Sambal Tuhau dengan Ikan Bilis

9:28 PTG

Lama rasanya tak makan tuhau, sama ada jeruk tuhau atau sambal tuhau. Kebetulan kelmarin terjumpa umbut tuhau di Pasar Tani Takada, dapatlah beli seikat.
Masyarakat Kadazan-Dusun memang tidak asing lagi dengan tuhau, kerana tuhau merupakan salah satu bahan masakan tradisi mereka. Tuhau termasuk kategori keluarga halia. Melihat pokok tuhau, kadang-kadng Amie salah tafsir, kerana ia seakan-akan pokok lengkuas dan kadang-kadang seperti pokok kantan!

 Sambal Tuhau dengan Ikan Bilis siap untuk dinikmati bersama nasi!

Ini dia umbut tuhau yang telah Amie buang bahagian kulit luarnya yang agak keras. Kita ambil isinya yang lembut sahaja. Tuhau mempunyai aromanya yang tersendiri sebagaimana pokok kantan dan juga halia atau lengkuas. Kalau biasa dengan aroma pokok ketumbar atau pokok ketumbar jawa, lebih kurang begitulah aromanya. Itu bagi Amie, tak tahulah bila orang lain hidu....hiks!

Cantik pula warna isi tuhau ini!

Untuk mengolahnya, kita potong terlebih dahulu tuhau ini. Ikut sukalah nak potong panjang atau pendek. Nampak tak ada macam benang halus pada gambar di atas? Apa tu?

Sama juga seperti umbut pisang (bagi yang pernah membersihkan umbut pisang untuk dijadikan masakan), terdapat rerambut atau bebenang halus pada tuhau. Kalau rajin, bolehlah tarik dan bersihkan. Kalau tak tarik atau buang pun boleh juga. 

 Beginilah lebih kurang bebenang yang terdapat pada umbut tuhau.

Pertama kali Amie masak tuhau, Amie masih ingat pada tahun 1996! Amie diperkenalkan dengan tuhau ini oleh Cikgu Wanihim Othman. Moga Cikgu Wanihim sihat-sihat sahaja hendaknya walau di mana beliau berada. Terakhir, Amie dengar khabar beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Pegawai Pendidikan di Sandakan. Beliaulah yang bertanggungjawab memperkenalkan tuhau ketika kami sama-sama pulang dari mesyuarat di Hotel Perkasa, Kundasang. Kami singgah di Tamu Ranau (Pasar Ranau), dan katanya untuk memasak tuhau, tambahkan cili putih seperti gambar di atas.

Cili putih tidaklah begitu pedas. Jadi Amie tambahkan cili padi yang lebih pedas. Haaa... nampaknya cili padi Amie pun penuh warna-warni! Amie tumbuk 7 biji cili padi ini bersama bawang putih dan belacan. Yang lain tu Amie biarkan bulat-bulat, kalau nak tambah pedas, sewaktu makan bolehlah picit-picitkan cili padi tu.

Jika suka, tambahkan ikan bilis. Kalau tak mahu gunakan ikan bilis, gantikan dengan ikan kering atau udang kering.

Bahan perencah lain termasuklah bawang putih, bawang merah, bawang besar dan belacan sebagai pelengkap rasa. Kalau anda mempunyai resdung, tak payahlah bubuh belacan ye. 

Mari kita lihat cara memasak Sambal Tuhau dengan Ikan Bilis ini.

Bahan-bahan:
3 batang tuhau - ambil umbutnya yang lembut - potong ikut citarasa
25 biji cili padi putih - hiris
20 biji cili padi
1 cawan ikan bilis
1 labu bawang besar - mayang kasar
5 biji bawang putih - hiris
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
7 biji cili padi
1 cm belacan

Cara:
1. Panaskan minyak. Goreng bawang besar bersama bawang merah hingga layu kekuningan.
2. Masukkan bahan tumbuk, kacau rata sehingga terbit aroma.
3. Kemudian masukkan ikan bilis, cili padi putih, cili padi dan tuhau.
4. Masak seketika, dan kacau sekali-sekala.
5. Tambahkan perasa seperti garam / gula / perasa pilihan.
6. Padamkan api dapur.

Tak perlu ambil masa yang lama untuk memasak tuhau. Goreng kacau saja, tak sampai 5 minit dah siap!

11 comments

  1. Asalam..wah jumpa blogger Sabah ni..semua sedap nak di makan..saya dah lama follow blog ni

    BalasPadam
  2. Etuza,
    banyaknya makanan tradisional Sabah yang perlu diketengahkan.
    Terima kasih sudi berkunjung ke dapur saya.

    BalasPadam
  3. kak amie, kalau dekat semenanjung ada tak tuhau ni. sekali tengok dah macam batang keladi rupanya :D

    BalasPadam
  4. Tuhau dijadikan serunding pun sedap juga kak Amie.

    BalasPadam
  5. sedapnya.. sy org kedah. kami panggil tuhau ni tepus. x tahu pulak boleh masak mcm ni. nk try msk mcm ni lh balik kg nti. tq for ur recipe😘

    BalasPadam
  6. Tq kongsi resepi. mesti cuba sbb sgt sedap.

    BalasPadam
  7. blh tahan lama mcm tuhau yg potong halus2 ke masakan ni?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe