BKH #legasi_emak : Pencarian Lapan Judul Kembar Seiras

by - 4:36 PTG

Hari ini terima kiriman bungkusan berisi lapan buah buku kembar seiras BKH #legasi_emak. Lapan bersaudara ini sudah melengkapkan pencarian antologi yang Amie tunggu-tunggu. Terima kasih Nur Aida, dan terima kasih Imelda Shahriah yang berusaha membantu Amie mendapatkan kesemua koleksi lapan bersaudara ini dan pos dari Malaya. Harga setiap sebuah buku ini ialah RM30 tidak termasuk belanja pengeposan.



Lapan buku ini dihasilkan oleh Alumni Bengkel Tulis Kisah Hidup dari seluruh Malaysia sebagai menghargai rasa kasih, rasa sayang dan rindu terhadap seorang emak. 

  • Seramai 324 pengkarya telah menyumbang tulisan dan kenangan mengenai emak masing-masing dalam buku ini. Disertakan juga satu resepi air tangan emak masing-masing membuatkan kita teringat-ingat kesedapan air tangan emak.
  • Terdapat lapan orang chef tamu yang menyumbang satu resepidalam setiap judul buku.
  • Editor pengurusan, Sri Diah Shaharuddin turut menyumbang lapan resepi  air tangan Allahyarhamah ibunya dalam setiap judul buku.
  • Imbasan Kod QR untuk melihat video demo memasak oleh Chef Tamu turut disertakan.
Keseluruhannya terdapat 340 resepi dalam buku BKH#legasi_emak.


Lapan judul BKH #legasi_emak ialah:
  • Ikan Celup Tepung
  • Cek Mek Molek Sokmo
  • Cucur Udang Rangup
  • Nasi Lemak Ikan Bilis
  • Ikan Bakar Air Asam
  • Kurma Daging Pujaan
  • Kari Ayam Cinta
  • Pengat Labu Kasih Sayang

Kiriman buku-buku disertakan dengan key chain, mug, penanda buku dan 10 Kad Imbasan Kod QR untuk melihat video masakan oleh Chef Tamu.


Tak sabar nak baca kesemua buku. Harap dapat habiskan sebuah buku setiap hari!

Jumpa lagi.

You May Also Like

12 ulasan

  1. Wah mug cantik.
    Ilustrasi gambar muka depan pun guna warna pastel. Hehe sambil baca dapat resipi juga.

    BalasPadam
  2. Wahh..cenderamata iringan jugak menarik

    BalasPadam
  3. 8 buku... mmg btul2 isi masa lapang

    BalasPadam
  4. berbaloi beli one set terus. Banyak resepi terkumpul tu kak amie. Dapat pulak macam-macam free gift. Dapat mug, key chain, bookmark :)

    BalasPadam
  5. Wah! bertuahnya kak amie dapat semua tu :)
    Nanti share resepi dlm tu heheee

    BalasPadam
  6. wah tahniah amie kak terlibat dengan LEGASI ABAH selenggeraan puan sri

    BalasPadam
  7. 2 kenalan blog saya ada menyumbang. Seorang cikgu dari perak siap buat bookmark dari kain. Cantik. Amie taknak join ka legasi abah pulak. Cuba lah tanya puan sri diah.

    BalasPadam
  8. Rajinnya cikgu membaca... Tahniah cikgu!

    BalasPadam
  9. Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd

    BalasPadam
  10. Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd

    BalasPadam
  11. Salam amie,, wah menarik semua buku2 tuu, kita pun masih berangan nak beli satu set,, tahniah amie sudi share dalam blog. Take care amie kat sana.

    BalasPadam