Cekodok Pisang & Sarapan Dari Summer Sweet House
10:38 PGSelamat berhujung minggu. Pagi ini cuaca agak redup. Matahari memancar terang tapi tidak begitu panas. Angin bertiup nyaman. Pakaian yang dijemur menari-nari gembira menunggu diangkat apabila kering nanti. Lega rasanya kalau pakaian sudah tersidai di pagi hari! Seolah-olahnya telah selesai beban tugas besar.... ahaks!
Apa cerita di dapur pagi ini?
Kita buat cekodok pisang tapi Abang Farid kata dia nak makan sarapan dari Summer Sweet House. Amie kata, order sajalah kalau mahu makan. Malam tadi dia order 2 bungkus roti john, tapi cuma makan sekepng saja! Harap pagi ini seleranya bertambah.
Jadi, pagi ini ada dua jenis hidangan, iaitu menu tempatan dan mmenu barat. Abang Farid order juga nasi lemak.
Waffle Chicken Burger |
Abang Farid sarapan western food - scrambled eggs, chicken ham, tomato baked bean & 2 pieces toast. Alhamdulillah. Jabis dia makan.
10 comments
Banyak juga seleksi makanan sarapan.
BalasPadamMeriah betul sarapan pagi minggu... Minggu depan Firdaus dah start sekolah yer... Selamat bersekolah Daus comel
BalasPadamSedapnya makan nasi lemak disulami jemput2 pisang
BalasPadamwahh..sedapnya, gabungan timur-barat..
BalasPadamwaffle chicken tu menarik..tak pernah makan..
Saya pun suka buat cokodok dari pisang berangan. Kalau Amie guna Eno, saya guna campuran tepung gandum dengan self raising flour. Nampak sedap waffle chicken burger.
BalasPadamsarapan fancy mcm ni, i dont need to go anywhere anymore heheeh
BalasPadamcomel je cekodok pisang bulat2 tu..lamanya tk mkn
BalasPadamSarapan macam ni lama kenyang. Nanti nak try bubuh ENO dalam jemput-jemput pisang. Biar gebu
BalasPadamsuka mkn kodok isang ni tp bla melekat kat kuali tu waduhhhh montel2 coq akk buat yaaa
BalasPadamHidangannya sedap sedap. Tradisional dan western ikut selera masing-masing gitu
BalasPadam