Rendang Kerang Kering Ole-Ole Dari Kampung
10:26 PTG
Dua hari terakhir sebelum menamatkan cuti di kampung, tiba-tiba Amie terfikir untuk buat rendang kerang kering. Bukan kerang yang kering tapi rendangnya yang kering ...ahaks! Bukan apa, di kampung senang nak dapat bekalan kerang segar.
Alhamdulillah.... Rendang Kerang Kering akhirnya siap juga. 1/3 Amie tinggalkan untuk Bonda dan 2/3 Amie simpan dalam bekas kedap udara dan Encik Suami pun terus masukkan dalam kotak sebab awal paginya kami akan bertolak ke KLIA.
Rupanya Rendang Kering yang Amie buat menjadi bahan penyelamat keadaan kami sekeluarga. Apa tidaknya, sebaik tiba di rumah... rupanya bekalan elektrik (sistem auto) terputus beberapa hari lalu! Habislah semua isi peti sejuk rosak tak boleh digunakan! Ketika kami sampai, hari sudah petang benar. Maklumlah, turun dari kapal terbang saja sudah pukul 4 lebih. Nak makan di luar, Firdaus pula tidur. Nak ke kedai, Encik Suami kata enjin kereta tak hidup sebab bateri lemah!
Syukurlah Bonda bekalkan 30 biji telur itik. Amie ambil 4 biji buat telur dadar. Teringat pula ada Rendang Kerang Kering yang Amie tapau dalam 2 bekas kedap udara. Amie buka salah satu bekas. Alhamdulillah.... ada juga lauk untuk kami makan. Disebabkan kelaparan (tak sempat makan di KLIA sebab tak cukup masa), dalam kapal terbang KL - KK hanya dapat makan roti sandwich tuna saja. Di KKIA pula sempat makan fish & chips di Marry Brown. Tapi perut kita kaaannn... kalau tak diisi nasi mana nak rasa kenyang.... hiks!
Sebenarnya Fuad dan Fairuz tak pandai makan kerang, tapi itulah.... dah terpaksa, makan sajalah. Bukan saja penutup rendang kerang, sudah terbau aromanya yang sungguh enak! Apalagi bila rendang tadi bertemu dengan nasi panas! Pandai pulak Fuad dengan Fairuz kata rendang kerang tu sedap, padahal semasa Amie order kerang bakar di Pantai Remis, dua-duanya tak mahu makan sebaliknya kopekkan isi kerang untuk Amie.
Jom kita cerita tentang resepi Rendang Kerang Kering. Biasanya Amie buat rendang basah tapi kali ini atas saranan Bonda, Amie buat yang kering pula. Sebaiknya gunakan isi kerang yang segar, barulah terasa keaslian kerang yang lemak-lemak manis tu!
Memandangkan masa yang tak mengizinkan untuk Amie merebus dan mengopek kerang, akhirnya Amie beli saja 2 kilogram isi kerang. Harga di Pantai Remis hanya RM15 untuk 1 kilogram, jadi untuk 2 kilogram sudah tentunya RM30. Dah jimat masa nak merebus dan mengopek isi kerang kan?
Semasa Amie menyiapkan hidangan tengahri untuk keluarga, pada masa yang sama Amie curi-curi masa untuk menyiapkan bahan perencah untuk rendang kerang.
Isi kerang sudah tersedia, tinggal lagi sediakan bahan lain termasuk halia, kunyit dan serai. Suka tengok isi kunyit yang gemuk tu.... warnanya pun cantk! Dan juga halia muda di sebelahnya. Jangan lupa lengkuas ya!
Amie gunakan cili padi. Petik saja cili padi Bonda yang warna ungu yang tumbuk berpokok-pokok banyaknya di keliling dapur.
Bonda kata jangan lupa bubuh daun kunyit banyak-banyak! Hiris halus-halus macam hirisan daun tembakau kata Bonda.
Iyaaa... Bonda! Segala peringatan Bonda dituruti.
Ketika seisi keluarga menjamu selera makan tengahari di dapur, masing-masing menjengok rendang kerang yang sedang dijerang dalam kuali.... sambil bertanya:
Masak apa tu?
Sedapnya bau!
Sedapnya bau!
Boleh mintak sikit?
He heheeh.... rendang yang masih basah, penuh dengan aroma herba yang segar dan belum bubuh garam dan perasanya ini sudah mengundang selera seluruh isi rumah!
He heheeh.... rendang yang masih basah, penuh dengan aroma herba yang segar dan belum bubuh garam dan perasanya ini sudah mengundang selera seluruh isi rumah!
Rendang ini belum masak lagi sayang!
Rendang ini nak dimasak sampai kering!
Rendang kerang di atas tu belum cukup kering. Masih basah kata Bonda! Memang memakan masa untuk mengeringkannya. kalau penat menjaga rendang di kuali, padamkan api dapur dulu. Berehat sekejap. Nanti boleh sambung, pesan Bonda.
Ya.. Bonda.
Kita pun padamkan api dapur. Kita nak berehat sekejap. Berehat? Mana boleh berehat! Petang ini ada pasar malam di Bukit Cheraka. Esok pagi dah nak balik, jadi bila lagi nak rembat segala tudung dan blaus di pasar malam? Nak beli itu ini, nak makan itu ini.... yang entah bila lagi dapat beli dan dapat makan apa yang ada di pasar malam!
Wokeh.... di sini Amie sertakan resepinya yaaa.... yang di atas tu rendang belum kering tau! Rendang tu Amie saja tinggalkan atas dapur, nak ke pasar malam dulu. Sebelah malamnya Amie sambung masak rendang tu.
Bahan-bahan:
2 kg isi kerang
1 liter santan pekat
1 cawan kerisik
10 helai daun kunyit muda - hiris halus
garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
30 biji cili padi
7 ulas bawang putih
20 biji bawang merah
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
3 cm lengkuas
7 batang serai - ambil isinya yang putih dan hiris kasar
Cara:
1. Masukkan kesemua bahan di dalam kuali dan jerang di atas dapur.
2. Kacau sekali-sekala sehingga kuah memekat, dan taburkan garam serta gula / perasa pilihan.
3. Seterusnya perlahankan api dapur, dan teruskan mengacau rendang sehingga rendang benar-benar kering dan berwarna kehitam-hitaman seperti di bawah ini....
Amie buat rendang kerang kering ini pada 3 Disember, dan hari ini dah 12 Disember. Benarlah kata Bonda, rendang ini tahan lama. Rendang kerang ini masih elok, sempurna dan semerbak dengan bauan segala herba daun kunyit segar dan lain-lain bila Amie buka penutupnya. Tapi, Amie tak tahu berapa lama jangka hayat rendang kerang kering ini yea....
1 comments
mesti sedap rendang ni!
BalasPadam