni betul makan besaq ni.. Nyumss kak.. Selamat bercuti n mrehatkan badan dan minda
BalasPadamPenuh satu meja hidangan hari nie amie. Selamat tahun baru cina & selamat beristirehat bersama seisi keluarga :)
BalasPadamHihihi.. Kita pun samalah tak masak sempena public holiday, dari pagi membaca ke petang ni dok melingko aje kerjanya.
BalasPadamUish... Memang makan besar tu.... Siapa yang raya ni?
BalasPadamHihihihi
Wahh makan besar style Kak Amie. Sekali dua orang abang angkat datang. hihi..
BalasPadamMeriah makan besar sempena cuti santai santai. bial order makanan, dapatlah rehat sikit dan buat kerja lain gitu :)
Seronok plak makan besar style kak Amie anak beranak ni....meriah...
BalasPadamwaaaahh...sedapnya...
BalasPadamAmie.. Kejamnya.. hahaha.. Tertengok di waktu malam lah pula entry ini.. Hahaha.. Terus rasa macam nak cari makanan kat dapur.. kakaka..
BalasPadamsedap-sedap semuanya Amie..
Sekali-sekala kena cuti masak juga. Chef pun perlu berehat. Hehe. Tengok gambar keluarga tengah nikmati hidangan, macam-macam muka ada. Macam family saya juga. Hehe, ada yang baru bangun tidor, baru lepas buat kerja, hehe. Sedap, sedap, kfc dan pizza. :)
BalasPadamperlu utk angkat kuali sekali sekala.. haha
BalasPadamkalau masak hari2 pun jemu juga. baru makan pizza hut yg terbaru tu