Ayam Masak Sambal Aroma Daun Kari
8:06 PTGHari ini dapur tak seharian dapur tak berasap. Paparan resipi kali ini merupakan hidangan lama, rasanya bukan minggu lepas, tapi minggu lagi satu yang lepas. lauk utama ialah Ayam Masak Sambal Aroma Daun Kari. Amie goreng terlebih dahulu daun kari dan kemudian angkat dari kuali. selepas itu barulah tumis segala bahan yang lain. Setelah siap masak, bubuh daun kari tadi di atas sambal ayam. Dapatlah namanya 'aroma daun kari'.
Amie carikan teman ayam masak sambal ini dengan acar timun tambah nanas dan lobak merah. Tam,bah lagi satu iaitu sayur kacang Holland tumis dengan tauhu dan udang kering. Kacang Holland ini waktu kami berkebun zaman dahulukala, Bonda panggil kacang koro. Ingat lagi, Bonda tanam kacang koro sebelah kacang botol dekat tepi kolam di kebun kami, di lereng bukit. Kedua-dua kacang ini rajin berbuah.
Ayam masak sambal Aroma Daun Kari |
Acar timun, nanas & lobak merah. |
Limau gedang & kiwi. |
- 1 kg ayam - potong ikut saiz yang digemari - cuci bersih - toskan - gaul dengan 1 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 3 biji kentang - kupas kulit - potong wedges
- 3 biji telur - rebus dan kupas kulit
- 3 tangkai daun kari - lurutkan daunnya
- 1 keping asam gelugur
- 300 ml air
- garam / gula Melaka / perasa pilihan
- minyak
- 20 tangkai cili kering
- 3 ulas bawang putih
- 2 labu bawang besar
- 2 cm halia
- Goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng kentang hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
- Tinggalkan 1/2 cawan minyak bekas gorengan di dalam kuali.
- Goreng daun kari hingga layu. Angkat dan toskan.
- Kemudian tumis bahan kisar dengan api sederhana sehingga pecah minyak.
- Masukkan gula melaka dan asam keping. Kemudian tuangkan air. Biarkan mendidih seketika.
- Seterusnya masukkan ayam goreng dan gaul rata.
- Biarkan masak dengan api sederhana kecil supaya bahan sambal meresap dan ayam masak sepenuhnya.
- Masukkan pula kentang goreng.
- Taburkan daun kari goreng, garam / perasa pilihan dan gaul beberapa kali.
- Akhir sekali masukkan telur rebus sewaktu menghidang.
14 comments
waa...sedapnya sambal ayam. tapi saya lagi suka aroma daun limau purut...
BalasPadamkalau pergi rumah kenduri baru boleh makan Acar timun, nanas & lobak merah.
BalasPadambanyak daun kari nya tuu, confirm sedappp niiii :)
BalasPadamSedap2 belaka
BalasPadamselamat menjamu selera
sangat menaikkan selera :)
BalasPadamsemua nampak menyelerakan. dah le tgk memalam ni. sesilap sat lagi jadi tikus ke dapur. hehe
BalasPadamWah, sedap tu
BalasPadammenu lengkap n sedap
BalasPadamnampak kacang holland rs nk g pasar raya skrg jg��
BalasPadamMemang nampak sedap..kiranya takdela yg oder makan di luar ye kak heheheh
BalasPadamLama jugak tak masak ayam masak merah ni.. memang masuk kalo ada acar sekali
BalasPadamsedap menu ayam tu..oh buah tu pernah mkn limau gendang....tp biasa panggil grapefruit
BalasPadamGula melaka kalau tambah dalam masakan memang sedap. Tapi kena pandai mengagak banyak mana nak bubuh
BalasPadamStyle macam masak ayam sambal bali. Sedap aroma daun kari.
BalasPadamTengok limau gedang rasa macam dah lama tak makan buah tu. Macam susah nak cari buah limau gedang ni.