Mengail Ikan di Pagi Minggu

7:46 PG

Jom pergi mengail ikan di darat!
Kita jalan-jalan masuk kampung lagi.
Kita tinjau-tinjau kalau-kalau ada ikan di pagi hari (sekitar pukul 11 pagi) sebab kebiasaannya ikan banyak dijual di sebelah petang.

Sebenarnya tidaklah begitu banyak jumlah ikan yang dijual di gerai-gerai tepi jalan, tetapi yang penting ikan segar dan habis terjual pada hari tersebut. Kalau ada ikan 'semalam' peniaga akan beritahu kami. Jadi, terpulang kepada pembeli untuk membeli atau sebaliknya.

Biasanya penjual akan longgokkan sekali jenis ikan yang berlainan pada harga yang sama. Jadi, pembeli boleh memilih, dan tidak terhad membeli sejenis ikan yang sama  dalam timbangan yang diingini.

Mereka juga tidak kedekut pengetahuan tentang rasa ikan. Misalnya terdapat perbezaan rasa di antara ikan selar di atas dengan ikan selar di bawah. Penduduk tempatan memanggil ikan ini sebagai ikan tulai.  Ikan selar dalam gambar di atas dikatakan lebih sedap berbanding ikan selar berjalur kuning terang di bawah. Ikan selar kuning di bawah ini, menurut penjual ikan lebih sedap jika dipanggang. Harganya juga sedikit berbeza, dan ikan selar di atas yang dikatakan lebih sedap berharga lebih mahal sedikit (lebih RM1 berbanding harga ikan selar kuning) di bawah ini. Wallahua'lam.

Setakat ini Amie sudah menambah info tentang perbezaan rasa keluarga ikan selar dan  juga ikan basung @ selayang. Di gerai ini juga Amie dapat info tentang rasa keluarga selayang. Lain kali kalau ada gambar keluarga selayang, Amie kongsikan infonya ye.

Ikan selar, selain dikenali sebagai ikan tulai ada juga yang memanggilnya dengan nama ikan lolong dan juga ikan pelata. Maafkan Amie kalau ada info yang kurang tepat ye. Segala teguran terlebih dahulu diucapkan terima kasih!

Di gerai yang lain pula sudah menanti seekor ikan cermin yang besar, tergantung di tepi tiang. Nampak insangnya yang masih segar!

 Ikan segar begini, masak apa pun sedap!

 Encik Suami seakan terpikat dengan ikan nyok-nyok!

 Ikan merah turut mengusik perasaan... ahaks!

 Sang kerapu sedia menanti untuk dibeli.

Ikan-ikan ini juga dijual pada harga yang sama, dan pembeli boleh memilih ikan yang digemari.

Ikan sulig @ ikan jepun @ ikan taufu cantik bergantungan! Sedap sungguh ni kalau dibuat serunding atau kepedel!



Mari kita tinggalkan gerai ini. Nampaknya Encik Suami sudah membeli beberapa jenis ikan untuk bekalan beberapa hari.  Kenderaan lain pun sudah bersusun di situ, singgah untuk tujuan yang sama, membeli ikan.



Dah tahu sangat kalau Encik Suami beli ikan kerapu saiz begini!  Tak lain tak bukan, teringin nak makan sambal ikan kerapu seperti yang selalu MIL buat.

Wokey!
Jumpa lagi.

2 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe