Sarapan di Pagi Minggu

9:34 PG

Apabila masuk dapur awal pagi tadi, tidak ada sebiji cawan atau pinggan di atas sinki, baik sinki tempat cuci pinggan mangkuk atau pun sinki tempat tos pinggan mangkuk di sebelahnya. Sedap mata memandang. Bersih dan kemas. Kerja siapa tu? Malam tadi sebelum masuk tidur, terdengar bunyi orang sedang bersihkan dapur. Terdengar suara orang berbual-bual. Fuad dan Fairuz sibuk bersembang. Abang Farid sibuk mengemas dan membersihkan dapur termasuk mencuci saki-baki pinggan mangkuk yang kotor. Terima kasih Abang Farid.

Encik Suami pula, awal pagi lagi sudah ajak Amie keluar ke pasar beli barang basah. Terlanjur ke pasar, singgah sekali di gerai makanan untuk sarapan pagi kami sekeluarga. Kami beli empat bungkus nasi kuning, 2 bungkus nasi lemak, gogos (pulut panggang), kuih koci (orang LD panggil kuih Bugis) dan lepat ubi kayu.

Nasi kuning, gogos, kuih koci & lepat ubi kayu.

Nasi kuning bungkus daun pisang.


Gogos @ pulut panggang.


Kuih koci & lepat ubi kayu.

Nampaknya pagi ini semua makanan dibungkus dengan daun pisang. Daun pisang masih lagi digunakan secara meluas sebagai bahan pembungkus walaupun ada pembungkus lain seperti kertas dan plastik. Apabila membuka bungkusan daun pisang berisi makanan seperti nasi lemak atau nasi kuning, sudah tentulah ada aroma yang enak semerbak dari daun pisang. Ini disebabkan apabila daun pisang dijadikan pembungkus makanan panas, secara tidak langsung akan timbul bau wangi kesan pertemuan makanan panas dengan daun tersebut. 
Begitu juga dengan kuih-kuih tradisi yang masih menggunakan daun pisang seperti pulut panggang, kuih koci, lepat pisang atau lepat ubi dan sebagainya. Memang terasa aroma daun pisang yang lembutdan wangi ketika menikmati kuih-kuih itu. 
Bagaimana agaknya kalau suatu masa nanti daun pisang pun semakin pupus sebagaimana daun kelapa? Bungkus kuih dengan daun apakah agaknya ye?

Nasi lemak bungkus kertas.


Nasi kuning yang dibeli tidak sama di setiap gerai. Bukan sahaja sambal mempunyai rasa yang berbeza, ikan pun begitu juga. Ada yang bubuh ikan goreng kemudian tuang sambal. Ada yang masak sekali ikan dengan sambal. Ada sambal ikan yang keras dan ada yang lembut. Ada nasi kuning berderai, ada yang dicampur dengan beras pulut. Macam-macamlah rupa bentuk dan rasanya! Maklumlah hasil air tangan daripada tukang masak dan dari dapur yang berbeza.

Jom minum air halia panas dengan gula batu, dan bersedia untuk cuci perut di pagi minggu. Encik Suami sedang menyiapkan projeknya, menambah koleksi pokok bunganya. Fairuz sibuk dengan kerja kursusnya. Yang lain dengan aktiviti masing-masing. Semua kerja rumah sudah selesai. Pakaian sudah penuh di jemuran, cuma kering tidaknya saja menjelang tengahari sebab cuaca pun sangat menyamankan. Tidak ada matahari. Redup dan mendung saja pagi ini. Oooo lalalaaaa......


17 comments

  1. Untungnya Amie ada anak bujang yang rajin mengemas, tentu dah biasa terdidik dari kedua ibubapanya..

    dan enaknya sarapan pagi tradisi begini

    BalasPadam
  2. @Seri Kandi Di Tanah Jauhar Aduhai... semua anak jantan SK. Memang ada tukang segala tukang, terutama tukang kemas, tukang cuci dll. Kalau kita buat kerja rumah sorang-sorang memang pengsan dibuatnya!

    BalasPadam
  3. Saya suka pulut panggang dan kuih kuci.
    Untung ada anak bujang, tolong bersihkan pinggan di sink. :)

    BalasPadam
  4. alhamdulillah.. calon menantu yg bagus abg farid ni.. rajin membantu di rumah

    BalasPadam
  5. kak KL ni haaa daun pisang dah pupus��nasi lemak bungkus plastik je laa ni

    BalasPadam
  6. Sedapnya faveret kita lagi-lagi nasi kuning tu. Hehehe

    BalasPadam
  7. Semua nampak sedap & memancing selera..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah..anak anak bujang ringan tulang semuanya. nanti firdaus dah besar join the geng pulak. Gogos @ pulut panggang tu memang dipotong gitu ye kak amie? unik. sedap makanan dan kuih muih bungkus daun pisang.

    BalasPadam
  9. @dear anies Oooo... jarang dah bungkus daun pisang ye.

    BalasPadam
  10. @faizzahamir Memang sedap nasi kuning masakan tradisi.

    BalasPadam
  11. @namakucella Jemput Mama Cella sambil kita membawang di dapur hhihiiii.

    BalasPadam
  12. @Azhafizah MN Syukurlah. Encik Suami pun tak segan bantu buat kerja rumah, jadi anak-anak sudah terbiasa melihat dari kecil.
    Kak Amie yang potong gogos tu sebab panjang sangat, tak muat bekasnya hahaha.

    BalasPadam
  13. Bagus apabila semua menghulurkan tangan bantu Ibu kat dapur kan..bagus anak- anak Kak Amie..Anak dara SA pun macam tu juga..memang diajar dari kecik...seronok tgok banyak mkanan macam ni pagi- pagi...SA pagi tadi buat cekodok ikan bilis cicah sambal sotong semalam je

    BalasPadam
  14. rajinnya anak2 teruna akak.. baguslah ringan tulang nanti kawen boleh bantu isteri.
    nampak menu sarapan semua sedap dibalut daun pisang

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe