Kerak Nasi & Serunding Ikan : Kudapan Orang Cocos
6:11 PTGJumpa lagi. Hari ini gantung periuk lagi. Balik kerja terus bantu Firdaus siapkan kerja-kerja PDPR. Rakam suara, hantar hasil tugasan dan menyiapkan latihan subjek Sains, Bahasa Melayu, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Agama Islam & Matematik. Hari ini menangislah pula Firdaus sebab dua jawapan salah untuk subjek Bahasa Arab. Aduhai sayang! Meleleh-leleh airmatanya. Sukar juga untuk budak kecil ini terima kenyataan, padahal 4 muka surat yang dijawab, hanya dua perkataan sahaja yang salah!
Tidak sedar hari sudah menjelang petang, dan masing-masing mencari makanan sendiri! Dah besar panjang, pandai-pandailah kalau nak hidup. Akhirnya setelah kekenyangan, semua putuskan, tak payahlah Mommy masak nasi.
Wokey!
Jom sembang di dapur sambil menikmati minuman panas dan kunyah kerak dengan serunding ikan.
Kerak dan serunding ikan. |
Kerak (dipernuat daripada nasi yang dimasak lembik). |
Serunding Ikan |
18 comments
Wah nampak macam keropok garing. Serondeng pun nampak sedap. Aaya pernah cuba masak kerak telur versi Indonesia guna beras pulut & serondeng kelapa. Memang mencabar kerana melekat teruks didasar kuali🤭🤭🤭 tapi rasa dia sedap garing rangup.
BalasPadamItulah ingat letak biasa tertinggal pada periuk.
BalasPadamSenang sudah boleh beli ya.
Orang2 jaman dulu memang tak buang kerak nasi ni.
BalasPadamJemur sampai kering dah tu goreng buat kerepek
Menarik betul, kerak nasi boleh dibuat kudapan macam makan keropok. Makan dengan serunding pulak tu. Bertambah sedap rasanya. Memang tak berhenti mengunyah tu kak Amie :)
BalasPadamNampak menyelerakan.
BalasPadamPernah nampak kat youtube org buat kerak nasi, dia terbalikkan kuali tu ke bawah api utk bg nasi tu mengering. Tak tau lah sama ke tak dgn menu ni.
@namakucella Ooooo kerak telur tu saya pernah lihat di Balikpapan Fest, makanan dari seluruh Indonesia sewaktu saya berkunjung ke Kalimantan. Kerak telur itu makanan tradisional masyarakat Betawi, Jakarta.
BalasPadam@NA Ya, kerak ini bukan kerak nasi yang tertinggal di periuk tu.
BalasPadam@Warisan Petani Ya, dulu kita kumpul kerak untuk dijemur. Itu kerak kitalah.
BalasPadam@Azhafizah MN Betul Fiza, ia kudapan tradisional. Bukan kerak biasa, tapi kerak 'luar biasa' yang dibuat khas.
BalasPadam@Miss Mirror a.k.a Sam Itu namanya kerak telur, makanan tradisional masyarakat Betawai di Jakarta. Ada beza dengan kerak kudapan orang Cocos.
BalasPadampatutlah dimakan dgn serunding sbb diperbuat dgn nasi lembik nampak sedap tu
BalasPadamingat kerak mcm yg biasa tu, kerak tu mak dana suka buat kerak nasi biasa tu pastu jemur dan goreng... aduhhh makan dengan sambal kicap memang tak bole berhenti...
BalasPadamkalau tgk kerak mil akak ni pun nampak sedap betul, makan compom tak boleh berhenti yek...
menarik ni, tak pernah lagi try
BalasPadammenarik menunya.. tak pernah jumpa lg di semenanjung. mcm kerepek
BalasPadamUniknya. Mesti rumit nak membuat kerak ni dengan lapisan nipis begitu.
BalasPadamOrang dulu tak suka membazir. Kerak pun diambil untuk diolah jadi hidangan sedap. Jujur saya baru tahu bangsa Cocos ni. Thanks sharing
BalasPadamNampak macam sedap la..ni memang confirm x berhenti mengunyah kalau dapat ni..sure addicted
BalasPadammesti rumit pembuatannya.. Nampak menarik pula dimakan bersama serunding tu..
BalasPadam