White Castle : Luxury Cream Wafers
8:48 PTGKadang-kadang rasa kasihan melihat Firdaus menyiapkan tugasan PDPR setiap hari. Tentu anak sekecil ini berasa tidak selesa. Apalagi kalau terpaksa rakam suaranya, pergerakannya dalam mengikuti sukatan Pendidikan Jasmani, dan macam-macam lagi. Kadang-kadang berlinangan air matanya kerana ketakutan apabila suaranya dirakam untuk dihantar kepada gurunya. Mudah-mudahan 1 Mac 2021, Firdaus akan gembira dapat mengikuti PDP bersemuka di sekolah.
Amie penuhi permintaannya dengan membelikannya Luxury Cream Wafers seperti yang dimintanya minggu lepas. Firdaus minta 4 tin, tapi Amie hanya dapat 3 tin dengan 3 perasa yang berbeza. Itu pun dia sudah rasa sangat seronok!
11 comments
Selamat bersekolah Daus handsome..!
BalasPadamRamai ibu bapa lain juga sedang sibuk membuat persiaPn. Sana sini jalan jem. Kat tempat saya ni pasaraya Hari Hari & kedai kazut penuh sesak.
Seronok dia walaupun dapat 3 tin. Alhamdulillah rewards untuk firdaus siapkan tugasan. boleh bagi semangat kat dia. kesian firdaus tak selesa nak kena rakam tu. faham sangat. semoga masuk sekolah nanti semuanya akan kembali seperti biasa. face to face lagi selesa untuk firdaus. Alahaii ada pulak geng suka yang sama. Takpelah, sharing is caring :)
BalasPadamAnk sy pun mcmtu kak.bila kena meyanyi paling dia x reti..alhmdulillh esok dh sek
BalasPadamWah, tiga tin sekali dapat tu, untunglah Firdaus, tahniah tau Daus Hensem
BalasPadamHILANG BOSAN PDPR DPT KUNYAH WAFERS YA DAUS
BalasPadamSaya tak jumpa la white castle wafer ni masa pi kedai. Seronok Firdaus dapat nikmati wafer, walaupun kena share dengan abangnya ye. :)
BalasPadambetul, tak elok utk gigi.. jgn makan byk sngt... gigi firdaus cantik.. jga gigi tau :)
BalasPadamwah bekas dia cantik lah...nak kena carik ni hehehe terikut cam firdaus lah pulak
BalasPadamHari ni dah 1 Mac. Selamat kembali ke sekolah ye Firdaus. Belajar rajin-rajin . Nanti ibu upah wafer lagi. Hehe
BalasPadamapalah abg fuad ni...sian adik ;-)
BalasPadamSha suka waffers.. tak kira jenam..
BalasPadamseronoknya dia dapat rewards..
Sha setuju dengan sis.. sesekali memang kena bagi rewards dekat anak2 nie..