Sate Ayam VS Cucur Ikan Bilis
5:35 PTGHari ini Abang Farid belanja kami sekeluarga makan sate. Encik Suami tolong belikan di Pondok Sate, tempat anak buah sebelah Encik Suami berniaga sate dan sayap ayam panggang. Abang farid minta Encik Suami belikan 70 cucuk sate ayam. Banyaknya bang! Biarlah, kata Abang Farid. Memang saya nak belanja 70 cucuk sate. Tak payahlah makan nasi lagi.
Hurrmmm...! Ikan sudah dikeluarkan dari freezer. Tunggu masa untuk dimasak. Amie masak nasi sehari sekali saja, makan tengahari merangkap ke petang. Anak-anak sepakat, kata dah kenyang makan sate dan tak perlu masak nasi lagi. Memanglah kata kenyang sebab perut sedang kekenyangan. Tak lama nanti tentu tanya, Mommy masak apa? Sudahlah hujan, sejuk lagi. Tentu perut asyik rasa lapar.
Dua hari lepas Abang Farid bisik-bisik dekat Amie. Katanya, elaunnya sebagai tutor yang tertunggak selama dua bulan sudah masuk akaun. Alhamdulillah.
Hari ini mendung sepanjang hari. Hujan sekejap-sekejap. Matahari tak muncul. Memang seronok sangatlah makan sate sekeluarga di dapur.
8 comments
Murah rezeki Abang Farid belanja family.
BalasPadamCucur terlajak laris, siapa cepat dia dapat lebih :)
Alhamdulillah..belanja keluarga..moga murah rezeki Abg Farid..
BalasPadamyay, Abg Farid good job.. belanja family :)
BalasPadamTengok cucur bilis jagung tu.. Dah dapat idea untuk petang ni..Buat kudapan Hihihi
BalasPadamHehe, puas hati macam tu. Masak je, anak-anak makan, tak membazir. Bagus. Sedapnya tengok sate. Feberet saya tu, Amie, Sate. :)
BalasPadambanyaknya 70 cucuk sate!! kalau anak lelaki mmg berbaloi ni sbb anak² lelaki ni pemakan orgnya.. hahaha
BalasPadamSemoga rezeki Abg Farid melimpah ruah selepas ini..sedap nampak satay tu haa...
BalasPadamhahaha.. banyak betul satay tu. harap habis dimakan.
BalasPadamsedap satay ayam makan panas2