Nasi Goreng Serunding Ikan

9:49 PG

Seperti biasa, hari Khamis malam Jumaat mana-mana keluarga sebelah Encik Suami yang berkelapangan akan mengadakan majlis bacaan Yasin. Baru-baru ini anak buah yang mengadakannya, disertai dengan majlis tahlil, dan dilengkapi dengan sedekah nasi berkat. Nasi berkat itu kami bawa pulang, dan perut memang sudah kenyang makan di kampung. Oleh kerana ada lebihan lauk-pauk, jadi anak buah agih-agihkan untuk kami bawa pulang termasuk ayam goreng berempah dan juga serunding ikan.

Nasi Goreng Serunding Ikan

Nasi Berkat

Nasi Berkat

Dahulu, nasi berkat diletakkan dalam piring atau talam kecil. Apabila tetamu bawa pulang nasi berkat, mereka akan pulangkan kembali piring atau talam kecil kepada tuan rumah. Kini, keadaan sudah berubah. Penggunaan piring atau talam kecil sudah jarang ditemui, sebaliknya digantikan dengan bekas bertutup plastik bentuk bulat atau empat segi. 
Lauk-pauknya pula ikut kemampuan tuan rumah. Antara lauk yang paling utama ialah serunding ikan. Dalam kedua-dua gambar di atas tidak kelihatan serunding tersebut sebab diletakkan di bahagian bawah, ditutup oleh ayam dan ikan goreng, sambal goreng kates, telur masin dan telur dadar serta terung goreng. Anak buah sedaiakan dua jenis sambal goreng iaitu sambal goreng kates (betik) dan sambal goreng peria. Dalam bekas bulat di atas ada sambal goreng peria, manakala dalam bekas empat segi ada sambal goreng kates.
Lauk-pauk tradisi masyarakat Cocos dalam nasi berkat juga satu-persatu mulai hilang seperti cempedel @ kepedel. Boleh klik di sini untuk melihat resipi kepedel @ cempedel : Resepi Tradisi Yang Sedap : Kepedel @ Cempedel Kakak ipar kata, siapa yang nak buat, semua orang sibuk bekerja.

Cempedel @ Kepedel

Ayam goreng berempah & ayam goreng & telur masin.

Ayam goreng berempah itu sebenarnya lauk makan malam di kampung. Dalam nasi berkat dibubuh ayam goreng biasa.

Pelengkap hidangan sarapan pagi, sup jagung ala koboi.


Rasa Nasi Goreng Serunding Ikan ini sangat sedap! Habis satu bekas kami makan sekeluarga. Amie gunakan kesemua bahan dalam nasi berkat kecuali sambal goreng kates. Amie tambahkan hirisan kacang buncis. Kalau ada kacang panjang, lagilah tambah aroma nasi goreng!  Jom lihat resipinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
  • 3 cawan nasi putih
  • 1/2 cawan serunding ikan
  • 1 ekor ikan goreng - ambil isinya - carik-carik
  • 7 biji kacang buncis - hiris serong
  • kepingan telur dadar - potong kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 3 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. tumis bawang putih dan bawang merah hingga terbit aroma.
  2. Masukkan nasi putih. Gaul rata.
  3. Seterusnya masukkan ikan goreng carik, telur dadar dan kacang buncis dan serunding ikan.
  4. Gaul beberapa kali.
  5. Perasakan dengan garam / perasa pilihan. Gaul lagi beberapa kali dan padamkan api dapur.

8 comments

  1. lamanya tak makan berkat. takde orang yasinan musim musim PKP ni

    BalasPadam
  2. Dulu x faham apa Berkat tu...kalau kat Muar berkat tu merupakan cenderahati utk majlis yasin atau kenduri2 doa selamat..kebanyakkan masyarakat jawa mmg sediakan berkat..adik ipar SA org jawa

    BalasPadam
  3. sup jagung ala koboi tu nampakkkkkkkk sedap

    BalasPadam
  4. Sedapnya, Amie, nasi goreng serunding ikan.
    Saya baru tahu tentang nasi berkat masyarakat Cocos.

    BalasPadam
  5. rare hidangan nasi goreng serunding ikan masa kenduri. Baru saya tahu kisah nasi berkat letak dalam piring dan kena pulangkan piring tu zaman dulu.

    BalasPadam
  6. Semakin kedepan kita semakin banyak olahan pada tradisi.. Macam nasi berkat ini..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe