Mee Hoon Sup Ikan Kerapu & Mee Hoon Goreng Ikan Keratang Rangup

5:11 PTG

Awal pagi tadi ikut Encik Suami hantar Fairuz ke sekolah. Kemudian kami singgah di pasar , dan dalam perjalanan pulang kami berhenti di hadapan sekolah Firdaus. Pagi ini ibu bapa kena hadir ke sekolah untuk mengembalikan buku teks tahun lepas dan menerima buku teks untuk tahun ini. sudah berkira-kira, sampai rumah nanti boleh berBDR. Rupa-rupanya waktu kembalikan buku teks pada pukul 9 pagi, dan kami sampai awal satu jam. 
Huuurrmmm! Inilah akibatnya kalau WhatsAap dipenuhi dengan beratus mesej! Dah tak terlayan, dan tak terbaca mana satu yang penting. Rupanya mesej sudah Amie padam!
Kata Encik Suami, baiklah kita sarapan dulu. Nanti patah balik ke sekolah.
Ada pun kita berBDR dari dalam kereta! Mujur jugalah talian lancar. Jadi, 'bekeja dari kereta' pun berjalan lancar! Balik rumah nanti boleh sambung. Barulah nanti sempurna yang namanya BDR!
Kami bersarapan di tempat yang paling hampir dengan sekolah Firdaus, iaitu tempat yang sama kami kunjungi kelmarin untuk makan tengahari. Kali ini Amie makan Mee Hoon Sup Ikan Kerapu, dan Encik Suami makan Mee Hoon Goreng Ikan Keratang Rangup.

Atas: Mee Hoon Goreng Ikan Keratang Rangup
Bawah : Mee Hoon Sup Ikan Kerapu

Mee Hoon Sup Ikan Kerapu sudah tiba di meja.
Ikan kerapu dimasak sup bersama mee hoon.

Memang puas hatilah dengan hidangan sarapan pagi ini.
Isi ikan kerapu nampak segar dan cantik!

Kali ini Amie makan tanpa sambal.
Takut perut terkejut di pagi hari.

Memang isi ikan dahulu yang habis sebelum mee hoon!
Nampak tak hirisan halia muda dalam mangkuk mee hoon sup itu?
Encik Suami kata, makan sajalah halia tu. Bagus untuk kesihatan, katanya.



Mee Hoon Goreng Ikan Keratang Rangup Encik Suami datang bersama semangkuk sup kosong. Nampaknya mee hoon diselimuti dengan ikan keratang goreng rangup! Oh...ya! Kelmarin ada yang kata first time dengar nama ikan keratang. Ikan keratang ialah sejenis ikan kerapu saiz besar. Waktu kecil dipanggil kerapu, bila membesar menjadi kerapu gergasi dipanggil keratang. Beratnya boleh mencapai ratusan kilogram seekor!

Geram  sangat tengok ikan keratang goreng rangup duduk telangkup atas mee hoon goreng Encik Suami! Kita pun cukailah sekeping! Dapatlah meratah ikan keratang goreng rangup panas.


Bila sudah kena cukai sekeping ikan, maka terbukalah tirai. Nampaklah wajah mee hoon goreng yang sedap itu!
Eh! Nampaknya tak sengaja sudah dua hari termakan ikan di restoran yang sama... ahaks!

11 comments

  1. Tak pernah jumpa lagi kt sini menu mcm tu,mengoda betul tgk ikan keratang garing tu

    BalasPadam
  2. Oh, ikan kerapu tu bila tua namanya keratang

    BalasPadam
  3. kak nampak sedap betul menu ni, memang tak pernah jumpa lagi kak, teringin pula makan mihun dengan ikan kerapu tu

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Waduhhhh menggodanya akak menu tu, dana xpnh mkn mehun sup dengan ikan betul...biasa fish ball je

    BalasPadam
  6. MESTI BESAR SGT IKAN KRATANG NI SAMPAI BOLEH DIPOTONG BERKEPING N DIGORENG

    BalasPadam
  7. Besar jugak ikan tu sampai menutupi mihun,tu kalau diratah macamtu jew memang sedap,betul bila whatsapp dah penuh kdg mana yg penting jadi terlepas pandang..sy pun mcmtu.

    BalasPadam
  8. tak pernah lagi makan bihun soup dgn ikan... tak dpt imagine mcm mna rasa dia

    BalasPadam
  9. Macam menarik la mihun goreng ikan tu. Semalam bz tak sempat jengah. Kalau tak boleh try ada mihun d ada stok ikan dory.. Mihun sup ikan pun nampak segar

    BalasPadam
  10. Musim berBDR ni dan PDPR ni memang meriah group whatsapp. Terlepas pandang pula ye Amie. Takpe, hikmahnya dapat makan di tempat yang sama dengan hidangan sup dan ikan goreng sedap tu. Tak sah kalau tak cukai. Nak jugak merasa, kan :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe