Japanese Cheese Cake : Hadiah Cabut Gigi
4:51 PTGSetiap kali Amie dan Encik Suami keluar, kepulangan kami mesti disambut dengan pertanyaan dari Firdaus: Ada Mommy beli sesuatukah untuk Daus?
Perkataan 'sesuatu' itu nampak benarlah berbentuk formal macam orang tua bercakap! Namun, itulah keunikan anak kita, ada gaya tersendiri sewaktu bertanya.
Jadi, dek selalu diajukan soalan yang sama setiap kali pulang dari berpergian, tak sampai hati pula kalau balik dengan tangan kosong. Selepas kami makan sup ikan goreng rangup, kami sempat singgah-singgah membeli buah-buahan dan sayuran, dan bawa pulang sebiji Japanese Cheese Cake.
Seperti dijangkakan memang keluar pertanyaan : Ada Mommy beli sesuatu untuk Daus?
Kita jawab: Ada sayang. Tapi tak boleh makan sekarang. Sayang kena pergi klinik cabut gigi dulu. Balik nanti boleh makan.
Japanese Cheese Cake |
Japanese Cheese Cake yang comel ini berharga RM16.00. Amie makan sedikit. Sedap! Lembut dan gebu, penuh rasa cheese tetapi tidak begitu manis. Firdaus tidak sabar untuk makan setelah beberapa jam menahan diri menjamah kek selepas balik dari cabut gigi.
Muka budak kecik baru balik dari cabut sebatang gigi depan.
12 comments
Wah... Untung org cabut Gigi dapat kek.
BalasPadamTeringat anak ai cabut gigi, mamanya yg seriau lebih. Bila settle je rasa lega.. sbb dah tak kena bising lg dgn Ustazahnya, gigi susunya yg terjongket tu mengganggu bacaan ketika mengaji.
BalasPadamHehe ada logo doraemon.
BalasPadamMak ai tidak nampak cabut gigi sebab bolrh makan 5 keping!
sedapnya kek... tapi dah tua tua ni taknak dah cabut gigi...2 minggu sakit
BalasPadamserious kek ni sedap gila!!!! i love it
BalasPadamcomelnya kek japanese cheese cake nii, siap anak logo doreamon lagi :)
BalasPadamharitu baru buat, sedappppp
Cantiknya kejadian kek doraemon tu
BalasPadamkek ni memang sedap. comel lak hiasan nya
BalasPadamNak cabut gigi jugak lah.... Hihihi
BalasPadamlg cpt baik gigi kalau dpt kek mcm ni hahaha��
BalasPadamSelalu orang lepas cabut gigi takde selera, Firdaus lain pulak. Hehe
BalasPadamkena cabut baru dapat makan cake ye. hihi..kalau tak mesti Firdaus taknak cabut gigi. goodboy lah dia tak nangis. Betul betul selera dia makan sampai 5 potong. hihi
BalasPadam