Resepi Tradisi Yang Sedap : Kepedel @ Cempedel

6:35 PTG

Sejak menjadi ahli keluarga Encik Suami lebih kurang 20 tahun lamanya, tak pernah sekali Amie cuba buat sendiri Kepedel @ Cempedel... sejenis makanan tradisi masyarakat Melayu Cocos yang sangat terkenal terutamanya ketika diadakan kenduri arwah. Selalunya Amie hanya menunggu kalau Encik Suami pulang membawa nasi berkat, adalah seketul kepedel di dalamnya, di antara pelbagai lauk yang tersusun di atas nasi dialas daun pisang. Kalau Amie rewang di rumah orang yang buat kenduri pun, tengok sajalah orang lain buat. Pernah sekali Amie tulis tentang Cempedel @ Kepedel ini DI SINI. Kononnya, dengan tujuan agar makanan tradisi ini tidak pupus ditelan zaman, Amie pun berusahalah untuk membuatnya. Buat sikit saja... dan sudah terbayang cempedel ini akan tersimpan berhari-hari lamanya dalam peti ais. Iyolaaa... dah sebutir aje orang bubuh dalam nasi berkat, takkan keluarga kecil kami boleh makan habis berpuluh-puluh butir kot!

Inilah hasilnya Kepedel @ Cempedel. Kalau MIL masih ada, tentu dia senyum tengok menantunya dah pandai gentel cempedel.... he hehehe sebab Amie selalu gagal kalau belajar masakan dari MIL terutamanya bab meroti! MIL cukup seronok kalau sesekali Amie ke kampung dan menyatakan hasrat nak belajar masak itu dan ini. MIL banyak ilmu tentang masak memasak ini, maklumlah MIL pernah jadi ketua komiti kampung dan sering menjadi ketua masak-memasak dalam pelbagai majlis dan kenduri-kendara. Sayangnya tak sempat nak belajar banyak-banyak, MIL dah pergi menemui-Nya. Begitu juga dengan FIL... banyak pengalaman sebagai tukang masak pengurus ladang dari England... pun Amie tak sempat timba resepi-resepi barat daripadanya sebab FIL menurut jejak MIL 6 tahun kemudian. Al-Fatihah buat MIL & FIL.

 Kepedel @ Cempedel jika dilihat isinya....

Inilah kepedel yang Amie maksudkan (dalam bulatan putih) yang diletakkan bersama lauk pauk lain dalam nasi berkat. Kecil comel aje kaaan.... Kepedel diperbuat daripada isi ikan dan digaul bersama kelapa parut serta bahan perasa lain. Selalunya Amie lihat orang kampung Encik Suami gunakan isi ikan tenggiri. Mungkin isinya mudah dileraikan daripada tulang dan kulitnya. Tapi kalau MIL buat, MIL jarang sangat gunakan ikan tenggiri. MIL akan gunakan ikan sulig seperti di bawah ini.


MIL akan pilih ikan sulig bersaiz besar, biasanya 500 gram seekor. Mungkin isi ikan tenggiri agak tawar berbanding isi ikan sulig. Jadi MIL lebih gemar gunakan isi ikan sulig. Sebenarnya ada panggilan lain untuk ikan ini. Amie dengar nama ikan sulig ini dari peniaga di pasar ikan.



MIL biasa memanggil ikan ini dengan nama ikan buntut kuning. Mungkin disebabkan ekornya yang warna kuning tu kot. Wokeeeyyyy... jom kita cerita tentang proses membuat kepedel. Tutorialnya seperti berikut: Mula-mula bersihkan ikan terlebih dahulu. Amie gunakan 2 ekor ikan sulig seberat 700 gram. Nak buat sikit je... buat banyak takut tak habis pulak.


 Kemudian rebus hingga masak. Macamana nak tahu ikan dah masak?

Tu haaa... matanya putih tersembul keluar, tanda dah masak... kulitnya pun bercerai dari isi. Kulit ikan ini sangat nipis. Dah sudah ikan masak, angkat dan toskan airnya. Sejukkan dulu, jangan terus ko kerobet... nanti melecur tangan kepanasan! Dah sejuk sikit, bolehlah leraikan isi ikan dari tulangnya.

Antara bahan yang perlu disediakan sebelum memulakan proses... termasuklah lada putih tumbuk. Orang Cocos gunakan lada putih, tapi Amie kehabisan stok.... jadi Amie tumbuk 1 sudu teh lada hitam. Nak bubuh banyak takut pedas pulak...dah lah Firdaus suka mencicipi semua makanan, kang terjelir-jelir lidahnya menahan pedas!

Inilah isi ikan sulig yang sudah terpisah dari kepala, ekor, kulit dan tulangnya. Di belakangnya tu semangkuk kelapa parut. Nak cantik, gunakanlah kelapa parut yang putih, buang kulit belakangnya. Senang cerita, sukatan main campak-campak ni gunakan semangkuk isi ikan & semangkuk kelapa parut. Tu, di belakangnya lagi dalam lesung sudah ditumbuk bawang putih dengan bawang merah. Ikut sukalah nak bubuh banyak mana. Amie tumbuk 3 biji bawang putih, dan bawang merah tu dalam 3 atau 5 bijiklah. Dan satu lagi, sebelum terlupa... Amie nak bagi tahu, kena sediakan sebiji telur ya.

Cari bekas yang besar sikit untuk campurkan bahan-bahan tadi. Campurkan isi ikan, kelapa parut, bawang putih dan bawang merah, serta lada putih atau lada hitam tumbuk. Jangan lupa tambahkan perasa ikut citarasa nak bubuh apa... serbuk pati ayam kah, garam kah... apa-apalah. Lepas tu gaul hingga sebati macam di bawah ni....

Gaul dengan tangan supaya rata dan sebati macam di atas tu. Pada masa ini anda akan terbau aroma yang enak! Macamana nak bagitahu.... kena cubalah buat sendiri ye. Lepas tu...

 Masukkan beberapa genggam ke dalam lesung di belakang tu, dan tumbuk....

 Tumbuk ... jangan tak tumbuk, tapi janganlah terlampau halus macam tepung!

Dah puas hati tumbuk, keluarkan dan letak di bekas yang sama, bersebelahan dengan yang belum ditumbuk tu... tak payahlah cari bekas lain, kang banyaklah pulak jumlah mangkuk besen nak dicuci.

 Nampak tak bezanya... yang dah ditumbuk dengan yang belum?

Proses seterusnya, setelah siap semua ditumbuk dan sebati, pecahkan sebiji telur dan gaul. Oh yaa! Amie gunakan dua biji telur sebab kecil benarlah saiz telur nan sebiji tu, kang tak lekat pulak kepedel gue! Dah siap semuanya, sekarang kita nak bentuk kepedel ni pulak. Bentuknya bulat lonjong.... macam di bawah ni tak berapa lawalah pulak... debab semacam!

 Cuba lagi... jangan putus asa dong... ini first time Amie buat... belum pakar lagi!

Haaa... saiz macam ni okey sikit. Taklah gemuk sangat... tapi macam kembung-kembung juga tu. Takpe, kita akan terus cuba dan mencuba sehingga puas hati... sehingga berjayalah...

Akhirnya dapatlah 25 butir. Abaikan yang bintik hitam tu... tu yang Amie tak gemar gunakan lada hitam tu... tapi apakan daya, tak ada yang putih yang hitam pun jadilah! Kepedel sudah bersedia untuk digoreng. Jadi, sediakan kuali yang sesuai dan minyak yang banyak untuk menggoreng tenggelam.

Dah masuk kuali tu janganlah pulak tangan tu gatal nak menyudip selalu... kang sudip tu terkena kepedel, luka pulaklah rupanya yang comel tu. Biarkan dulu seketika barulah kalau nak balik-balikkan, bolehlah tapi pastikan goreng tenggelam ye... Satu lagi, gorengan janganlah memenuhi satu kuali... tak dapat bernafaslah pulak kepedel tu nanti, lambatlah pulak masaknya.

Bila kepedel dah timbul dan warna kuning keemasan, maknanya dah masaklah tu. Sediakan penapis untuk angkat dan toskan kepedel dari kuali.

Inilah hasil gorengan kepedel yang pertama atau dengan lebih jelas, hasil kepedel buatanku yang pertama seumur hidupku! Tiba-tiba datang Fairuz... katanya... nampak cantiklah, macam nugget... boleh mintak satu? Fairuz ambil sebutir dan katanya... sedapnya! Terkejut Amie dengar! Selama ini Fairuz tak berminat nak makan kepedel, tiba-tiba boleh kata sedap?

Dah Fairiz makan sebutir... tinggallah 24 butir yang mungkin akan habis dalam tempoh seminggu!

Kami pun makan nasi bersama lauk lain dan juga kepedel. Anehnya... semua tak usik lauk lain yang Amie sediakan, melainkan mengambil beberapa butir kepedel dan letak atas pinggan nasi masing-masing termasuklah Encik Suami! Sambil makan, Fairuz sempat minta buatkan lagi... esok Mummy buat lagi ya... alahai, kesiannya anakku! Rupanya kepedel ni sedap makan semasa panas! Yang dalam nasi berkat tu dah sejuk... Kepedel yang pada mulanya Amie sangka tak akan diusik anak-anak dan mungkin akan habis dalam tempoh seminggu rupanya habis tak sampai berapa minit....

Kepedel @ Cempedel memang betul-betul habis... tak tinggal satu pun... sampai Fuad pun mengutip kalau ada serdak sisa-sisanya yang tertinggal. Dah habis kepedel habislah cerita tentangnya.....



13 comments

  1. Salam Kak Amie,

    First time dengar pasal kepedel ni ..nampak menarik dan sedap .

    Terima kasih ya krn berkongsi info...

    BalasPadam
  2. as-salam AMIE..
    Nampak cara buatnya lebih kurang seperti solok ikan ya.

    BalasPadam
  3. As salam Amie. Baru tahu tentang kepedel ni, nampak sedap! Terima kasih kongsi resipinya..

    BalasPadam
  4. Salam...
    mesti cuba ni,, kepedel ni masakan org mana kak? menarik dan boleh dicuba..

    BalasPadam
  5. Jiran sy org Cocos...pernah makan time dia buat kenduri...mmg sedap...akhirnya tahu resepi...tq tq

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum amie petama kali dengar namanya ni...tentu sedapkan...

    BalasPadam
  7. Assalam Amie, sangat menarik tgk kepedel ni. Dari bahan2 tu hampir sama dgn bahan utk buat solok lada, cuma solok tambah halia dan serai. teringin nak buat, rasanya guna ikan kembung yg besar pun boleh kan amie.

    Amie, mcm mana nak c n p resipi ni

    BalasPadam
  8. mula2 tgk kuk tingkap tadi ingatkan pedal ayam heheh cempedel tu

    BalasPadam
  9. Kak Nita,
    sama-sama kasih.

    Suzana,
    ye betul... baru saya perasan... cuma bezanya ini digoreng.

    Zanita,
    waalaikumussalam... sama-sama kasih.

    BalasPadam
  10. Siti Darna,
    nanti saya terangkan diblohg Siti.

    Suhaimi,
    alhamdulillah..boleh buat sendiri ya.

    Umie,
    waalaikumussalam.... sedap makan panas!

    BalasPadam
  11. Rosa,
    klik saja dalam blog link perenggan atas tu.. nanti saya letakkan di blog Rosa.

    BalasPadam
  12. klu mau nampak cantik dan licin semasa dibentuk boleh menggunakan tangan yg basah...

    BalasPadam
  13. klu mau nampak cantik dan licin semasa dibentuk boleh menggunakan tangan yg basah...

    ada 1 lagi jenis dipanggil rempah..dibentuk segitiga....

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe