Kacang Edamame Buat Kudapan
6:21 PTGBanyak sungguhlah drama-drama Korea yang Abang Farid pilih untuk tontonan Mommynya. Petang ini buang masa tonton drama Korea sambil kunyah kacang edamame. Memang tak pernah risau nak makan puas-puas kacang ini sebab tak ada peminatnya di rumah kami. Jadi, kalau rebus 500 gram, semuanya hak milik kekal untuk perut Amie sendiri.... ahaks!
Ada yang panggil kacang edamame ini kacang bulu. Mungkin sebab ada bulu-bulu halus pada kulitnya. Rasanya lemak-lemak dan memang sangat mengasyikkan apabila dikunyah. Kacang edamame ini asal dari Jepun, tetapi dengarnya di negara kita pun sudah ada yang mengusahakan tanaman pokok ini.
Kacang edamame mengandungi banyak vitamin C, vitamin E, vitamin B6, riboflavin dan folat. Ia merupakan sumber protein, zat besi dan kalsium yang baik. Kacang edamame juga membekalkan kalsium, magnesium, fosforus, kalium dan natrium. Ia juga bebas gluten, rendah kalori dan tidak mengandungi kolesterol. Kacang edamame yang bersifat antioksidan ini turut disarankan untuk dijadikan pilihan snack atau kudapan yang menyihatkan.
Dahulu, kalau nak makan kacang edamame kenalah cari di Sushi King. Kini tidak lagi kerana kacang edamame boleh didapati dalam bentuk frozen di pasaraya. Pelbagai cara penyediaan kacang edamame sebelum dinikmati. Ada yang makan begitu saja. Ada yang mengukus terlebih dahulu, dan tidak kurang juga yang memanaskannya di dalam microwave. Walaupun boleh dimakan begitu sahaja, tetapi Amie lebih suka merebusnya terlebih dahulu dengan meletakkan sedikit garam.
Kacang edamame yang masih dalam keadaan beku itu Amie masukkan ke dalam periuk, bubuh air paras kacang edamame, dan bubuh 1/2 sudu kecil garam. Rebus hingga mendidih. Amie rebustak lama. Setelah mendidih 4-5 minit Amie padamkan api dapur dan toskan kacang edamame. Lepas itu sudah boleh dinikmati seorang diri....hiks!
9 comments
Kita memang nak cari kacang ni, macam Amie jugak, rasanya dalam rumah ni tak ada yang suka, hihi
BalasPadamSedapla kacang ni. Kalau rumah saya rasanya tak cukup setakat semangkuk. Mak ayah saya pun minat
BalasPadamBoleh aje tanam pokok kacang ni di belakang rumah
BalasPadamAda je jumpa yang frozen kat pasaraya. Tapi tak pernah beli.
BalasPadambolehlah jengah kat aeon nnt kompem ada punya hehehe
BalasPadamsaya pun suka kacang edamame ni..wajib makan kalo pergi sushi king..pernah juga beli yang frozen, puas hati makan tak henti2 kat rumah sendiri..hihi
BalasPadamsampai skrg atie makan ni bila dekat sushi king saja hehe
BalasPadamRata rata cakap Kacang Edamame ni sedap tapi saya belum dapat rasa lagi. Agak susah juga nak mencari kacang ni.
BalasPadamIni memang kacang fav SA kalau pi mana- mana restoran Korean
BalasPadam