Ikan Goreng Sos Lemon

6:08 PTG

Hari ini Fuad minta Amie masak ikan sos lemon. Dari petang kelmarin lagi dia sudah ingatkan. Abang Farid pula minta udang goreng salut tepung. Encik Suami pesan masak sup sayur sawi. Fairuz tidak minta apa-apa lauk sebab hari ini dia bersekolah. Firdaus pula sesekali menerpa ke dapur apabila terbau sesuatu aroma masakan. yang sedang diolah.

Permintaan Fuad Amie dapat tunaikan, tetapi minta maaflah Abang Farid. Kalau tidak ada BDR mungkin Mommy boleh goreng udang salut tepung. Dah goreng ikan salut tepung untuk masak sos lemon, macam buat kerja dua kali pula nak goreng udang salut tepung juga. Amie masakkan juga udang tapi sekadar goreng garam kunyit saja. Sup sayur sawi Encik Suami paling mudah nak disiapkan.

Tiba-tiba terfikir, rupanya selalu kita lupakan atau ketepikan selera sendiri..... ahaks! Tak ada siapa tanya, Mommy nak makan apa hari ini?  Tak apalah. Keluarga lebih utama. Untuk diri sendiri, Amie buat sambal geprek saja. Apa pun semoga seisi keluarga sentiasa kenyang dan gembira setiap kali menikmati hidangan yang disajikan.

Ikan Goreng Sos Lemon

Sup Sayur Sawi & Tomato.


Udang Goreng Garam Kunyit


Sambal Geprek


Hirisan Buah Epal.


Amie gunakan sos lemon yang ditambah dengan jus lemon segar, dan kicap manis serta bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan sos. Amie goreng isi ikan alu-alu salut tepung jagung terlebih dahulu sebelum disiram dengan sos lemon. Sebaiknya tuang sos lemon ketika hendak dihidangkan supaya salutan ikan kekal rangup.
Ada yang suka tambahkan pewarna kuning untuk menghasilkan warna kuah sos yang cantik. Amie tidak bubuh pewarna sebaliknya tambahkan kicap manis untuk memberi warna lebih gelap pada sos lemon. Oleh kerana sos lemon sudah ada rasa manis, Amie tidak tambah gula. Cukuplah rasa manis sos lemon dan rasa manis dari kicap.


Bahan-bahan:
  • 800 gram isi ikan alu-alu - boleh gunakan isi ikan putih / siakap/ merah/ dan lain-lain
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan tepung jagung
  • minyak
Bahan sos lemon:
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 6 sudu besar sos lemon
  • 1/2 biji lemon - ambil jusnya
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 cawan air
  • 1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
  • 2 sudu besar minyak
Cara memasak:
  1. Gaul isi ikan bersama lada sulah, garam dan serbuk kunyit. Perap selama 10 minit.
  2. Salut isi ikan dengan tepung jagung dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  3. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan goreng bawang putih cincang hingga terbit aroma. 
  4. Masukkan sos lemon, air, kicap manis dan jus lemon. Biarkan masak mendidih.
  5. Kemudian masukkan Maggi Cukup Rasa diikuti dengan bancuhan air tepung jagung.
  6. Kacau sehingga kuah pekat dan berkilat.
  7. Padamkan api dapur.
  8. Tuangkan kuah sos lemon ke atas ikan goreng salut tepung jagung tadi.
  9. Hidangkan segera.


10 comments

  1. Sukanyaaaa sos lemon. Saya pernah masak ayam sos lemon, anak2 kata sedap.. tapi macam tak berapa sampai rasanya kat tekak saya.
    Tak tahu ada sos jual sos lemon. Kena cari nih.
    Mungkin sebab saya guna sunquick pekat tu kot agaknya.. Derhaka sangat kan... Hihihi

    BalasPadam
  2. Sedapnya sambal geprek tu Amie.
    Ikan lemon tu pun nampak sedap dan mudah .

    BalasPadam
  3. Nak kena cuba ni Amie sbb semua bahan ada dlm petiais

    BalasPadam
  4. Sedapnyaa Amie, nak kena cuba juga laaa ni...

    BalasPadam
  5. nampak sgt menyelerakan.. yummy!!!

    BalasPadam
  6. Masing-masing request makanan ye. Untung dapat. takpelah, Abang Farid mesti faham. dapat juga lauk udangnya. Ye kak amie, begitulah tukang masak di rumah. masak ikut selera orang, janji makanan habis dorang happy makan masakan kita. puji sedap, lagilah seronok dan hilang penat masak :)

    BalasPadam
  7. Dulu masa saya kerja, saya selalu makan ikan sos lemon kat cafe ofis. Banyaknya request nak masak. Pening mak macam ni. Hehe.

    BalasPadam
  8. Menarik. Nanti nak try weekend ni. Entahla mak ayah makan tidak. Huhu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe