Ayam Masak Kurma Paling Sedap!
8:03 PTGSemenjak dua menjak ini tak sempat dah nak siapkan makan tengahari yang merangkap makan malam untuk keluarga. Kalau ada tugas tambahan, sampai rumah pun lewat petang. Badan sangat letih, dan rasa nak terus rebahkan diri berehat sahaja. Maklumlah, bangun seawal pukul 4 pagi, dan pulang menjelang petang pula. Walaupun ada hari tertentu boleh berBDR tetapi, panggilan 'pulau' untuk hadir bekerja tetap ditunaikan. Ada hari-hari tertentu kena buat dua perkara dalam satu hari, bersemuka dan berBDR.
Abang Farid seperti biasa memang akan pesan makanan dari luar. Namun begitu, ada masanya Abang Farid rasa jemu. Akhirnya masuk dapur juga. Pandai-pandailah masak untuk isi perut diri sendiri dan adik-adiknya.
Entri resipi Ayam Masak Kurma ini sebenarnya Amie masak minggu lepas. Dulu Amie susah sedikit nak 'terima' masakan kurma. Mungkin waktu kecil dulu, beberapa kali tergigit buah pelaga dan rasanya getir! Jadi, masakan kurma merupakan pilihan terakhir kalau ada dalam hidangan.
Namun begitu, setelah Che Jah, ibu mentua adik bongsu Amie berikan Amie resipi masakan kurma, Amie cuba masak di dapur sendiri. Sedaplah pula rasanya. Amie pun sangka, anak-anak kurang berminat dengan masakan kurma seperti Amie dulu-dulu. Sangkaan itu meleset sama sekali sebab semua suka! Jadi selain masakan kari, kurma merupakan hidangan yang turut disukai anak-anak.
Hidangan makan tengahari kami turut dilengkapi dengan sayur tumis kacang panjang campur tempe dan tauhu, telur masin dan telur hitam @ egg century dan juga ikan masin kukus atas nasi yang baru kering airnya. Tidak ketinggalan, sambal belacan.
Ayam Masak Kurma |
Sayur tumis kacang panjang, tauhu dan tempe. |
Sambal belacan. |
Limau Sunkist & Tembikai. |
3 sudu besar rempah kurma
200 ml pati santan
segenggam daun pudina
2 biji cili hijau - belah 2
2 biji cili merah - belah 2
1 biji limau nipis - ambil jusnya
air secukupnya
3 sudu besar minyak dicampur dengan 1 sudu besar minyak sapi / mentega / marjerin
garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk halus / kisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
3 biji buah pelaga
3 cm kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
7 comments
Sedapnya menu akak lengkap semua
BalasPadamComplete resepi cik jah. Rupa pun nampak sedap.
BalasPadamNampak sedap2 semuanya
BalasPadamSelamat menjamu selera
Saya pun kurang gemar ayam kurma. Tapi sesekali teringin rasa sedap juga. Dapat pulak tu ayam kurma sedap.
BalasPadamperfect ni!!!! atie klu raya baru merasa makan kurma itik :)
BalasPadamPadu betul gabungan lauk amie
BalasPadamanak anak memang suka lauk kurma ni...sebab tak pedas kan
BalasPadam