Sambal Jering
2:40 PTG
Dua hari lepas dah buat Sambal Jering yang ringkas, hiris-hiris cili je. Laku pulak! Anak-anak pun ikut makan sama. Baguslah begitu.... kecil-kecil lagi dah pandai makan jering. Jadi, Amie pun ambil kesempatan cerita kepada anak-anak tentang khasiat jering, antaranya membantu memudahkan proses membuang air kecil. Jering juga dikatakan boleh menjadi penawar penyakit kencing manis. Dan banyak lagi khasiatnya yang lain, cuma awas! Jangan makan terlalu banyak pada satu masa sebab dikhuatiri akan menyebabkan sembelit!
Amie rebus jering hingga empuk dan kemudian hiris setebal 1/2 cm. Bahan yang lain pun Amie hiris juga termasuk bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia, cili padi dan cili hijau. Pilih halia muda yang tak berserat ya, hiris halus-halus. Tak sedar tu kita makan halia semasa kita kunyah bersama bahan yang lain. Senangkan.... Ikan bilisnya pula, Amie suka yang rangup, jadi Amie goreng dulu sebelum dicampur bersama bahan-bahan lain. Bubuh perasa sikit je, sebab ikan bilis tu kan dah ada rasa masin.
Bahan-bahan:
20 biji jering tua - tanggalkan kulitnya dan rebus hingga empuk- hiris nipis1/2 cm
200 gram ikan bilis - goreng dan toskan
4 sudu makan minyak
1 sudu teh pati asam jawa
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh gula pasir
Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
20 biji cili padi minyak
7 biji cili hijau
3 cm halia muda - hiris halus seperti batang mancis
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, bawang besar serta halia hingga layu.
2. Masukkan cili padi dan cili hijau. Gaul rata.
3. Tambahkan pati asam jawa, gula pasir dan serbuk pati ayam.
4. Masukkan hirisan jering dan gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng dan padamkan api dapur.
6. Gaul bahan dalam kuali hingga sekata.
3 comments
Saya tak pernah makan jering dan tak pernah masak. Nampak macam sedap jering tu!
BalasPadamAlahai sedapnya jering.
BalasPadamkalau jering muda boleh tak. terus goreng buat mcm ni
BalasPadam