KFC Golden Butter Cereal - Menu Baharu KFC

7:50 PTG

Malam Ahad, dapat arahan supaya pada hari Isnin berBDR sahaja dari rumah. Sekarang ini, arahan sampai pada bila-bila masa, tak kira siang atau malam, pagi atau petang, hari berkerja atau hari cuti. SYMA. Sedang sibuk berBDR, tiba-tiba datang arahan lagi meminta data 2018. Aduhai! 'Tapak' data itu ada dalam komputer di tempat kerja! Kelam kabutlah PM anak-anak buah untuk korek data masing-masing untuk dikumpul menjadi satu rumusan. Alhamdulillah, dalam kelam-kabut itu selesai juga masalah! Tapi merungut juga dalam hati: Sepatutya data-data itu perlu disimpan dalam 'fail induk', jadi bila-bila masa diperlukan boleh terus ambil dari situ. 

Ketika itulah juga Firdaus datang mendekat. Katanya lapar. Amie suruh ambil sarapan di dapur. Pagi tadi Encik Suami belikan buras. Firdaus tak mahu makan buras. Amie minta tolong Abang Farid belikan sarapan untuk Firdaus. 

Tidak lama kemudian, sampailah  abang angkatnya, Abang Rider @ Foodpanda menghantar makanan. Pada mulanya Amie tidak ambil peduli KFC yang dibawa masuk ke dapur walaupun Abang Farid ajak makan. Bukan apa. Abang Farid suka order dada ayam! Tu yang malas sikit nak makan. Amie ikut ke dapur sebab nak minum sahaja. Tetapi aroma KFC kali ini sangat mengganggu konsentrasi kerja, sampai menusuk ke hidung. Baunya sangat sedap!

Kata Abang Farid, sempena Tahun Baru Cina, KFC memperkenalkan menu baharu iaitu KFC Golden Butter Cereal. Amie pun cubit sedikit bahagian dada ayam goreng tersebut. Memang sedap! Berbeza dengan pelbagai rasa KFC yang pernah kami makan sebelum ini! Amie makan lagi, dan terlupa sedang makan dada ayam!

KFC Golden Butter Cereal

Sekarang Amie ada masa untuk menulis entri tentang KFC Golden Butter Cereal ini. Amie inginkan kepastian daripada Pak Google, apakah bahan-bahan istimewa yang digunakan untuk resipi KFC Golden Butter Cereal ini. Menurut Pak Googe, KFC Golden Butter Cereal merupakan hidangan mewah, ayam Hot & Spicy disalut berganda! Salutan pertama dengan pelbagai rempah ratus dan perasa termasuk mentega berkrim, malt bijirin, daun parsley dan daun kari goreng. Seterusnya, disalut penuh dengan bijiran Nestum manis bermentega yang telah digoreng bersama serpihan daun kari dan cili.

Wah! Kalau sudah begitu kisah ramuannya, memanglah sedapnya pun berganda!

KFC Golden Butter Cereal boleh didapati dalam bentuk combo 2 ketul atau 3 ketul.  Kalau pilih Box Meal, dapat seketul ayam bersama Zinger Burger, Crispier Fries dan coleslow. Abang Farid beli combo 3 ketul, semuanya bahagian dada.

Ada sebekas kecil serdak disertakan sekali. Semuanya dihabiskan Firdaus! Amie dapat rasa seciput. Sedap sangat!

Serdak KFC Golden Butter Cereal

Set Combo 3 ketul KFC Golden Butter Cereal


Set Combo 3 KFC Golden Butter Cereal ini didatangkan bersama coleslow & whipped potato dan minuman. Tapi kami dapat 2 bekas whipped potato menggantikan coleslow. Coleslow memang tidak ada di KFC LD sejak lama dahulu. Entah kenapa.  Abang Farid minta minuman air mineral sahaja. Tambahan menu lain Abang Farid pesan union rings.

Union rings.


Dengarnya KFC Golden Butter Cereal ini hanya dijual bermula pada 26 Januari 2021 dan untuk waktu yang terhad sementara stok masih ada.

Hari ini, dua kali abang angkat Foodpanda Abang Farid datang ke rumah! Entah apa lagi yang Abang Farid order.

9 comments

  1. Belum rasa lagi.. dah habis agaknya menu KFC nie Amie..

    BalasPadam
  2. dah lama tak makan kfc.. tatau pun ada menu baru

    BalasPadam
  3. wah macam berganda sedapnya. Emm tak leh tahan ni zam zam ala kazam zoom pi kfc

    BalasPadam
  4. Wah, sedap ye. Apa lagi, Amie. Lepas ni, kita goreng ayam celup nestum pulak. Hari tu, dah letak bijan. ^_^

    BalasPadam
  5. Saya suka kalau ayam goreng salut nestum ni. Nanti nak try lah

    BalasPadam
  6. Oh ada menu baru rupanya! Boleh rasa nanti!

    BalasPadam
  7. belum rasa lagi KFC yang baru ni..hari tu masa lalu drive thru tak teringin pula..ni amie dah share rasa macam nak cuba pulak!

    BalasPadam
  8. Hihi..abang angkat dah kembali. Cambest je tu menu baru KFC. kena cepat cepat membeli sebelum habis promo CNY. Siap ada Serdak lagi tu.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe