Sedapnya Serunding Kerang PKP 2.0
6:33 PTGDengarnya PKP 2.0 seluruh negara akan disambung sehingga 18 Februari 2021 kecuali negeri Sarawak. Pastikah? Kita tunggu dan lihat nanti.
Sebelum itu, mari kita ke dapur cari apa yang patut untuk minum petang. Sedapnya kalau dapat makan pulut tanak dengan Serunding Kerang! Jangan lupa sediakan secawan kopi hitam. Sudahlah hari hujan, memang terus layan sampai kenyang!
Serunding Kerang |
Pendek kata, selain serunding kelapa yang kosong, Bonda pelbagaikan bahannya. Hasilnya, jadilah:
- Serunding kerang
- Serunding lala
- Serunding barai.
- Serunding daging
- Serunding ayam
- Serunding ikan bilis
Amie pun pernah bawa oleh-oleh serunding dari LD ke Malaya : Serunding rusa!
Entah dari mana datangnya rajin petang tadi, elok-elok terlelap ketika hujan turun, tiba-tiba bingkas bangun ke dapur dan sempat buat serunding kerang pula. Kalau Bonda gunakan kerang kering, Amie gunakan kerang basah saiz kecil. Sesetengah resipi serunding, akan ditambah santan pekat tetapi Amie tidak gunakannya. Kali ini Amie pinjam idea MAMA CELLA, iaitu bubuh daun limau purut dalam serunding kelapa.
Jom lihat resipi Serunding Kerang dari dapur Amie:
Bahan-bahan:
- 1 biji kelapa parut
- 500 gram isi kerang segar
- 1 sudu besar rempah kari
- 1 batang serai - diketuk
- 1 sudu kecil pati asam jawa
- 2 sudu besar parutan gula Melaka
- 3 helai daun limau purut
- garam / perasa pilihan secukupnya
- 4 sudu besar minyak
Bahan tumbuk / kisar:
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 7 tangkai cili kering
- 1 sudu besar ketumbar biji
- 1/2 sudu kecil jintan putih
- 1 sudu kecil jintan manis
- 3 hiris halia
- 3 hiris kunyit hidup
- 2 hiris lengkuas
- 1 batang serai - hiris halus
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan sekali serbuk rempah kari dan serai.
- Setelah terbit aroma, masuk kerang dan gaul rata.
- Kemudian masukkan gula, garam / perasa pilihan, asam jawa dan diikuti kelapa parut.
- Gaul rata.
- Masukkan daun limau purut.
- Masak di atas api perlahan sambil selalu dikacau supaya tidak hangus atau berkerak.
- Jika suka serunding basah, tak perlu masak lama di atas dapur. Jika suka serunding kering, sangailah sehingga garing.
8 comments
sedapnya serunding...tapi nak membuatnya ya ampunn... minta nyawa.. nak nak kalau nak raya... sekawah
BalasPadamSedapnya nampak sis! Terliur saya. Oh byw, saya ada sesuatu untuk sis Amie.
BalasPadamJemput ke blog saya di sini:
https://www.syaznirahim.com/2021/02/top-commentator-blog-syazni-rahim.html?m=1
Aduhaiii sedap nampak serunding kerang kak amie. Makan dengan pulut pulak tu. Nikmat betul :)
BalasPadamWah, sedapnyaaaaaa nampak serondeng cikgu. Ada kerang pulak tu, lagi la sedap. Makan dengan burasak sedap ni.. Barai tu yang macam anak ketam tu yer. Rasanya kat Kedah dioanggil yat-yat kot. Rasanya la.. Hihihi
BalasPadamNampak sedap Kak Amie..tapi macma complicated plak..SA nak kena focus baca resepi..teringin jugak nak buat..lama dah x makan kerang sejak harga dia mahal namati kat Semenanjung ni
BalasPadamnampak sedap ni, klu ada ketupat sedapppppp
BalasPadamNanti nak try juga buat serunding satu hari nanti. Sedap betul tengok serunding kerang Amie.
BalasPadamMasya Allah sedap nya serunding kerang Amie. Kerang mmg kegemaran sy, serunding kan plk. Tkasih byk2 tau..
BalasPadamwww.asmahabubakar.com