Tambah Ilmu di Petang Hari : Sejarah Negeri Selangor
9:19 PTGJom tambah-tambah ilmu, belek-belek buku sejarah sambil kunyah kuih bom dan teguk secawan teh. Buku Sejarah Negeri Selangor ini hadiah daripada Kak Ros (kakak Amie yang ketiga) sempena hari konvokesyen Amie (PJJ-Ijazah Lanjutan di UNISEL) pada 5 November 2007.
Merah kuning, itulah warna bendera tanah kelahiranku nan tercinta. Bonda berasal dari Bagan Datuk, Perak. Arwah Ayahanda pula lahir di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kedua-duanya berpindah ke Selangor dan bertemu jodoh di situ. Seringkali juga Bonda bercerita bagaimana kampung tempat tinggal kami dibuka. Apabila Kak Ros hadiahkan Amie buku Sejarah Negeri Selangor, rasa seronok sangat sebab dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang sejarah negeri sendiri!
Hadiah buku Sejarah Negeri Selangor daripada Kak Ros. |
Buku Sejarah Negeri Selangor ini menghuraikan secara menyeluruh mengikut tema dan kronologi dari zaman prasejarah sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Inilah satu-satunya buku yang menyampaikan secara terperinci mengikut kronologi seperti Sejarah Awal, Perkembangan Petempatan dan Masyarakat serta Akhbar dan Majalah Melayu 1900-1957. Membaca buku setebal 544 halaman ini dapat membantu peminat sejarah mengetahui dan memahami sejarah negeri Selangor secara menyeluruh dan lebih jelas. Dan sudah tentulah dapat menyemai nilai patriotisme di hati anak watannya.
Sambil-sambil hirup teh panas, dan makan kuih bom. Lama sungguh rasanya tidak ikuti kelas masakan. Teringat pada September 2019 ikut kelas masakan kuih-muih tradisional. Antaranya termasuklah kuih bom, atau juga dikenali dengan nama bebola bijan. Seronok sangat belajar walaupun sebenarnya sudah pernah buat sendiri. Istimewanya apabila mengikuti kelas begini, banyak ilmu dan petua yang diperolehi. Nampak sangat mudah nak buat kuih bom, tapi hasilnya belum tentu menjadi seperti yang diharapkan dan paling penting sudah tentulah tidak meletup ketika menggoreng! Kuih bom yang kami pelajari ini selain rasanya sedap, kulitnya pula lembut serta bulat sampai ke petang! Ada petua yang sifu masakan kami ajar. Sayangnya, entah di mana Amie letak resipi dan catatannya itu!
Kuih bom inti kacang hijau dalam kenangan!
Gambar hasil tangan kami di studio sifu masakan.
Cantikkan?
Wokey!
Tajuk tentang buku sejarah tapi diakhiri dengan kuih bom inti kacang hijau pulak!
Dah namanya : Amie's Little Kitchen!
Apa-apa cerita sudah semestinya dikaitkan dengan dapur.
18 comments
kak pun dibawa nasib tercampak di SERENDAH SELANGOR Amie asalnya nun di Kedah sana
BalasPadamkuih bom inti kacang merah mak saya jual
BalasPadamilmiah sekali bacaan kak amie. dan kuih tu gebu!
BalasPadamini kuih kegemaran saya tapi tak pernah buat. Orang kata, masa goreng nanti meletop2, tu yang seriau.. haha.
BalasPadamDah habis ke baca buku sejarah tu?
uncle paling malas baca sejarah! Zzzzzzzzz
BalasPadamHehe..
BalasPadamOooo, orang selangor juga la Amie ni. Dah jauh benor tercampak tu, seberang laut. Hehe. Sedap kueh bom!
@paridah Alhamdulillah. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
BalasPadam@mama tisya Macam-macam boleh jadi inti kuih bom kan.
BalasPadam@Syaz Eym Tambah ilmu tentang sejarah negeri sendiriyang tidak ada dalam buku teks.
BalasPadam@Seri Kandi Di Tanah Jauhar Ini kali kedua baca. Dah habis baca tahun 2007.
BalasPadamTakutkan kalau tiba-tiba meletup. Alhamdulillah, tak pernah meletup.
@uncle gedekKata Anatole France: Semua buku sejarah tidak mengandungi kebohongan, itu sebabnya sangat membosankan.
BalasPadamBarangkali sebab itulah orang malas baca kot Uncle eheheheeee.
Menariknya buku tu. Saya suka buku sejarah. Wajib cari ni. Dapat preloved pun jadi
BalasPadam@Nur Jauh tercampaknya. Mudah-mudahan ada rezeki balik ke tempat lahir. In shaa Allah.
BalasPadamsy nak pinjam boleh tak?
BalasPadambukan buku tu.... tp cawan tu....
hahaha larikkkkk
Ada masa lapang sesekali baca sejarah negeri sendiri pun best juga. Dapatlah imbas atau tahu sejarah negeri.
BalasPadamSedapnya kuih bom. Lama tak makan :)
Saya suka membaca Sejarah kerana bila baca Sejarah seolah kita kembali ke zaman lampau.
BalasPadamblog ni wajib sharing food :)
BalasPadamadanya sejarah maka kita tak lupa asal usul
BalasPadam