Layan Hidangan Di Summer Sweet House
8:37 PTGTinggal di negara beriklim khatulistiwa, sudah semestinya akan mengalami musim panas dan lembab sepanjang tahun. Kalau begitu, kita akan nikmati summer selama 12 bulan dalam setahun tanpa henti! Jom kita ke Summer Sweet House.
Mula-mula kita cari dessert yang sangat sedap iaitu Summer ABC. Kalau ikutkan hati nak duduk lama-lama sambil sembang-sembang dan tambah 2 atau tiga mangkuk!
Summer ABC |
Mari nikmati kesegaran mojito, campuran ais krim soda dengan aroma pudina, laici, hirisan lemon dan sour plum. |
Fried Udon |
Encik Suami rajin bawa Amie jalan-jalan cari makan. Dapatlah merasa Fried Udon yang kaya dengan aksesori di bahagian luarnya, dan udang di bahagian dalamnya.
Hainanese Chicken Chop |
Cuba makan chicken chop olahan cara lain pula. Okey juga rasanya.
Fried Chicken Roll |
Kadang - kadang kalau hari bertugas, kami order ramai-ramai gunakan khidmat Foodpanda. Nak makan beramai-ramai pun kenalah sembunyi-sembunyi sikit, dan jaga jarak. Allah! Rindunya nak makan berjemaah!
Toufu Cheese Macam-macamlah yang kami pesan, ikut citarasa masing-masing. |
Waffle & sosej & scambled eggs. |
Kolo Mee Summer |
Paling seronok apabila Mas belanja kami minuman. Pilihlah ikut kegemaran masing-masing. Mas kata paling sedap Kopi Special! Jadi, beberapa orang di antara kami pun order kopi Special. Terima kasih Mas, belanja kami enam atau tujuh orang minum air Kopi Special itu RM10.50 satu. Yang putih dihujung sekali itu Snow White Coconut, RM13.90 sen. Yang tengah-tengah Summer 3 Taste, Amie punya dengan harga paling murah RM9.90 sen. Moga murah rezekimu Mas!
Kopi Special Kalau Mas sukakan Kopi Special di Summer Sweet House, Amie pula sukakan Summer ABCnya! |
Amie rasa, kalau boleh habiskan sebekas Summer 3 taste, tak makan pun tak apa sebab minuman ini pun sudah mengenyangkan perut! Apa tidaknya, ada 3 bahan campuran di dalamnya iaitu milo, nestum & nescafe!
Rasanya?
Jempol naik atas!
Summer 3 Taste - mixed with milo, nestum & nescafe. |
18 comments
aduhhh, semua nii sedapppp kak amie. haha
BalasPadamAmie ni jumpa je kedai makan sedap-sedap tau.
BalasPadamNgences tengok..haha
semuanya menambat selera
BalasPadamtofu cheese tu mcm mn?
BalasPadampuas jamu selera sedap semuanya
BalasPadamini jamuan perut namanya, bukan tekak lagi, hihi
BalasPadammacam nak pegi cari mojito skrg juga... nmpk refreshing betul
BalasPadamPerghhhh ngences lorrrrr*kesat air liur tepi bibir* ahaks
BalasPadamTergoda betul tengok Kopi Special dengan Mojito tu. Cuaca panas ni memang rasa nak minum yang sejuk-sejuk je
BalasPadamMenyejukkan tekak betul kalau dapat Summer ABC dan mojito tu. Fried Chicken roll tu favourite.
BalasPadamCuaca di luar sana panas terik,tengok pula air sedap yang Amie pos ,perghh terliur.
BalasPadamterus teringin yang sejuk- sejuk dan yang manis2 sekarang ni..aduhai kak amie..sedap nampaknya tu
BalasPadamcuaca panas dpt buah laici tu sejuk tekak
BalasPadamPetang-petang yang panas nie kalau dapat abc tu memang bahagia..
BalasPadamCuaca memang panas skrg kab..tgk pulak air tu..fuhh mengoda betul..bagai terasa2 dinginnya lalu kt tekak
BalasPadamAduhh kak Amie ^_^ layor makan..tgk plak memalam ni..keriuk2 perut ni haaa ^_^
BalasPadamTerlio mojoto tu. Kalau dapat time cuaca panas ni.. Apa nak. Kata
BalasPadamAre you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd
BalasPadam