Sedapnya Apam Pisang Tanpa Telur!
2:05 PTGSelamat berhujung minggu buat semua.
Apam pisang kukus di loyang,
Buat sarapan seisi keluarga,
Hingga kini masih terkenang,
Resepi Bonda tak ternilai harga!
Seingat Amie masa kecil dulu Bonda kalau buat apam pisang memang tak pernah bubuh telur dan minyak! Selepas mengaji al-Quran dan solat Isya', kami adik-beradik akan duduk mengelilingi Bonda mengadun tepung dan pisang yang ditambah ibu roti untuk menghasilkan apam pisang yang gebu, di bawah sinaran lampu gasolin. Kemudian Bonda kukus dalam loyang menggunakan dapur kayu sehingga apam masak sebelum tidur. Apam pisang ini Bonda akan jadikan hidangan sarapan kami sekeluarga pada sebelah pagi. Biasanya sebelum kami bangun pagi, Bonda sudah siap potong apam pisang dan letakkan di bawah tudung saji.
Hari ini Amie berkesempatan buat apam pisang, walaupun di pertengahan jalan Firdaus sibuk buat 'kerja' di dapur. Akhirnya jadilah juga apam pisang lemak manis buat sarapan pagi kami anak-beranak. Amie tak gunakan telur, tapi Amie tambah minyak jagung dalam adunan. Ingatkan nak gunakan gula perang, tapi rupanya dah habis. Jadi Amie gunakan gula kastor saja, untuk rasa yang tidak begitu manis sebab pisang yang digunakan pun dah ada rasa manis.
Bahan-bahan:
1 cawan pisang lemak manis lecek halus
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
2 biji pisang lemak manis - hiris nipis untuk hiasan
Cara:
1. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.
2. Adun bahan tadi bersama pisang lecek, gula kastor dan secubit garam.
3. Masukkan minyak jagung dan gaul rata.
4. Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan. Amie gunakan acuan lompang, dan bubuh setengah acuan.
5. Jika suka bubuh hirisan pisang di atasnya sebagai hiasan.
6. Kukus selama 15 minit. Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sedikit iaitu lebih kurang 1/2 jam atau 30 minit.
Entah kenapa... adakah disebabkan rupa apam pisang ini comel, Firdaus dan Fairuz suka makan pulak! Selalunya, hanya Amie dan Encik Suami saja yang makan! Kali ini bersih.... licin... alhamdulillah!
Sama dirasa jiran dihulur,
Pilihan betul menu yang sihat,
Berminyak jagung, adunan tak bertelur,
Kurang kolesterol enak berkhasiat.
14 comments
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamadusss Mie dah tergolek sebijik bak lah sini sedang ngopi ni nk buat malasss heehe
BalasPadamAssalamualaikum Amie.
BalasPadamInshaaAllah bila ada kelapangan masa nanti nak kena cuba resipi ini.. nmpk sedap!
sedapnya......ptg ni jugak nk cuba....
BalasPadamsedapnya......ptg ni jugak nk cuba....
BalasPadamHirisan pisang diletak selepas atau sebelum kukis
BalasPadamNorhidayu,
BalasPadamdiletak sebelum dikukus....
4. Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan. Amie gunakan acuan lompang, dan bubuh setengah acuan.
5. Jika suka bubuh hirisan pisang di atasnya sebagai hiasan.
6. Kukus selama 15 minit. Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sedikit iaitu lebih kurang 1/2 jam atau 30 minit.
Tq yer tuan rumah.. sy buat apam pisang mlm ni sbb syg ke pisang yg tk de org mkn.. hehe
BalasPadamAslmkum Amie, mmg tak perlu tambahan air ye, mcm bancuhan kek. Kalau guna pisang lain, pisang apa yang sedap? Sbb pisang lemak manis mmg susah nak dapat.
BalasPadamsalam klu letak gula perang berapa ye sukatan?
BalasPadamDah buat...sedap n mudah
BalasPadamAssalamualaikum kak.. terima kasih dgn resepinya. mudah, sedap dan yang penting gebu gebasssss. sungguh laa menjadik apam ni walau xdak teloq.. hihihi.. smlm buat sbb banyak sgt pisang emas yg dah masak kt rmh.. moga akk sekeluarga dimurahkan rezeki yaa.. amiin
BalasPadamKongsi resepi, berapa biji ye kalau acuan lompang boleh dpt ikut bancun tu
BalasPadam